BAB 1

199 11 7
                                        

"Dah ke belum?" teriak Aiman buat kedua kalinya. Senyap. Aiman membuka matanya lalu mula melangkah sambil meliarkan mata mencari kelibat.
"Kak Iman, nyamuklah" Atikah menampar kakinya yang merah digigit nyamuk. Dia mengoncang - goncang badan Imani.
"Shutttt. Diam Tika. Nanti Aiman nampak kita." Imani memerhati sekelilingnya. Tiada sesiapa.
"Tapi, kaki Tika gatal kak. Kak Imannn " Atikah menggaru kakinya. Tiba - tiba...
"Haaa, Kak Iman jadi." Aiman menyergah Imani dan Atikah. Terjerit dua orang perempuan itu.
"Okay Kak Iman jadi. Pergi menyorok. Kakak nak start kira ni" Imani mula melangkah ke pokok pelam.
"Satu... Dua... Tiga... Empat..." Imani mula mengira sambil menutup matanya. Dia memasang telinga. Dia dengar kanak - kanak itu berlari dan bersembunyi.
Dia tersenyum. Kanak - kanak ini memang penghiburnya. Selesai mengira, Imani mula melangkah dan mencari kawan - kawan sepermainannya.
"Haa jumpa" sengaja Imani memeranjatkan mereka. Terjerit kanak - kanak itu. Imani tergelak besar.
"Alaaaa kakak nampak kan? Kak Iman main tipulah" Aidil mula menarik muncung. Tidak mengaku dirinya sudah kalah.
"Ehh mana ada. Kak Iman main adil eh." Imani melayan sahaja peragai Aidil yang sedikit manja itu.
Tiba - tiba, sebuah lori dan sebuah kereta memasuki perkarangan rumahnya. Imani keghairahan. 'Siapakah ? Orang nak pinang aku ke ? Tapi takkan sampai bawa lori ? ' fikiran Imani mula melalut.
Seorang lelaki berpakaian segak keluar dari perut kereta. Diikuti pula seorang wanita yang cantik berhias. Dan seorang lagi..
Jantung Imani berdegup kencang. 'Wahh , handsomenyaaa ' bagai nak meleleh air liurnya melihat wajah lelaki yang putih lagi segak bergaya.
'Ini mesti jirannya. Rumah sewa Pak Samad ini sudah lama tidak berpenghuni. Sejak Iqmal berpindah ke bandar, tiada siapa yang menetap di rumah ini.
''Kak, cepatlah kira balik.'' Aidil menarik tangan Imani yang tegak berdiri sambil tersenyum kambing melihat lelaki kacak itu.

Andika tersedar dari lenanya. Masih didalam kereta. Dia melepaskan keluhan. Diintai skrin telefon pintarnya. Tiada line. Makin menyebalkannya.
Dia membuang pandangan keluar tingkap kereta. Hanya hutan tebal yang menjadi tatapan matanya. Dia mengeluh lagi.
"Die sabar okay, kita dah nak sampai." Puan Sarah menoleh sambil tersenyum. Dia tahu anaknya itu sedang bosan mengharung perjalanan yang berjam - jam lamanya. Andika hanya tersenyum sumbing.
Hanya hutan tebal menghiasi pandangan Andika. Komik yang baru dibelinya sudah dimasukkan ke dalam beg galasnya. Sudah khatam. Pemandangan hutan berubah kepada beberapa buah rumah.
Dan papanya membelok memasuki perkarangan sebuah rumah. Andika menggeliat. Dirinya terasa bebas.
Andika melangkah keluar selepas mama dan papanya keluar. Dia memerhati sekeliling.
'Ishh, comot gila minah ni!' hatinya berkata sejurus matanya tertacap pada sesusuk tubuh di bawah sebuah rumah.
"Kak, cepatlah kira balik" seorang kanak - kanak lelaki menarik - narik tangan gadis itu. Dan gadis itu mula mengira.
Andika mengangkat begnya lalu berlalu ke rumah barunya. Rumah dimana tempat gadis tadi berdiri.
"Okay Andika. You are here now. Relax. This place will be awesome." Andika berkata sendiri sambil membuka tingkap kayu biliknya.

"Assalammualaikum." Puan Sarah menghulur tangannya untuk bersalam.
"Waalaikumussalam." Mak Leha menyambut tangan Puan Sarah. Imani yang berada di sisi ibunya juga menyalami tangan wanita dihadapannya.
"Akak tinggal di rumah ni ke? "Puan Sarah beramah mesra.
"Iya. Awak ni...''
"Panggil saja Sarah. Saya baru masuk ke rumah ini petang tadi." Puan Sarah memperkenalkan diri.
"Saya Leha. Nak panggil Kak Leha pun boleh.'' Mak Leha tergelak kecil.
"Ini anak saya. Iman." Mak Leha berkata lagi setelah melihat Puan Sarah memandang pelik ke arah anaknya.
"Ohh. Sekolah lagi?'' Puan Sarah tersenyum manis. Imani hanya mengangguk sambil tersenyum. Imani tidak suka bergaul dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan berasa kekok seperti yang dia rasakan sekarang.
"Tingkatan berapa? Sekolah disini ke Kak Leha?" Puan Sarah beralih pandangan ke Mak Leha. Sangat ketara wajah Imani yang segan untuk membuka mulut berbual dengannya.
"Naik tahun ni, tingkatan empatlah dia. Tak dapat kemana - mana pun budak yang seorang ni." Mak Leha berkata selamba. Imani terus melangkah tanpa menghiraukan perbualan mereka.
"Bolehlah berkawan dengan anak saya nanti. Anak saya tu, susah sikit orangnya. Susah." Puan Sarah tergelak.
Imani bersahaja. Malas untuk mengambil tahu apa yang dibualkan oleh mereka berdua. Dia hanya tahu bahawa wanita itu merupakan jirannya yang baru.
Dan mereka pun tiba di surau Kampung Teluk Jeri Luar.

Best tak cerita ni ? Ni baru permulaan guys. Vote please. Support me

' Awak , Saya Punya ! 'Stories to obsess over. Discover now