"Sharifah!" Teriak Nazatul dari jauh . Sharifah agak terpinga - pinga apabila mendegar pekikan yang memanggil namanya secara tiba - tiba . "Ya Naz , kenapa dari jauh dah memanggil nama saya ?" Jawap Sharifah apabila menyedari panggilan itu datangnya dari rakan karibnya . "Petang ni lepas saya habis kelas fizik , apa kata kita pergi makan di Restoran Akel ? Dengar cerita makanan di situ boleh tahan sedap" , mengenangkan perut Sharifah pun sudah mula mengeroncong akibat kelaparan . Sharifah harus mengikut sahaja kehendak rakan karibnya itu ."Baiklah , saya akan tunggu awak dihadapan kelas " , balas Sharifah
"KRINNNGGGGGGG!" loceng berbunyi tanda sudah tamat waktu belajar . Nazatul bergegas mendapatkan Sharifah yang berada di kaki lima kelasnya . "Ha ! Jumpa juga awak akhirnya . Penat saya menunggu disini . Ingatkan taknak datang" kata Sharifah ingin mengusik Nazatul . "Dah jangan buang masa , jom kita pergi ke restoran itu" ajak Nazatul . "Baiklah , jom !" Balas Sharifah . Semasa dalam perjalan ke restoran itu . Sharifah ternampak seorang jejaka yang agak tampan lalu melintasi mereka berdua . "Hensem juga mamat ni . Dah la putih , tinggi pula" bisik hati Sharifah sambil memandang ke arah lelaki tersebut . Nazatul menyedari akan perbuatan Sharifah lalu menegurnya . "Eh ! Awak pandang apa ha Sharifah . Awak minat dekat Amin ehh ?" Usik Nazatul . Sharifah tersentak mendengar kata - kata dari Nazatul itu . "Ish ! Mana ada , saya pandang tempat lain la . Awak tu salah anggap . Tapi , macam mana awak tahu nama dia Amin ?" Balas Sharifah . Nazatul mula menyengih melihat gelagat rakannya itu . "Mestilah saya kenal . Saya pernah belajar dengan dia dulu . Dia seorang yang pandai , hensem pula tu . Ramai minat dekat dia termasuk awak . Hahaha " tawa si Nazatul . Dengan segera Sharifah cuba lari dari situsasi tersebut "Eh itu kan restoran yang awak maksudkan !" Kata Sharifah sambil menunjuk ke arah restoran tersebut . Dengan pantas Nazatul mengiyakan kata Sharifah lalu bergegas memasuki restoran itu . Selepas mereka mendapat tempat untuk makan . Mereka agak teruja dengan menu makanan yang disediakan dengan harga yang amat berpatutan . Apa yang makin membuat mereka bertambah suka ialah , harga makanan akan dipotong 30% sekiranya mempunyai kad pelajar . Mereka terus tidak membuang masa dan memilih makanan yang kelihatan sedap pada waktu itu .
Tidak sampai setengah jam berada disitu . Sharifah perasan seorang lelaki yang mirip wajahnya seperti Amin , lalu Sharifah menegur Nazatul "Eh bukankah itu Amin ?", tanya Sharifah kepada Nazatul .
"Aah itulah Amin . Kenapa ? Awak suka dia kan ?" Usik Nazatul . Sekali lagi muka Sharifah menjadi kemerah - merahan . "Ehh mana ada ! Saya tanya jelah . Ish dia ni , ada je nak kenekan orang " marah Sharifah . Saat itu , Sharifah perasan bahawa mata Amin asyik memandang tepat ke arah matanya . Sharifah terkaku melihat perbuatan Amin itu . Sharifah cuba tidak mengendahkan perbuatan Amin kerana dia berasa malu . Sharifah makan dengan cepat supaya dapat keluar dari restoran itu dengan segera . Nazatul curiga akan perbuatan Sharifah itu . "Eh ! Kenapa awak ni makan laju semacam ? Macam ada hantu kejar je ?" , tanya Nazatul kehairanan .
"Errr , takde apa la . saya lupa saya harus balik awal . Kain dirumah belum sempat basuh" jawap Sharifah dengan spontan . Selepas selesai makan . Sharifah bergegas meninggalkan restoran itu . Amin dari jauh tersenyum melihat gelagat Sharifah selepas ditenung olehnya . "Haih kenapa la kau ni cantik sangat ifah " bisik hati Amin . Selepas sampai kerumah . Sharifah teringat akan peristiwa yang berlaku di Restoran Akel itu . Tiba - tiba hatinya berdegup kencang apabila teringat wajah Amin . Tetapi dia anggap bahawa itu semua hanyalah mainan perasaan semata - mata . Sharifah cuba tidak mengendahkan perasaan itu dan menjalani hidup seperti biasa .
STAI LEGGENDO
Menyesal "Apabila diri Tergoda"
Narrativa generaleCerita mengenai seorang wanita yang bernama Sharifah Nur Alawiyyah yang dahulunya adalah seorang muslimah . Namun , telah jatuh cinta kepada seorang lelaki yang bernama Mohd Amin apabila lelaki itu sering kali menatap matanya apabila terjumpa di m...
