Part 1

11 0 0
                                        



5 July 2014
Sabtu
Bangi

Kimi duduk di kerusi sambil memerhatikan Farah yang sedang membelek gaun pengantin yang telah di tempah bulan lalu. Proses penjahitan di butik itu sangat cepat dan nampak memuaskan. Farah juga nampak gembira dengan gaun yang telah siap itu. Farah menoleh kepada Kimi,

"Ok?" kata Farah sambil tersenyum lebar. Kimi membalas dengan senyuman manis,

"Suite you the best..." Farah kemudian masuk ke dalam sebuah bilik fitting untuk mengenakan gaun itu. Kimi melepaskan keluhan lega, entah kenapa tiba-tiba sahaja ingatannya teringatkan bekas tunangnya, dia akui sduah hampir melupakan gadis itu. Di butik itu terdapat juga beberapa pasangan lain yang ada urusan mereka masing-masing. Telefon bimbit Kimi berbunyi, dia melihat skrin telefon, tertera nama 'Munzir' di atasnya. Dia mengeluh perlahan, sambil berjalan menuju ke pintu keluar butik itu, panggilan yang dia rasakan perlu dia jawab secara privasi. Namun di terlanggar bahu seorang pelanggan wanita yang baru sahaja masuk ke dalam butik itu, menyebabkan air di tangan pelanggan itu tertumpah terkena baju Kimi.

"Oh, sorry... saya tak sengaja.." kata wanita cina yang begitu fasih berbahasa melayu itu. Kimi tersenyum dan bersuara,

"It's ok, saya yang salah, saya rushing..." Kimi memandang kepada pasangan lelaki kepada wanita itu yang merupakan seorang lelaki melayu,

"Maaf encik, saya yang salah. Saya ganti balik minuman tu..." lelaki itu tersenyum lebar,

"Tak pe... tapi risau encik je, habis baju encik basah, kena air oren pulak tu..." Kimi baru tersedar, kesan air oren itu di bajunya, yang kebetulan dia mengenakan blazer dan kemeja putih. Kimi tersenyum sambil berjalan masuk semula ke dalam butik itu bersama-sama dengan pasangan itu. Wanita cina itu menghulurkan sehelai tisu kepada Kimi, Kimi mencapainya,

"Thanks, saya lupa baju saya putih hari ni..." kata Kimi.

"Mesti panggilan tadi tu penting sampai tak perasan..." Kimi ketawa kecil mendengar kata-kata lelaki itu.

"Saya Azhari Firdaus..." lelaki itu menghulurkan tangannya kepada Kimi, Kimi menyambutnya,

"Fuad Hakimi... panggil Kimi..." lelaki itu mengangguk,

"Ini tunang saya, Carolina Rania..." Kimi mengangguk kepada gadis itu. 

"Ada tempah baju juga kat butik ni ke?" Kimi tersenyum dan menjawab,

"Yup... tunang saya suka baju kat butik ni..."

"Oo.. ya ke... so datang dengan tunang la ni?"

"Yup.. dia tengah testing baju". Sejurus kemudian Farah keluar dari bilik persalinan dan berjalan menuju kepada Kimi,

"Kimi..." Farah terhenti seketika dan terkedu melihat pasangan yang bersama Kimi itu, dia tersenyum lebar dan terus meluru kepada wanita cina itu,

"Oh my god, Carol...!!! Azhar!!!" Carol dan Farah berpelukkan.

"Oh... biar betul... Farah ke ni?" Azhar ketawa kerana terkejut terserempak dengan Farah di situ.

"Tak sangka aku, kau dah cantik sekarang! And I should say wow... you and this gentleman..." Azhar memandang kepada Kimi yang tersenyum, dia sudah dapat mengagak yang mereka kemungkinan kawan Farah kerana reaksi mesra mereka bertiga. Farah ketawa kecil,

"Kau dah kenal dia ke? Ni Kimi, tunang aku..." Carol dan Azhar melirik kepada Kimi,

"Sorry dear, aku tumpahkan air kat baju tunang kau..." kata Carol. Seketika kemudian mereka semua duduk di sebuah meja di satu sudut butik itu.

"Lama betul kita tak jumpa and lost contact kan..." kata Azhar memulakan bicara.

"Kau dan Carol bila harinya tu? Happy sangat tengok korang berdua kekal sampai sekarang..." kata Farah pula.

"In Sha Allah, kalau tak ada aral melintang, hujung bulan ni... Alhamdulillah, sekarang baru je habis proses convert Carol..." Farah memeluk Carol,

"Alhamdulillah, tahniah Carol, welcome my new sister!" Carol tersenyum sambil meleraikan pelukannya,

"Thank you, please support and guide me as well..."

"Sure!!!" mereka semua ketawa kecil.

"Oh ya, ada terjumpa dan contact kawan-kawan yang lain ke?" Farah terkebil-kebil seketika, dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia jawab. Azhar mengeluh kecil,

"Terus menghilang si Fareez dan Suhana agaknya, lansung tak tahu cerita mereka sejak Manis pergi..." Kimi memandang Farah, Farah memberikan isyarat mata kepada Kimi supaya diam sahaja,

"Tu lah... aku pun tak tahulah mana pergi Fareez dan Suhana... Bad je yang aku tahu..." jawab Farah.

"Haha... doktor Bad ok..." mereka semua ketawa kecil. Namun mood sedih kembali menyelubungi mereka,

"Tak tahulah, samada Fareez tahu ke tak yang Manis dah tinggalkan kita semua buat selamanya" Carol rasa sebak ketika mendengar kata-kata Azhar. Kimi pula rasa janggal kerana berita yang baru dia dengar itu agak memeranjatkan. Carol menundukkan kepalanya,

"Seriously, aku memang sedih sangat bila teringatkan Fareez and Manis... Bagi aku, memang tragic love sangat... and, I still can't believe it happens and what's Fareez reason doing so..." semua diam mendengar kata-kata Carol itu.

"There must be something happens, sebab Fareez takkan buat macam tu, he really madly in love with Manis... how can he dares to do that..." Kimi bersandar pada kerusi, entah kenapa dia rasa rindu kepada Manis.

'Hanya orang cintakan Manis je tahu, betapa 'mad'nya in love pada dia...' desis Kimi sendirian. Farah menarik nafas panjang,

"Tiba-tiba je mood kita semua jadi sedih... Apa yang kita boleh buat sekarang just doakan kebahagian mereka..." Carol dan Azhar memandang Farah, terkebil-kebil. Farah diam seketika, dia tersenyum,

"Kebahagian Manis di sana... May be Fareez somewhere also pursuit for happiness..." Carol dan Azhar mengangguk setuju dengan Farah. Kimi masih lagi diam memerhati. Seketika kemudian mereka berempat keluar dari butik itu dan makan tengahari bersama. Selesai makan, masing-masing kemudian mengucapkan salam perpisahan dan bertukar nombor telefon. Kimi memandu Farah pulang, suasana yang agak janggal muncul kembali. Farah seakan dapat merasakan keinginan Kimi bertanya dia akan hal yang baru berlaku tadi. Farah memandang kepada Kimi namun dia tidak berkata apa. 

Kenangan Manis Cinta Fareez - Bab 20Stories to obsess over. Discover now