Prolog
Sebuah tamadun yang telah berkuasa di sebuah planet yang jauh dari bumi iaitu planet sirus, telah runtuh disebabkan kedatangan tentera dari planet zilo. Raja pada zaman itu ialah sultan Riza Ahamd, beliau berusaha untuk mengekalkan kuasanya dari diambil alih oleh planet zilo.
Sultan Riza telah memindahkan keluarganya keluar dari planet sirus bagi menjamin masa depan planet mereka. Pada akhirnya, sultan Riza berjaya ditawan oleh musuh dan dikurung di kurungan bawah tanah. Raja baru telah di tabalkan bagi mengganti tempat sultan Riza, planet sirus telah mendapat raja boneka yang mengikut segala perintah planet zilo.
Keluarga sultan Riza berjaya melarikan menggunakan pesawat angkasa diraja ke sebuah planet biru jauh dari planet sirus, planet itu berada dalam sistem bima sakti dan dihuni oleh bangsa manusia sejak sekian lama. Nama planet itu adalah bumi dan dihuni oleh 8 billion manusia dan planet ke-3 dari sistem suria.
"tuan muda kita akan tiba di planet bumi sebentar nanti" kata Paolo sambil tunduk hormat pada putera mahkota planet sirus. Paolo merupakan kapten kapal angkasa diraja planet sirus, dia ditugaskan untuk membawa keluarga diraja sultan Riza keluar dari planet itu.
"kenapa kita datang ke bumi?, bangsa ni tak akan bantu kita" kata putera mahkota planet sirus. Putera mahkota planet sirus bernama Enzo Ahmad, berusia 14 tahun dan anak sulung sultan Riza.
"ni saja planet yang tidak campur tangan politik angakasa" kata seorang lelaki berpakaian seperti kesatria yang berjalan menghampiri mereka. Dia adalah Asir, kesatria diraja keluarga Riza, mereka dikenali sebagai knight.
"ya, lagipun planet ni tidak tahu konflik yang berlaku di luar sana" sambung seorang lagi yang berjalan disebelah Asir. Lelaki itu adalah Reagan, ahli sihir diraja, dikenali sebagai mage.
Mereka mendarat di satu kawasan hutan jauh dari bandar utama. Enzo keluar dari kapal itu bersama Paolo, Asir dan Reagan. Kawasan hutan yang hijau gelap yang jauh dari bandar memudahkan mereka untuk membina kubu bawah tanah bagi menyimpan kapal mereka.
"sekarang apa yang kita nak buat ni?" soal Enzo sambil memeluk tubuh badannya yang kesejukan akibat hawa sejuk dari penghawa dingin kapal itu. dia mula merasa bosan dengan suasana kawasan itu.
"kita tak boleh duduk sini, kita kena duduk dekat kawasan manusia" kata Reagan sambil mengasilkan magik yang membolehkan mereka melihat kawasan bandar berdekatan.
Sekarang mereka berada di bandar Kharea, putera Enzo bersama pengikutnya pergi ke kawasan perumahan terdekat bagi mencari tempat tinggal sementara. Asir berjaya mendapatkan rumah agam 3 tingkat untuk mereka tinggal sementara menunggu masa yang sesuai untuk pulang ke planet sirus semula.
"abang, kita tinggal sini ke?, macam mana dengan ayahanda" soal puteri Alisya. Puteri Alisya adalah adik perempuan putera Enzo yang berusia 7 tahun. Abangnya memusingkan badannya kebelakang lalu memeluk tubuh kecil adiknya.
"kita tak boleh balik ke sana belum tiba masanya, ayahanda berkorban demi kerajaan kita" bisik Enzo sambil menitiskan air mata ke atas bahu adiknya.
Asir membawa mereka ke bilik di tingkat atas bagi merehatkan mereka. Paolo tinggal di pengkalan bawah tanah di kawasan hutan untuk menjaga kapal mereka, manakala, Reagan sedang memperhatikan kawasan yang tempat tinggal mereka itu.
Mereka perlu mencari order of the ring menurut ramalan Reagan sebelum pulang ke planet asal mereka dan menyelamatkannya. Mampukah mereka mengharungi cabaran yang bakal menimpa diri mereka?
~~~Teruskan membaca bagi tahu kesudahan nasib putera Enzo JJJ~~~
YOU ARE READING
The Order Of Rings (malay)
FantasyKisah ini menceritakan mengenai sebuah keluarga diraja dari planet sirus telah melarikan diri ke planet bumi dari kekejaman empayar zilo yang memulakan kempen perang terhadap united galactic empire. Putera Enzo dan puteri Alisya tiba di bumi bagi me...
