part 1 (renew)

56.4K 982 27
                                    

Seorang wanita berambut pirang sedang sibuk dengan perkerjaan nya yang boleh dikatakan banyak. Sangat banyak macam lautan hindi. Siapa lagi kalau bukan Nur Qistina Nabilah Ditempat kerja Nabila dikenali dengan panggilan Bella manakala dengan orang terdekat dengan nya saudara dan keluarga memanggil nya Ila. Bella berumur 24 tahun dan berkerja di sebuah syarikat besar kepunyaan Datuk Haslan. Jawatan Bella adalah clerk bahagian kewangan. Jadi setiap kali hujung bulan memang begini lah meja nya. Semua laporan kewangan ada dimeja dan dia harus periksa semua nya dengan teliti dan memastikan semuanya sama kiraan nya.

"Bell, asal serabut sangat aku tengok kau ni". Qilla bertanya, Qilla adalah salah seorang staff yang sama berkerja di bahagian kewangan.

"Macam mana ni Qilla, aku rasa aku salah kira lah. Kerugian lagi besar dari untung. Bulan ni saja kita dah keluarkan belanja hampir 850k dan keuntungan yang kita dapat hanya 10% daripada duit yang keluar".

"Yang kau nak pening sangat buat apa? Orang yang keluarkan duit ni kemahin seronok lagi berfoya-foya kat luar sana. Kau pulak yang kena pening-pening". Bell tak dapat nak tangkap apa yang cuba Qila sampaikan. Siapa yang dia maksudkan berfoya-foya tu. Datuk Haslan kah? Tapi Datuk Haslan tak mungkin, lelaki tu nemang terkenal dengan sikap romantik nya. Romantik dengan bini dia lah dengan kami ni macam singa jantan kemahin garang.

"Siapa yang kau maksudkan?." Bella bertanya dengan berhati-hati. Sebab ini adalah gosip panas, bahaya kalau orang lain dengar. Lumrah perempuan bila jumpa perempuan gosip tak kan lari. Bak kata orang perempuan dan gosip berpisah tiada. Tapi Bell adalah pisahkan tak ada sepenuh masa nak bergosip. Kalau Qila tak mulakan tak ada makna nya nak bergosip

Qila memandang kira dan kanan kemudian dia membungkukkan badan nya. Dan berbisik di telinga Bella. "Siapa lagi kalau bukan...." Tak dapat nak bercakap sampai habis sebab Bella tiba-tiba tergelak.

"Pasal apa kau gelak?".

"Geli lah kau punya nafas masuk dalam lubang telinga aku". Kata Bella sambil menggaru telinga nya yang gatal.

Kali ni Qila bersuara dengan perlahan. "Bini dengan anak dia lah. Diorang ni selalu sangat pakai duit syarikat untuk berfoya-foya. Macam Datin pulak tak habis-habis dengan dia punya anak ikan".

"Anak ikan!". Menggelupur Qila apabila Bella bersuara dengan lantang. Suara Bella menarik perhatian beberapa staff. Qila hanya tersenyum dan menjernihkan keadaan.

"Anak ikan i kat rumah mati". Jawab Qila sambil tersenyum paksa. Kemudian tangan nya merayap mencubit.bahu Bella.

"Kau cakap kuat-kuat kenapa setan!". Qila bercakap sambil mengetap bibir. Manakala Bella pula menggosok bahunya yang terasa kebas akibat dicubit.

"Tak adalah, bukan datuk sayang gila ke kat bini dia. Apasal lah bini dia.buat macam tu".

"Datuk pun bukan nya baik sangat. Kira department kewangan ni banyak makan suap. Kau baru kerja kat sini 2 bulan kan. Nanti lama-lama kau tahu lah".

Bella termenung menghadap PC, syarikat apa yang sedang ia berkerja saat ni. Staff makan suap, family gelap kan duit syarikat. Kegilaan apakah ini? menyesal pun ada kerja dengan syarikat tak jujur macam ni. Tapi kat mana lagi dia hendak berkerja. Punya banyak borang yang ia hantar hanya syarikat ni yang memanggil nya.

Abaikan lah Bell, yang penting niat kau datang nak berkerja. Bell senyum dengan penuh semangat dan menyambung kembali kerja-kerja yang ia lakukan.

Sedang leka membuat kerja tiba-tiba meja nya diketuk oleh seseorang. Bell mendongak dan melihat, ternyata yang mengetuk meja nya adalah si Aina. Perempuan yang gedik bila nampak anak Datuk Haslan. Sebut pasal anak Datuk, Bella tak pernah lagi berjumpa dengan jantan hidung belang tu.

Berkerut dahi Bell melihat wanita itu tersengeh-sengeh macam kera busuk. Dah lah berdiri macam orang patah pinggang.

Ehh jap orang patah pinggang boleh berdiri ke? Lantak lah boleh berdiri ke tak kisah plak aku. Yang pasti aku yakin kalau dia sengeh macam ni mesti ada lah yang dia nak mintak tolong.

