- 08 -

76 5 0
                                    

" D-Doojoon."

" Diam."

" Doojoon a-aku-."

" Aku cakap diam. Diam lah !" Tengkingnya.

Aku sudah terkedu dan jauh disudut hati aku sedikit berkecil hati.

Hina sangat ke aku ni ? Hina ke sekelas dengan aku ?

Waktu rehat tadi dia terus blah dari cafeteria selepas aku tanya " kenapa ?"

Aku rasa dia ni ada masalah hormone tak stabil lah. Tanya sikit pun nak marah.

" Hi. Guys !" Sapa Gikwang ceria di muka pintu dan disusuli rakan yang lain.

Beberapa pelajar perempuan sudah tergedik-gedik menayang asset yang ada dengan harapan mendapat perhatian dari mereka berempat.

Aku lihat mereka berempat menghampiri meja aku dan Doojoon.

Aku sudah mengetap bibir. Apa musibah lagi lah ni.

" Yo. Hyun Seung." Sapa Yoseob ceria pada budak meja depan.

Jadi nama budak duduk depan ni Hyun Seung.

Mereka berempat membuat bro hug bersama Hyun Seung sebelum Yoseob terpandang aku di sebelah Doojoon.

" Guys. Doojoon duduk sebelah noona feisty lah. So sweet." Beritahu Yoseob dengan nada penuh awe.

" Shut up Yoseob." Kata Doojoon tegas.

Aku lihat Doojoon hanya berpeluk tubuh sambil menyandar di kerusi dan memandang tajam ke arah Yoseob.

" Hey relax lah Doojoon." Beritahu Junhyung.

Oh yeah. Aku sudah tahu nama kesemua kawan Doojoon. Tadi selepas Doojoon meninggalkan rakannya di cafeteria, Yoseob memperkenalkan aku pada mereka yang lain.

Aku juga baru tahu yang Yoseob ni sebaya dengan aku, untung Yoseob baby face. Aku juga tahu yang Dongwoon sangat pandai dan duduk di kelas 2601 iaitu kelas pertama. Hm, Yoseob, Gikwang dan Junhyung pula satu kelas iaitu kelas 2603, kelas ke tiga.

" Wei. Apa kata lepas ni kita lepak sini je nak tak ? Boleh sembang dengan noona feisty." Cadang Yoseob teruja.

Meja di sebelah kanan aku yang dipisahkan oleh laluan telah di duduk oleh Dongwoon untuk membaca buku. Tuan meja pergi ke tandas tadi tapi tak balik-balik lagi, lagipun waktu rehat berbaki 5 minit.

" Mana boleh bodoh. Nanti kantoi lah dengan cikgu." Marah Gikwang sambil mengetuk kepala Yoseob dengan pen.

" Alah. Um, kalau macam tu apa kata noona feisty join group kita ? Boleh ponteng kelas sama-sama." Cadang Yoseob lagi.

Aku sudah tersenyum sumbeng. Memang tak lah aku nak ponteng kelas.

" Tak boleh." Beritahu Doojoon tegas.

" Aku setuju."

" Kau setuju yang mana ?" Tanya Gikwang pada Junhyung.

" Um. Aku setuju Jiyo tak join group kita." Kata Junhyung yang duduk di hujung meja budak sebelah Hyun Seung.

" Kenapa pulak ? Aku tak kira aku nak noona feisty join jugak." Protes Yoseob.

" Guys.. dia tak layak join group kita lagipun dia perempuan." Terang Junhyung.

Aku sudah mengetap bibir menahan malu. Dia orang ni pun nak meeting jangan lah dekat sini. Malu aku dengan rakan sekelas yang lain.

" Dah lah tu. Nanti kita bincang lain. Lagipun dekat sini tak sesuai, banyak langau curi dengar." Kata Gikwang sedikit kuat.

Mungkin untuk memastikan pelajar yang curi-curi dengar untuk dengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh Gikwang.

Hm. Aku bukan kategori langau kan ?

" Tak ada apa nak dibincangkan Gikwang. Jiyo tak akan masuk group kita." Beritahu Doojoon selamba.

" Hei ! Mana a-." Bentak Yoseob sebelum di tegur cikgu.

" Kamu buat apa dekat kelas saya ni ?" Soal cikgu yang sudah duduk di mejanya.

" Melawat Doojoon cikgu." Kata Junhyung selamba. " Dah jom blah." Arah Junhyung dan berlalu keluar dari kelas aku.

Hm. Dah dua hari aku bersekolah di sini tapi masih belum jumpa seseorang yang boleh dibuat kawan lagi.

Aku memandang arah pintu yang diketuk dari luar.

" Selamat tengah hari." Sapa seorang pelajar perempuan yang berdiri di muka pintu.

" Selamat tengah hari. Kamu budak baru tu ke ?" Soal cikgu ingin tahu.

" Ya."

" Hyun Seung dan Max boleh ambilkan pelajar baru kita ni kerusi dan meja ?" Tanya cikgu pada dua orang lelaki yang duduk di meja depan aku.

" Baik cikgu." Beritahu Max lalu berendar keluar bersama Hyun Seung.

" Boleh perkenalkan diri kamu ?"

" Nama Lee Si Young. Dari Sekolah Tinggi KI." Beritahu Si Young dengan nada bosan.

Wow. STKI adalah sekolah yang melahirkan para atlit negara.

" Wow. Jadi kamu main sukan apa ?" Soal cikgu lagi.

Max dan juga Hyun Seung sudah meletakkan meja dan kerusi Si Young di belakang meja aku.

" Cikgu boleh tengok buku rekod saya." Beritahu Si Young lalu melangkah duduk di tempat barunya.

Aku rasa aku boleh berkawan baik dengan Si Young. Lagipun dia kan duduk belakang aku.

Aku memusingkan badan memandang Si Young yang duduk bersandar di kerusi memeluk tubuh.

" Hi." Sapa ku ceria.

Dia hanya menjeling aku dan merehatkan kepala pada lengannya di atas meja.

Okey. Nampaknya Si Young ni jenis sukar di dekati.

Atau lebih tepat lagi spesis Doojoon jugak lah ni kot.

INSIDE B2ST HAVE B2UTY ( MALAY )Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin