BAB 1

199 4 0
                                        

"Assalammualaikum Hanna"

" Waalaikumusalam Ibu.. Ye ? Kenapa Ibu call ni? "
Aku berhenti dari melakukan kerja-kerja tadi.

"Hanna dekat mana? Tak habis lagi ke kerja tu? Nak pukul 10 malam dah ni"
kedengaran suara Ibu risau di hujung talian.

"Hanna dekat butik lagi ni.. Ibu jangan lah risau .. Mia ada dengan Hanna ni"
Aku mencari kelibat rakan karib ku dan merupakan pekerja di butik ini.

"Hmm yelah.. Jangan kerja terlalu kuat.. kamu tu perempuan. Banyakkan berehat. Kesiankan badan tu"

"Hahah Baik ibu.. oklah, Hanna nak siapkan kerja sikit lagi ni, nanti dah siap, Hanna terus balik rumah ye. Jangan risau."

"Okeyy syg.. take care. Assalammualaikum"

Selepas menjawab salam, aku meletakkan telefon ke dalam beg semula. Melihat jarum jam di tangan menunjukkan pukul 9.55 malam.

"Mia?? Are you there?" Aku memanjangkan leher untuk melihat kelibat Mia yang sibuk membuat kerjanya di kaunter.

"Yes. I'm here." Mia melambaikan tangan pada aku

"Hmm Hanna.. jomlah balik. Aku pun dah penat ni." Mia tiba-tiba muncul di hadapan aku.

"'Oklah . Aku pun dah siapkan kerja ni. Pastikan semua lampu dalam butik ni ditutup ye. Aku tunggu kau dekat luar"

"Baikk" Mia melangkah keluar dan menjalankan tugas terakhirnya buat hari ini sebelum pulang.

AKU dan Mia keluar dari butik dan masing-masing memberi salam dan masuk ke dalam kereta.

*Ting Ting Ting*
Telefonku berbunyi menandakan mesej masuk.

[ Alif Rizqi ♡ ]
-Assalmmualaikum Awak. Masih dekat butik ke?

=waalaikumusalam. Saya dah dalam kereta ni. Otw balik. Kenapa?

-ouhh saya tanya je. Elok-elok bawak kereta tu. Anything, just call saya ok? Nanti dah sampai bagitahu.

= okeyy . I will 😊

Aku menutup semula telefon dan menumpukan perhatian pada pemanduan. Aku tersenyum sendiri.. walaupun mesej yang ringkas, cukup buat aku bahagia.
Berkawan sejak di bangku sekolah dan masing-masing menumpukan perhatian pada kerjaya. Sebelum aku menyambung pelajaran di MSU Shah Alam . Alif Rizqi meluahkan perasaan dia pada aku.

Walaupun aku juga mencintainya . Tapi aku tidak mahu ada hubungan dengannya sebelum berjaya capai cita-cita ku ingin menjayakan butik sendiri.

Tahun ini genap 10 tahun kami berkawan dan Rizqi telah membuat keputusan ingin menikahi aku pada tahun hadapan.

Keluarganya sudah lama tahu tentang perasaan dia pada aku. Ibu juga tidak melarang kerana ibu cukup kenal Alif Rizqi dari kami di tingkatan 3.

Aku harap dia dapat bahagiakan aku . Bahagia yang sudah lama aku cari..

Encik Suami Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz