Bab 1

75 4 3
                                        

Kelihatan Alyaa' dan rakan-rakannya sedang berjalan keluar dari kelas mereka untuk pulang ke rumah memandangkan waktu persekolahan sudah tamat. Ketika mereka sedang menunggu ibu bapa merela datang untuk mengambil mereka  tiba -tiba,

"Wei, hari ni kita balik jalan kaki kan? Tanya Alyaa' kepada rakannya yang bernama Sarah Adreeana dan Aleya yang juga pulang bersama- samanya nanti.

"Haah, tapi ada sorang abang form 4 tu nak jalan kaki sama dengan kita. Jawab Amar .

"Siapa budak tu? Tanya Hanisah.

"Nama dia Adnan Mubarak".

Ketika mereka berjalan untuk ke rumah masing-masing mereka menyinggah di kedai ice blended. Semasa di kedai itu, Adnan bertegur sapa lalu berbual dengan Alyaa'

Sesampainya di rumah, Alyaa' membuka telefon bimbitnya untuk melayari internet dan membuka facebook nya. Seketika kemudian, kawannya Ariena menghantar mesej ,

"Hai, Alyaa'. Kau buat apa tu? Homework dah siap?

"Dah, kenapa , nak tiru ke? Boleh je. Wei, nak tanya Adnan tu jiran kau ke? Tanya Alyaa'

"Haah, dia jiran aku. Kenapa kau tanya? 

"Takde apa-apa pun . Kau rasa dia handsome tak?

"Bolehlah, ouh, kau dah suka kat dia ke? Jangan nak tipu aku tau.

"Haah, aku mula minat dia, tapi sikit je. Takde lah melampau sangat.

"Hehe, takpe aku boleh tolong stalker dia untuk kau. Eh aku kena gerak dulu, bye.

Akhirnya, disebabkan pandang pertama Alyaa' mula jatuh hati dengan Adnan. Dia tidak sabar untuk ke sekolah esok untuk bertemu dengan rakan-rakannya. Dia lalu tidur dengan lena sambil berangan akan dirinya merapatkan diri dengan 'prince charming'nya itu.

Pada keesokan paginya, dia pergi ke sekolah dengan berjalan kaki bersama-sama abangnya denga penuh gembira. Abangnya berasa hairan melihat keadaan adiknya yang terlampau ceria. Sesampainya di sekolah, dia meluahkan isi hatinya kepada rakan-rakannya di kelas. Sememangnya mereka memang sudah menjangka perkara ini akan berlaku kerana kekacakan Adnan sama paras dengan kecantikan Alyaa'. Disebabkan itu, Ariena menyerah diri untuk mengorek rahsia atau perkara -perkara yang berkaitan dengan Adnan. Selepas itu, Sarah, Aleya, Aina dan Ana menjadi mata-mata untuk stalker Adnan. Mereka amat menyukai keputasan  Alyaa'itu. Mereka tahu bahawa Alyaa' seorang yang sangat cerewet sehingga semua rakannya tidak tahu akan keinginannya.

Hari Rabu merupakan hari aktiviti kokurikulum. Ini bermakna semua pelajar perlu pulang lambat kerana selepas waktu persekolahan tamat, semua pelajar akan ke unit beruniform masing-masing. Ketika pelajar sedang rehat, terdapat sekumpulan pelajar yang sedang duduk melepak sambil makan di tepi padang sekolah.

"Alyaa', nah ambik buku ni, semua maklumat-maklumat penting tentang diri dia aku dah catatkan dalam buku ni", kata Ariena .

"Ouh, terima kasih. Sayang kau."

"Ha, Adnan unit beruniform apa eh? tanya Aina

"Entahlah, tapikan tadi aku nampak dia dekat kantin pakai baju uniform kadet bomba. " kata Ana.

"Aku rasa kan kita tak boleh kalau sebut nama Adnan, nanti orang perasan, tak pasal-pasal nanti bocor rahsia" luah Aleya.

"Habistu nak panggil apa?"

"Abang bomba, ok tak"

Sejak itu ,mereka menggelar Adnan Abang bomba.

Hello, Abang bomba  Hai, Abang pengakapStories to obsess over. Discover now