"Kurang sopan sungguh! Keluar dari kelas saya sekarang! Tak pernah seumur hidup saya tengok gadis selekeh dan pengotor macam kamu ni!"

Aku ditolak keluar dari kelas tu. Beg-beg aku pun semua dicampak.

"Ubah sikap buruk kamu dulu sebelum masuk ke kelas ni, faham?!"

Bam!
Pintu kelas ditutup kuat.

Aku mengeluh berat. Aku cuba mengulang kembali apa yang cikgu tu baru kata tadi.

Pengotor?

Aku meneliti badan aku. Pakaian sekolah yang berwarna putih suci telah pun dicemari dengan warna kekuningan. Rambut pula tak payah ceritalah, kusutnya tu dah mengalahkan rambut afro.

Semua ni disebabkan aku tak mandi dari semalam. Kalau dah tidur kat stesen bas, dekat mana lagi aku nak mandi. Bangun-bangun pulak dah pukul tujuh. Satu jam aku berjalan kaki ke sekolah sampai terlewat masuk ke kelas. Dan..

Aku memegang perut aku yang berbunyi.

Dari semalam jugak aku tak makan apa-apa pun.

Aku duduk di tangga sekolah sambil mengira-ngira duit yang ada dalam dompet.

"50, 51, 52.... RM53.20! Ni je harta yang aku ada?!"

Sekali lagi aku mengeluarkan satu keluhan berat.

Kalau makan maggi, paling lama pun cuma dapat bertahan sebulan je. Tempat tinggal pulak macam mana? Takkan aku nak merempat dekat stesen bas macam semalam?

Aku memicit kepala aku yang sedang pening memikirkan masalah besar yang tengah aku hadapi ni.

Aha! *Petik jari*

"Kalau aku mintak tolong Sara mesti boleh!"

Aku dah rasa idea tu cukup bernas. Tapi bila aku teringatkan ekspresi Sara tadi yang macam masih marah dekat aku, terus senyuman aku mati.

Aku agak yang Sara ni pun salah seorang peminat mamat tu. Kalau aku terangkan situasi sebenar sekarang ni pun mesti dia takkan percaya.

Semuanya salah si hantu jahat tu! Macam manalah lelaki lembab macam dia boleh digilai ramai!

Dinding berwarna biru muda disebelah aku dijadikan tempat aku melepaskan geram. Geram bila teringatkan mamat lembab tu la yang menyebabkan aku kehilangan satu-satunya kawan aku dekat sekolah ni.

Tengah aku meroyan sorang-sorang dekat tepi tangga tu, seorang perempuan menegur aku dari belakang.

"Mia..."

*****

"Takpe ke awak teman saya? Sekarang kan ada kelas"

"Saya bagitau cikgu yang saya tak sihat dan nak berehat dekat bilik rawatan. Bilik ni memang jarang orang masuk, jadi awak bolehlah simpan semua beg awak kat sini dulu."

Aku rasa macam nak menangis. Bukan sebab sedih, tapi gembira sebab ada juga orang yang sudi ambil berat pasal aku. Selepas membersihkan diri, aku kembali duduk di sebelah Sara.

Maid Maidenحيث تعيش القصص. اكتشف الآن