"Ampun Tengku! Janji tak buat lagi. Tolong, lepaskan kitaorang. Tak tahan dah ni, sakit betul." rayu Sufian, salah seorang daripada mereka berdua.

"Kau jangan main-main dengan aku. Bilik disiplin! Now!"

Lepas sahaja dia melepaskan telinga, pecut terus Sufian dan Suhaimi pergi ke bilik disiplin.

TAKUT!!

"Dasar bebal. Geram aku dengan budak berdua tu. Tadi beria sangat kasi habis la apa la, kena piat telinga pun dah mengaduh. Kau tunggu aku nak buat apa lagi. Siap kau." Bebel Arin, lekas dia turun tangga mahu ke bilik disiplin. Memang hari ni hari bebel sedunia ke?

Langkahnya dilajukan ke bilik disiplin. Setiap hari ada saja masalah yang timbul. Masalah..masalah...

Kelihatan Sofian dan Aidil sudah tiba di bilik disiplin. Budak perempuan yang berjalan di depannya, dipanggil.

"Weh budak..kau F4 kan?" Kasar bahasanya tapi memang itu dirinya yang sebenar. Nak buat macam mana?

"Ye Tengku."

"Panggil Dani pergi bilik disiplin. Dia lambat kau aku cari. Faham?" Ugut Arin, selamba. Mentang-mentang sekolah itu umi dia yang punya.

"Faham Tengku."

"Hmm, you can go."

Arin memang dipanggil dengan gelaran Tengku. Bak kata Arin, kau junior buat cara junior. Batch aku je boleh panggil nama aku. Ha gituuu.

Dia terus bergerak ke bilik disiplin. Dijegil sedikit matanya ke arah dua lelaki itu.

"Ha masuk cepat! Nak aku tarik telinga tu lagi ke?" Bertolak-tolak mereka berdua ingin masuk ke dalam bilik itu.

Dalam 5 minit menunggu di luar bilik disiplin, kelibat lelaki berpakaian kemeja biru mendekatinya.

"Kak Arin."

"Ha,Dani. LAHHHHH.. Apa dah jadi dengan muka kau ni?" Selamba Arin memegang rahang Dani. Ditolak rahang itu kiri kanan, ingin melihat di mana lagi tempat yang bengkak.

"Sakitlah pipi orang." ditepis tangan gadis itu. Orang tengah sakit dia boleh pulak dia tekan kasar-kasar.

Disebabkan ketinggian Dani melebihi Arin terpaksalah gadis itu mendongak memandang lelaki itu. Bibirnya ternaik sedikit. Annoying!

Ditampar bahu lelaki itu laju.

"Eih..kau tu baru je keluar hospital pasal kes hoki hari tu. Ini dah bengkak lagi. Kalau aku tak bertugas harini, aku tak tahu tau yang kau kena pukul." Kata Arin, risau.

"Eih..dah orang bertugas kat situ nak buat macam mana?" bengang betul la aku dengan Arin ni. Dia yang tetapkan nama dengan tempat bertugas, aku pulak yang disalahkannya.

"Tak ada teman ke? Kan dua orang jaga situ."

"Afham tak ada,dia kan pergi Jepun. Tenis punya tournament."

Arin mencebik. Hatinya tetap risau. Kalau macam inilah perangai budak-budak Aksara, alamatnya memang jatuh lagi ranking mereka dari segi disiplin.

MINE ✔  (In Editing)Where stories live. Discover now