Bab1

331 21 1
                                    

"Nak tunggu lagi ke,Nik ? Dah pukul tujuh empat puluh ni .. Jomlah ! Nanti kita terlepas kelas pula." Aina mengajak Nik masuk kedalam kelas .Ikut jadual , hari itu mereka berdua bertugas menjaga pintu pagar hadapan . Waktu persekolahan sedang bermula dan dia lihat Nik masih membelek buku laporan tugasannya.

     Nik mendongak lalu menghadiahkan senyuman kepada sahabatnya Aina a.k.a makcik makcik.Selain dikenali sebagai pengawas , gadis itu juga merupakan anak kepada pengetua sekolah dan antara pelajar kebanggaan sekolah.Walaupun masih berusia 17 tahun , ketrampilannya sebagai begitu sesuai dengan dirinya.

      Walaupun Nik disenangi ramai pelajar tak kurang juga ada yg kurang menyenanginya mungkin kerana cemburu dgn kebolehan dan layanan yg diberikan oleh guru guru disekolahnya membuatkan ada yg memusuhi dirinya itu.

      "Huh..Bagus kan hari ini tak ramai yang datang lewat ? Agaknya kempen datang awal kesekolah tu" Nik tersenyum. Aina angguk bersetuju . Memang setiap kali  kita bertugas kurang murid yg datang lewat, Nik oi.. Aku rasa sebab kau yg jaga pintu pagar ni.. Dia orang tu takutkan kau kut! Bisik hati Aina . Walaupun orangnya tdk sombong namun Nik sangat serius dan tegas apabila berkaitan dengan hal disiplin lebih lebih lagi disiplin disekolah. Memang takkan ada kompromo opsss kompromi ! Nampak macam pendiam tapi bila dia tunjuk taring , memang tak ada peluang nak lari.

      "Okeylah .. jom kita masuk kelas,"ajak Aina. Dia membetulkan sedikit tudung yg berwarna coklat . Mereka berdua sudah bersedia untuk beredar dari kawasan itu. Namun langkah mereka terhenti kerana terdengar deruan enjin motosikal.

      "Kau tengok tu Nik .. ada sorang lagi yg datang lambat."Aina tunjuk kearah seorang pelajar yg baru saja menongkat motosikalnya di bawah garaj.

       "Kalau tak salah aku, dia tu senior yg baru masuk sekolah ni minggu lepas .. kau perasan tak Nik?"

       "Isy tak adalah tak penting ! Kau ni kalau ada senior baru aja mesti kau tahu kan , Aina?"Nik sengaja tayang jari telunjuknya ke muka Aina. Dia ketawa kecil. Sengaja nak menyakat Aina.

     "Aku ingat pasal dia tu kerana dia handsome gila .. kalau pelajar baru yg tak handsome aku tak berapa nak ingat la."

      "Teruklah kau ni, tahun lepas pun sama juga .. Kaulah awal awal beritahu aku pasal senior nama Arif tu , kan?Isy kau ni pantang tengok yg handsome... Tak elok tau! Mama aku cakap kita orang perempuan tak elok buat perangai gedik.. kita kena jaga pandangan mata kita ni"Nik mengerling Aina.

    Pelajar lelaki itu orangnya tinggi lampai. Mungkin hampir mencecah enam kaki. Nik sempat mencongak paras ketinggian di antara dia dan pelajar lelaki itu. Mak oiii .. aku paras bahu dia aja?

    "Kenapa datang lambat?Sekarang dah pukul tujuh empat puluh lima pagi .."Nik bersuara tegas. Bukan berniat nak marah pun. Hanya teguran. Lagipun, dia sedang bercakap dgn senior. Sebagai junior dia mesti menghormati senior.

     "Kau cakap dgn aku ke?"Firdaus menjawab bersahaja. Mulutnya sedang enak mengunyah gula gula getah. Dia merenung tepat wajah pengawas yg setinggi bahunya. Huh! Nasiblah pagi pagi lagi dah terserempak dgn budak tak cukup inci ni .. wah tayang muka perasan bagus nampaknya.

     Nik kerut dahi. Matanya mengecil. Apa ke cerdik soalan mamat poyo ni?

     "Ehh tak la saya bercakap dengan rumput .. Hai encik rumput."Nik melambai kearah rumput. Kemudian dia menjeling Firdaus lalu membuka buku catatannya.

    "Oh.."Firdaus sengih. Whoa marah tu! Lama dia pandang Nik. Inilah dia budak yg telah dipilih sebagai suri hidupnya. Langsung tak sesuai.

    "Siapa nama awk?"

     "Firdaus!"Bagi senyuman paling handsome kat Nik.. Cehh! Apa pasal tak balas pulak? Tak ada perasaan ke apa budak ni?

      "Saya nak ingatkan, awk ni pelajar baru. Senior form six pula tu. Cubalah tunjuk teladan yg baik kepada junior awk. Datang lewat kesekolah ni dah menunjukkan awk tak berdisiplin dgn tali kasut tak berikat .. tali leher tak pakai .. Baju pun tak bergosok! Selekeh la awk ni .. sepanjang saya jadi pengawas, awk lah pelajar selekeh yg mengalahkan pengemis yg saya pernah saya jumpa."

      Firdaus terlongo. Ada ke cakap aku selekeh? Dah tu .. pengemis pun tak selekeh macam aku? Ewah .. Sesedap rasa aja kau kutuk aku kan ?

    "Arggghhhh .. Suka hati akulah, kau junior jangan nak berlagak baguslah. Boleh blah ! Nasihat orang perempuan, sorry la abg nak pakai,"bantah Firdaus

     Firdaus berlalu ke kelas. Mati niat dia nak mengayat budak kerek tu. Perasan bagus la tu!Macam manalah daddy boleh tunangkan aku dgn budak tu? Ada ke cakap aku selekeh ?

     "Eee .. Berlagaknya senior baru tukan , Nik ? Muka aja handsome tapi mulut jahat ."Aina mencebir

Bạn đã đọc hết các phần đã được đăng tải.

⏰ Cập nhật Lần cuối: Feb 17, 2017 ⏰

Thêm truyện này vào Thư viện của bạn để nhận thông báo chương mới!

Seniorku! Encik SuamiNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