Bab 1

3.5K 110 6
                                        

Hai, nama aku Celeana. Aku bukan nak membangga diri tetapi aku seorang yang bijak di sekolah menengah. Maksud aku di Sekolah Persendirian Madred, antara sekolah yang terbaik di Bandar Vermillion.

   Seperti yang aku katakan tadi.... aku memang bijak. Bukan nak berlagak tetapi, kadang kala kita tidak dapat nak menafikan hakikat, kan?
Disebabkan 'kebijaksanaan' yang melampau aku ni, ramai yang tidak memahami aku. Okey, aku suka bersendirian di sekolah ni. Diam! Aku bukan 'loner', okey?

Aku ada ramai kawan, Kyra dan Dorian. Lebih daripada satu, maknanya ramai lah, kan? Aku sebenarnya sudah lama memendam perasaan terhadap Dorian. Dia memang lelaki yang baik dan selalu mengutamakan orang lain.

Tetapi, di sisi lain, aku selalu memerhatikan dia. Dan, aku tahu dia sudah lama mencintai Kyra. Melihat dia begitu, kadang kala hatiku
merasa sakit. Tetapi aku tahu aku hanya orang ketiga di dalam dunia mereka.

"Celeana!" Puan Hughes tidak pernah menyukai aku hidup senang. "Boleh kamu berkongsi dengan kami semua angan-angan besar kamu tu?", dia bertanya dengan nada agak sarkastik dan itu agak...ouch!

"Berapa jawapannya, Cik Celeana?"

Dengan muka serta nada membosankan aku menjawab    soalannya, "718790"

"Betul , agak mengagumkan kamu dapat menjawab dengan betul", dia membalas dengan muka tidak puas hati.
Hey! Bukan salah aku kalau dilahirkan bijak, bukan?

Aku melihat di sisiku. Dorian sedang menahan ketawa. Dia tersenyum memandangku. Ah, betapa aku rindu senyumannya. "Kau memang hebat, Celeana". "Terima kasih,Dorian".

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Kami berdua menuju ke kafetaria. Selepas membeli makanan, kami duduk di meja bersebelahan meja untuk orang popular. Dorian sedang makan sandwishnya dan aku memerhatikannya. Mungkin tersedar dirinya diperhatikan, dia memandangku, "Apa?"

Aku tersedar. Oh, tidak! Aku melakukannya sekali lagi.

"Tidak ada apa-apa"

"Kau tidak pandai berbohong, Celeana dan aku tahu itu."

Hentikan, Dorian. Hentikan.

"Kau memang bijak dalam membaca orang, bukan?"

"Yeah, dan aku tahu semua tentang kau." Aku tidak menafikannya. Aku dan Dorian bersahabat baik sejak kami di gred dua lagi. Sebelum Kyra datang ke sekolah ini pada musim panas tahun lepas. Selepas itu, semuanya berubah. Aku dapat merasakan ada sedikit jurang antara aku dan Dorian.

"Dorian."

"Yeah?"

"Bagaimana sekarang aku pula yang membaca kau, Dorian?"

"Cubalah dan aku yakin kau tidak akan dapat apa-apa pun."

"Huhmmm....", aku mengangkat kening aku, cuba memprovok dia.

Riak wajahnya tiba-tiba berubah. Dia dalam keadaan gemuruh. Melihat dia begitu, aku ketawa.

"Dorian, kau memang suka Kyra, bukan?"

Pipinya tiba-tiba berubah warna merah padam.

"Macam mana kau tahu?"

"Aku tahu." Ya, Dorian. Aku tahu. Aku tahu sebab selama ini aku selalu memerhatikan kau. Tidakkah kau nampak semua itu?

"Celeana?"

"Ya?"

"Boleh tolong aku rapat dengan Kyra?"

"Boleh". Di saat aku ucapkan kata-kata itu, aku dapat merasakan dunia ini seakan berputar. Arghh!!! Menyesal aku tanyakan soalan itu.

The BeginningWhere stories live. Discover now