seri - end

4.5K 313 74
                                    

Kemarahan Jebat kian memucak. Isterinya dinodai oleh lelaki itu. Buku limanya digengam kuat. Seri masih menangis tidak henti-henti. Pecah bibirnya kerana ditampar Kamal semalam. Tubuhnya digosok kuat kerana berasa terlalu kotor dan hina. Jebat mendekatinya. Mencium dahinya.
"Kau mahu kemana, bang? Tolong jangan pergi lagi..'' pinta Seri sambil menarik  lengan lelaki itu. "Aku mahu buat perhitungan dengan Kamal. Dia harus membayar segalanya.'' Kata Jebat dengan nada yang tegas. seri menangis lagi. Dia menggeleng kepala dan masih tidak melepaskan lengan suaminya.
"Janganlah kau nekad. Aku takut kalau kau diapa-apakan oleh mereka.'' Kata Seri lagi. Mata suaminya berubah. Seri dapat melihat ianya seperti mata ular. Tangan itu juga berasa bersisik. Serta merta Seri melepaskan tangan itu.
"Dia yang meminta ajalnya sendiri, aku tidak lepaskan orang seperti dia.'' Kata Jebat melangkah pergi. 'meminta ajal?' adakah dia mahu membunuh Kamal? Janganlah.. jangan jadi pembunuh abang Jebat. Setitis air matanya mengalir.

Berita kematian Kamal dibelit ular besar itu menggemparkan penduduk kampung. Seri berasa sungguh takut. Ular? Orang kampung memanggilnya siluman ular. Dia bisa berubah menjadi manusia dan menjadi ular. Dia tidak mahu menuduh yang bukan-bukan, tapi entah kenapa dia merasakan kalau suaminya ada kaitan dengan kematian Kamal. Mungkinkah.. suaminya itu adalah siluman ular itu?

Pagi itu, ketika sedang membersihkan rumah. Secara tidak sengaja dia menjumpai sesuatu yang sungguh mengejutkan. Ada segumpal kulit ular yang baru bersalin di bawah tempat tidurnya. Dari kulit itu, dia tahu ini bukan kulit ular biasa. Mungkin ada sebesar orang atau lebih besar. Terduduk dia di sudut itu. Segalanya seakan menunjukan kalau apa difikirkannya selama ini adalah benar belaka. Suaminya mungkin siluman ular!

"Siluman ular! Keluar kau! Keluar!'' jerit suara di luar rumah. Seri menyapu titisan air mata itu dan lekas-lekas keluar. Ada banyak penduduk kampung berada di luar rumahnya. Segala jenis senjata ada pada tangan setiap penduduk. Seri mulai tidak sedap hati. Dia melangkah keluar perlahan.
"Ada apa ini?'' tanya Seri perlahan. lelaki tua itu mendengus kecil.
"Hoi Seri! Laki kau itu siluman ular, mana dia aku mahu mencincang dia!'' kata lelaki itu. Zapp! Terasa seperti mahu terlucut jantungnya mendengar kata-kata itu. Mereka mahu membunuh Jebat? Tidak! Tidak mungkin, siapa mereka yang boleh menentukan untuk membunuh suaminya? Siapapun Jebat, aku tidak akan membiarkan suamiku dibunuh.
"Apa buktinya kalau suami aku itu siluman? Aku isterinya, aku tidak menikah dengan siluman ular, aku bernikah dengan manusia. Namanya Jebat!'' tiba-tiba lahir kekuatan dia untuk membela suaminya. Biarpun sudah jelas lagi bersuluh kalau dia melihat ada kulit ular bersalin di bawah katilnya tadi.

"Ahh.. kau perempuan apa tahu? Suami kau itu siluman ular, dia tidak mungkin tunjuk didepan kau. Aku lihat dia sewaktu membunuh Kamal.'' Kata Atan pula. Seri diam. apa yang patut dia katakan lagi? Dia masuk ke rumah, mengeluarkan sebilah pisau.
"Kau dengar sini Atan dan semuanya! Kalau benar suami aku itu siluman ular, biar aku sendiri yang membunuhnya, kau semua jangan ikut campur!'' kata-kata Seri kali ini tiada lagi bantahan dari orang. Semuanya bersetuju. Tapi meminta agar Seri membawakan kepala ular itu dihadapkan kepada mereka. Hanya berstuju saja dengan permintaan orang kampung itu. Sebaik sahaja semua orang pergi, Seri lekas-lekas masuk menutup pintu. Menyandar diri dibalik pintu. 'Apa yang harus aku lakukan sekarang? dia.. dia suami aku, adakah dia siluman ular itu?' Seri tertanya-tanya tanpa jawapan. Apapun itu, dia hanya tahu untuk tidak membenarkan orang kampung membunuh suaminya.

Jebat masuk ke dalam rumah secara senyap-senyap. Dia melihat isterinya sedang tidur berbantalkan lengan. Dia mengusap perlahan rambut isterinya. Seri tersedar dari tidur ayamnya. Dari tadi dia menunggu Jebat pulang.
"Abang Jebat, cepat, kau mesti pergi dari sini. Orang kampung mahu membunuh kau.'' Kata Seri sambil menyimpan pakaian Jebat ke dalam kain yang dibentang kemudiannya dibungkus kemas. Laju saja tangan dia menyiapkan segala persiapan untuk sang suami. Jebat memegang tangannya supaya berhenti. Dagu isterinya diangkat.
"Jadi kau tahu aku adalah siluman ular?'' tanya Jebat perlahan. Seri masih tidak berani memandang wajah suaminya. Dia sebenarnya takut.
"Lihat aku Seri,'' kata Jebat lagi. Seri melihat wajah suaminya. Masih seperti dulu. Cuma wajahnya saja yang berubah. Sudah berjambang nampak tidak terurus. Seri menyentuh wajah itu dengan kedua tapak tangannya. Air matanya mengalir.
"Abang Jebat...'' dia pantas memeluk tubuh lelaki itu.

SERIWhere stories live. Discover now