"Rayyan? Macam mana pula dia boleh suka dekat Sara?" Tanya Sara bingung.

"Mama dia la yang suka dekat Sara." Kata Datin Marliza pula.

Kiranya ni mak bapak yang jodohkanlah ni? Clishenya hidupku. Dah macam cerita petang-petang pulak. Kahwin paksa. Huhuhu

Qaisara menarik nafas dalam-dalam. "Okay. Sara terima kalau dia terima." Kata Qaisara. Tadi kata mama dia yang suka aku. So, kalau dia terima maksudnya dia sudi dan nak dekat aku. So, ok jela.

"Okay. Betul ye? Kalau dia terima Qaisara pun terima?" Tanya Datin Marliza inginkan kepastian.

"Ye..  kalau takde apa-apa lagi Qaisara naik dulu la"Qaisara sudah ingin menggangkat punggung tapi ditahan Dato Karim.

"Sara.. Sara janji fikir yang kitaorang ni nak control Sara ye. Papa dan mama rasa ini yang terbaik untuk Sara. Sara ok kan?" Kata Dato Karim lembut.

"Tak pa, Sara tak rasa macam tu pun. Sara ok je. Sara naik dulu ye?" Sebenarnya dia tipu saja. Untuk menjaga hati orang tuanya saja. Walaupun diorang bukan orang tua kandungnya, merekalah yang menjaga dirinya sehingga besar. Selepas mendapat anggukkan dari papanya, terus Sara pergi dari situ.

Hatinya sedih. Sampai hati mereka. Dia terus masuk ke biliknya.

Sampai saja di biliknya,dia terus pergi ke laci almarinya. Laci pertama, tak ada. Laci kedua, pun tak ada. Sampai di laci ketiga, barang yang dicari ditemuinya. Gambar ibu kandungnya.

Dia duduk bersandar di katil. Gambar ibu kandungnya ditenung lama. Rasa rindu yang membuak-buak dapat juga dilepaskan sedikit. Tanpa dia sedar, air matanya gugur.

XXX

Rayyan berjalan menuju ke bilik Dato Karim. Dia mengetuk pintu beberapa kali sebelum Dato Karim menyuruhnya masuk.

"Eh, Rayyan." Kata Dato Karim sebelum berjabat tangan dengannya.

"Ye, Dato. Saya datang sini ada hal sikit" kata Rayyan selepas Dato Karim menjemputnya duduk.

"Ala Rayyan bukannya ada sapa-sapa pun dekat sini. Tak payah berdato-dato. Panggil je papa. Tak lama lagi pun kamu nak jadi menantu papa jugak kan? Ha, apa halnya?" Rayyan tersengih.

"Er.. Rayyan.. Rayyan ingatkan nak mintak izin papa nak ajak Qaisara keluar, boleh tak?" Tanya Rayyan sedikit gagap. Dia pun tidak tahu kenapa dia tergagap2 ni. Dato Karim ketawa.

"Keluar? Rayyan.. kalau Rayyan nak keluar dengan Sara, keluar je la. Tak lama nanti pun korang jadi tunang jugak kan?" Kata Dato Karim selepas ketawanya sedikit reda. Rayyan sekali lagi tersengih.

"Ok  thank you pa, er.. Rayyan pergi dulu" kata Rayyan sebelum menyalam tangan bakal bapak mertuanya.

Rayyan menarik nafas sebelum mengetuk pintu. Kali ni pintu tunangnya pula. Dia baru hendak mengetuk, pintu sudah dibuka oleh Qaisara dan dia terketuk kepala Qaisara.

"Auww!" Jerit Qaisara sebelum mengusap dahinya. Qaisara memandang gerangan yang mengetuk kepalanya. Rayyan?

"Er.. Sara.. i'm sorry. Are you okay?" Kata Rayyan sudah gelabah.

"I'm okay.. i'm okay." Qaisara masih lagi mengosok-gosok dahinya.

Aduh.. sakitnya. Dia ni, ketuk sekuat hati ke apa ni? Kata Qaisara di dalam hatinya

"Masuklah" dia mempelawa Rayyan. Tadi dia ingatkan nak pergi ke bilik papanya, tetapi kena ketuk pulak. Rayyan masuk dan menutup pintu. Emir yang dari tadi melihat adegan itu, mengetap gigi. Geram.

"Duduklah" Qaisara menunjukkan kerusi yang ada di dalam biliknya.

"Sakit sangat ke?" Kata Rayyan. Qaisara sudah berhenti menggosok dahinya tetapi dahinya masih lagi berkerut2.

"Sakit jugak lah. Awak ketuk sekuat hati ke apa tadi?" Qaisara ketawa halus. Menampakkan lesung pipitnya. Rayyan tersenyum.

"Tadi nak ketuk pintu, terketuk dahi awak pulak. Lepas ni.. mungkin saya boleh ketuk pintu hati awak pulak?" Kata Rayyan sambil tersenyum. Mana dia dapat ayat tu pun dia tak tau. Qaisara hanya tersengih.

Amboi.. pandai mengayat la dia ni. Takpe.. aku suka. kata Qaisara di dalam hati.

"Jom lunch" Rayyan memecahkan kesunyian di situ.

"Ok, but i need to ask my dad first okay?"

"It's okay. Saya dah tanya dah. And dia kata boleh. Jom." Ajak Rayyan sambil membuka pintu.
Qaisara bangun dari duduknya dan berjalan ke arah Rayyan. Mereka keluar beriringan. Emir menahan rasa amarah di hati.

---

Please ask me kalau ada apa apa yang tak faham atau nak tau okay? Gud night.

Muahciked😘😘

i hate you , i love youWhere stories live. Discover now