"Apa kau nak? Datang meja aku tersengeh-sengeh, tergoyang-goyang. Cakap cepat aku tak ada masa ni?".

"Garang nya you Bell". Aina berkata dengan nada manja yang dibuat-buat dan itu sangat menggelikan bagi Bella.
"Ina please, i banyak kerja nak buat. Kalau you berdiri sini setakat nak ehh ahh uhh bagi tak payah. I rimas ok". Dia dah lah tengah stress ditambah lagi dengan sikap Aina makin stress dibuat nya.

"Okay sorry lah beb. Alah you ni cepat sangat nak emosi, nanti you cepat tua tau. Sayang muka cantik-cantik nanti berkedut".

"Kalau dah tua still kedut jugak". Bella berkata sambil mata dan tangan nya menghadap pc.

"Up to you lah beb, kulit you bukan kulit i. Ohh iya beb sebelum i lupa, ermm boleh tak tolong hantar kan report i kat meja Datuk Haslan".

Bella memandang Aina dengan hairan. Selalu nya Aina yang akan beriya-iya nak jumpa Datuk kenapa sekarang tak nak pulak. Kalau dulu busy macam mana pun dia still nak pergi hantar kan.

"Kenapa you tak nak jumpa Datuk, macam pelik je. You gaduh dengan sugar daddy you ke?". Bella sengaja menebak.

"Tak ada lah. You tolong lah ye". Bella membiarkan fail yang Aina berikan dia atas meja, kemudian dia kembali menyambung kerja nya. Disebabkan terlalu kusyuk menghadap kerja Bella terlupa pada fail Aina.

Bunyi kasut tumit tinggi kedengaran dan... "Bell apasal you tak hantar lagi report tu. Teruk i kene marah dengan Datuk. You ni susah lah nak minta tolong". Bella menupuk dahinya, baru dia ingat fail yang Aina berikan masih lagi ada di meja nya.

"Aku pun ada kerja aku jugak. I kena siapkan kerja-kerja i dulu sebelum menghadap Datuk. I bukan jenis yang suka tangguhkan kerja yang tengah berlambak macam you". Bella bangun dan membawa fail itu .

Bella terus masuk apabila lift terbuka. Tanpa melihar arrow kalau lift turun ke bawah. Bella hendak keluar dan langkah kaki nya terhenti apabila melihat seorang lelaki berkaca mata hitam memakai kemeja putih didampingi oleh 3 orang lelaki di belakang nya.

"Tak nak masuk ke? Kalau tak nak saya nak tutup". Bella berkata dengan sopan.

"Boleh tak miss keluar dulu. Tuan kami nak masuk". Rasa macam ada bom atom yang meledak kat atas kepala nya. Kepala otak dia nak aku keluar. Ni lobby lah setan. Aku nak naik atas. Kejap lagi Datuk ada meeting.

"Sorry lah ye. Tapi saya memang tak  boleh keluar. Tak salah kan kalau berkongsi. Lagi pun lift ni muat untuk 15 orang".

Lelaki itu masuk ke dalam lift dan menggunakan tangan nya memberikan arahan pada lelaki-lelaki itu supaya beredar. Lelaki itu menekan nombor 20 dan mematikan nombor 15 yang Bella tekan. Setelah lift tertutup lelaki itu memusingkan badan nya dan berjalan ke arah Bella.

"Encik jangan macam-macam ye. Dalam lift ni ada cctv. Saya boleh saman encik kalau encik macam-macam dengan saya".

Lelaki itu hanya senyum. Tiba-tiba wajah lelaki itu berubah serius.

Bella rasa seram melihat senyuman lelaki itu. Dan tak lama lepas itu lelaki itu berubah serius. Bella menjerit ketakutan apabila lelaki itu memegang kedua tangan nya dan diangkat ke atas kepala. Fail-fail yang Bella pegang habis jatuh semua nya.

Bella tak sempat nak bersuara, lelaki itu dengan tiba-tiba mencium bibir nya. Tuhan aja yang tahu macam mana takut nya Bella. Airmata nya terus mengalir keluar. Dan tak dapat nak bergerak sama sekali. Lelaki itu menguncinya dengan tunuh yang dihimpit ke arah Bella. Tak lama lepas itu lelaki itu melepaskan ciuman.

Bella memusingkan kepala nya ke sisi, dia tak nak melihat muka lelaki itu. Dia takut kalau lelaki itu kembali mencium nya. Tapi ternyata tidak, kepala lelaki itu bergerak ke telinga Bella, sangat dekat sehingga Bella dapat rasakan bunyi nafas lelaki itu.

"Will you be my mistress?". Kalau tadi jantung dia hampir berhenti kerana dicium secara tiba-tiba tapi sekarang jantung nya benar-benar berhenti dengan pertanyaan lelaki itu

BUKAN WANITA SIMPANAN(renew)Where stories live. Discover now