Final Piala Malaysia

22 0 0
                                        

Lagi 3 hari bakal berlangsung perlawanan akhir final Piala Malaysia 2016. Final ulangan antara pasukan Kedah vs Selangor. Ketika ini suasana kemeriahan dan bahang perlawanan akhir sudah terasa.

Peminat dari kedua-dua pasukan sudah mula melaungkan slogan menyokong dan memprovokasi pasukan pihak lawan.

Bagi fan Selangor,mereka boleh menarik nafas lega setelah hampir 10 tahun menanti misi 33 kali menjulang kejuaraan tercapai. 10 tahun mereka diejek,di pukul dan di londeh oleh peminat pasukan lain. Kini mereka ke final untuk memburu misi ke34 kali menjuarai kejohanan piala tertua di asia.

Kedah pula mara ke final tahun ini dalam kelas tersendiri. Jika Selangor berbangga dengan misi33. Kedah juga berbangga dengan kejayaan Double Treble. Misi untuk membalas dendam kekalahan pada final musim lepas harus ditebus pasukan Kedah.

SEJARAH

Piala Malaya mula dipertandingkan pada tahun 1921. Singapura pasukan pertama menjuarai piala ini.

Pada tahun 1933 Piala Malaya ditukar kepada nama Piala H.M.S Malaya. Singapura juga muncul pasukan pertama yang menjuarai piala ini.

1967 Piala H.M.S Malaya ditukar kepada nama Piala Malaysia dan kekal sehingga kini. Perak muncul pasukan pertama yang menjuarai piala ini.

KEJAYAAN

Pasukan Selangor muncul Juara Piala Malaysia sebanyak 19kali.
Manakala pasukan Kedah 4 kali menjadi Juara.
Pasukan Kedah pertama kali menjulang Piala Malaysia pada tahun 1990 setelah menewaskan Singapura.
Kuala Lumpur adalah pasukan pertama yang menjuarai Piala Malaysia secara Hatrik(1987,1988,1989). Dan yang menariknya, final yang dimenangi Kuala Lumpur untuk mencipta hatrik adalah menumpaskan pasukan yang sama iaitu Kedah.(Aku rasa nak menangis bila menaip hal ni).

Kemudian Selangor pula muncul pasukan kedua melakukan Hatrik menjuarai Piala Malaysia(1995,1996,1997).

Pada 2005,Selangor melakukan Treble dengan merangkul kejuaraan Liga Perdana,Piala Fa dan Piala Malaysia.(Waktu ni abang-abang SPSK tak reti pakai spender lagi rasanya)

Kedah juga tidak mahu ketinggalan dalam mengukir sejarah apabila melakukan DOUBLE TREBLE pada tahun 2007 dan 2008 apabila memenangi Liga Super,Piala FA dan Piala Malaysia. Sehingga kini belum ada pasukan yang mampu melakar sejarah paling agung melakukan DOUBLE TREBLE seperti pasukan Kedah.(Kali ni aku menaip dengan penuh rasa bangga dan riak)

Pada tahun 2012, pasukan Kelantan pula melakukan TREBLE dengan merangkul kejuaraan Liga Super,Piala Fa dan Piala Malaysia. Tapi mereka gagal mengulangi apa yang dilakukan pasukan Kedah iaitu melakukan DOUBLE TREBLE.(Ketika aku menaip,aku terbayang Dato Sri Vida suruh Anuar Musa buat trademark Qu Puteh. Cilakak!)

PENYOKONG

Final ulangan tahun ini lebih diberi perhatian kerana penyokong dari kedua-dua pasukan ada misi dan matlamat untuk pasukan masing-masing.

Seperti yang seantero peminat bolasepak tanahair tahu, penyokong Kedah merupakan antara penyokong yang paling unik,enjoy dan kreatif bila turun memberi sokongan apabila pasukan Kedah beraksi. Bermacam ragam,lagak dan gaya dapat disaksikan.

Pada tahun 1994, sejarah tercipta apabila 80ribu penyokong Selangor dan Kedah membanjiri stadium Shah Alam. Menghampiri kapasiti 81ribu.
Yang menariknya perlawanan tersebut bukanlah perlawanan akhir. Ia hanyalah perlawanan untuk merebut tempat ke Semi final Piala Malaysia. Itulah kekuatan penyokong dari kedua-dua pasukan. Kedah memenangi perlawanan tersebut 2-1 hasil jaringan Jan Janostak dan Faridzuan Che hamid.

Tapi kini angka dan suasana tersebut mungkin tidak dapat berulang gara-gara Ulat Tiket.
Ketika artikel ni ditulis,dah berbakul aku menyumpah seranah ulat tiket. Tak kurang juga aku mencarot kepada AJK yang menganjurkan final kali ini. Hal ni dah jadi semakin parah. Nak tau lebih lanjut boleh baca kat facebook page "Selangor Pawer Sampai Kiamat".

Akhir kata,aku harap final tahun ini jadilah antara final yang terbaik penah peminat bolasepak Malaysia saksikan. Walaupun Liga kita dicalit berbagai kontroversi,FAM yang bangang tiada tara dan skuad kebangsaan main bola macam setan. Ingat, Siapa lagi yang nak memeriahkan bolasepak kita kalau bukan kita?

Hijau Kuning Selamanya.
Merah Kuning Takkan Padam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 30, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Final Piala Malaysia 2016 (Kedah vs Selangor)Stories to obsess over. Discover now