Bab 1

34 0 0
                                    

          "Mama, Balqis rasa sudah lama kita tidak menjenguk saudara mara kita di Johor kan ma! Balqis rindu mahu bertemu mereka ma. " kata balqis. Mama nya menyetujui apa yang dikatakan itu. Mereka merancang untuk bertanyakan hal itu kepada Encik Fauzi, ayah kepada Balqis apabila beliau pulang dari kerja nanti. Mereka sekeluarga sudah lebih kurang 5tahun menetap disana. Selalunya mereka pulang setahun sekali. Tetapi kebelakangan ini Encik Fauzi sibuk dan tidak berkesempatan membawa mereka ke sana. Apabila ayah Balqis pulang dari kerja, Balqis terus menuju ke ayahnya. "Ayah mahu minum apa-apa? Balqis boleh buatkan untuk ayah." bodek Balqis. "Balqis, kalau kamu ada apa apa mahu cakap atau minta cakap ajelah, takperlu bermanis manis sangat ayat kamu itu." ayahnya sudah mengetahui niatnya. "errr ayah ni.... Balqis ikhlas lah... tapi macam mana ayah tahu Balqis hendak minta sesuatu?" tanya Balqis. "Ayah sudah jaga dan bela kamu dari kecil sampailah dah besar macamni Balqis mestilah ayah tahu apa yang anak ayah nak kan" jawab Encik Fauzi. "Hehehehe, sebab itu Balqis sayang sangat dekat ayah. Ayah, Balqis rasa kan kita sudah lama tak pulang ke Malaysia kan ayah. Apa kata kita pulang setelah Balqis habis exam hujung bulan ni yah?" Tanya Balqis dengan lembutnya. "Ayah memang sudah merancang hendak pergi ke sana. Ayah tahu kamu mahu pulang, ayah pun rasa begitu juga." jawab ayah. Balqis berasa gembira mendengar apa yang ayahnya katakan itu.
            Dua hari sebelum mereka pulang, Balqis bagaikan tak tentu arah duduk di rumah. Walaupun dia mempunyai ramai kawan di London itu. Tapi dia tetap merasakan dia lebih selesa dengan orang senegeranya dan lebih senang untuk berkomunikasi. "Qis, kamu sudah kemas baju kamu ya? Mama tahulah kamu sudah tidak sabar sabar hendak pulang. Tapi ini terlebih 'excited' pulak kamu ni balqis. haih... balqis balqis... " kata mamanya. "Yalah ma, Qis tak sabar mahu berjumpa dengan saudara saudara di sana ni maaaa. Tinggal jasad je dekat sini, roh nya dah dekat sana ma. hehehe" gurau balqis. "Amboi kamu ni... sampai macam itu sekali ya.... " jawab mamanya.

hai readers! sorry if penulisan quite not good. newbie lagi bebeh hahaha. stay tuned okay!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 09, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kisah KitaWhere stories live. Discover now