Empat Puluh Lima [ 45 ]

Start from the beginning
                                    

Aera dan Yunho hanya mengangguk mengerti. Setelah kereta api tiba, mereka menaiki kereta api dan mengambil tempat. Bekal yang Jin buatkan dikeluarkan dari beg sandangnya. Penutup bekal dibuka dan sepotong kimbap disuap ke mulut Yunho dan Aera. Aera dan Yunho teruja berada di dalam kereta api membuatkan dia tersenyum.

Sebaik sahaja sampai di Busan, Suga menahan teksi dan meminta untuk menghantar mereka ke tempat penyimpanan abu mayat. " Eommeonim...mianhae sebab sakitkan Soo Mi. Maafkan Yoongi. " bisik Suga perlahan ketika menziarah eomma Soo Mi. Setelah mereka selesai menziarah, Suga membawa Aera dan Yunho ke rumah eomma Ji Hyo a.k.a eomma angkat Soo Mi.

" Annyeonghaseyo. " sapa Suga sopan kepada seorang wanita yang masih kelihatan muda dan cantik. " Ouh Yoongi. Masuklah. " jemput Pn. Song. Suga membawa Aera yang sudah terlelap di dalam dukungannya dan Yunho yang mamai. Aera dan Yunho ditidurkan di dalam bilik Eun Woo.

" Hyung..." panggil Eun Woo di muka pintu. " Eo? Waeyo? " balas Suga dengan nada perlahan supaya tidak mengejutkan anaknya yang sudah tidur. Tangannya menepuk perlahan anak-anaknya seperti mendodoi. Setelah memastikan anak-anaknya sudah tidur, Suga berjalan keluar dari bilik.

Eun Woo memberi secawan air kepada Suga yang sedang mengambil angin di balkoni rumah. Suga mengucapkan terima kasih dan terus menikmati angin sepoi-sepoi yang mendamaikan. " Noona...dah sedar? " tanya Eun Woo. Suga menghela nafas berat sebelum menggeleng lemah.

" Hyung sabar je ya. Hyung kena kuat supaya noona pun kuat. " kata Eun Woo memberi semangat. Suga hanya mengangguk dan tersenyum hambar. " Hyung rehat la. Hyung balik malam ni ke? " tanya Eun Woo. Suga mengangguk. " Noona perlukan hyung di sisi. Jadi, hyung kena pulang. " balas Suga. Eun Woo hanya megangguk mengerti.

Skip~

Soo Mi membuka mata dan mengerdipkan beberapa kali untuk menyesuaikan matanya dengan cahaya yang berada di sekitarnya. Dia cuba bangun dari baringan dengan perlahan-lahan. Sebaik sahaja dia cuba bangun, matanya menyapa sepasang mata yang dirindui. Suga seakan tergamam di hadapan pintu.

Suga tersedar dari dunianya sendiri apabila mendengar Soo Mi mengerang kesakitan. Dengan pantas dia menghampiri katil dan cuba membantu Soo Mi bersandar pada kepala katil. Sedang Suga membetulkan bantal di belakang Soo Mi, badannya terasa dipeluk.

Suga memandang Soo Mi yang sedang memeluknya erat sambil memejam mata. Rindu benarkah dia pada Suga? " Sayang...tak marah? " soal Suga masih kaku dengan pelukan Soo Mi. Soo Mi menggeleng kepala. Akhirnya Suga turut membalas pelukan Soo Mi. Erat. Kemas. Dia juga berasa rindu dengan Soo Mi. Sangat. Terasa sia-sia merajuk lama-lama dengan Soo Mi.

" Mianhae. Mianhae sayang...jagi memang jahat. Sanggup buat macam ni kat sayang. Mesti sayang terseksa. " ujar Suga sedih. Soo Mi hanya menganggukkan kepala. Beberapa saat kemudian, Soo Mi mendongak memandang Suga yang berdiri.

" Tapi Soo Mi dah okay. Sejak dapat peluk gula ni. " gurau Soo Mi untuk menceriakan hati Suga. Suga tersenyum. Soo Mi sengaja mengeratkan pelukan membuatkan Suga mengaduh sakit. Soo Mi meleraikan pelukan dan memandang Suga pelik. Soo Mi menarik Suga untuk duduk di birai katil.

" Kenapa? " tanya Soo Mi risau. " Appeo. " adu Suga membuat muka sedih. Suga cuba menyelak bajunya namun terhenti apabila Soo Mi terjerit kecil. " Nak buat apa ni?! " soal Soo Mi gelabah. Suga tergelak kecil. " Jamkkanman. Kenapa tangan jagi lebam-lebam? Muka pun? " soal Soo Mi risau.

Suga segera memeluk Soo Mi. Soo Mi terpaku apabila dipeluk. Pelik. " Kenapa ni? " tanya Soo Mi risau sambil membalas pelukan Suga. " Jagi kena culik. Lepas tu kena tumbuk. Sakit. Huhuhu. " rengek Suga. Saja ingin bermanja. " Hah?! " Soo Mi terkejut lalu meleraikan pelukan. Muka Suga dipandang untuk mencari kebenaran.

" Habis fans tahu tak?! " tanya Soo Mi. " Heish sayang ni. Risaukan fans buat apa? Jagi yang sakit ni patut dirisaukan. " rajuk Suga memalingkan tubuh dan wajahnya. " Tapi kalau fans tahu jagi macam ni...mesti dia orang risau. Soo Mi pun kan Army jugak. " ujar Soo Mi tersengih mengusik. Suga turut tersengih.

" PD-nim tahu tak? " tanya Soo Mi sambil memerhati Suga yang sibuk menekan sesuatu di telefon. Icon kamera ditekan dan kemudian Suga mengambil gambar selfie bersama Soo Mi. Soo Mi hanya ikutkan sahaja kehendak Suga. Pelik betul orang sedar dari koma boleh selfie. 😂

Kemudian jari Suga pantas menekan sesuatu di skrin telefonnya. Pertama, dia hantar gambar dia dan Soo Mi ke group Bangtan untuk memberitahu Soo Mi sudah sedar. Kemudian memberitahu Pn. Song dan keluarga. Seterusnya memberitahu Hye Rin yang sedang menjaga Aera dan Yunho.

Soo Mi mengerut dahi apabila Suga menghantar gambar tersebut ke laman sosial instagram? Adakah Suga gila?! " Jagi...apa jagi buat nih?! " soal Soo Mi cemas. Suga hanya mendiamkan diri dan tidak ambil peduli soalan isterinya. Gambar di hantar ke laman sosial instagram dengan caption " Finally. My wife have wake up from her coma. "

Beberapa saat kemudian sudah ada orang yang komen gambar tersebut. Suga menunjukkan komen-komen itu kepada Soo Mi.

" Wahh...tahniah oppa sebab Soo Mi unnie dah sedar! "

" Soo Mi unnie tetap cantik walaupun baru sedar dari koma. 😍 "

" Soo Mi unnie! Semoga cepat sembuh! "

Soo Mi membaca banyak lagi komen-komen yang membuatkan dia terkejut. M-macam mana dia orang... tahu? Muka Suga yang sedang tersenyum dipandang. " Jagi bagi tahu PD-nim yang jagi dah kahwin dan isteri jagi ialah pelakon baru yang bernama Soo Mi. Mulanya PD-nim terkejut dan marah sebab tak bagitahu. Tapi....

Tapi PD-nim setuju sebab isteri tercinta jagi ni ialah Soo Mi. PD-nim kata ramai sangat yang ship jagi dengan sayang sejak kita berlakon sama-sama. Termasuk army. Lepas tu...jagi buat confession yang jagi dah berkahwin dengan sayang. Mulanya peminat tak terima. Tapi akhirnya dia orang setuju dan terima. Jagi lega sangat.

Dia orang sedih bila dapat tahu sayang sedang koma. Maafkan jagi sebab baru tahu sedangkan Jungkook dengan Taehyung ada cuba bagi tahu yang pelakon baru yang bernama Han Soo Mi sedang koma. Jagi ego masa tu. Pasal perempuan tu...jagi tak buat dia mengandung. Dia cuma tipu. Dan jagi tak pernah rapat dengan dia pun. Masa sayang datang rumah tu...jagi keluar dengan Hyun. " terang Suga panjang lebar.

Soo Mi menekup mulut tidak percaya. Mereka terima...Suga dah kahwin? Muka Suga yang nampak resah dengan reaksinya dipandang. " Kenapa jagi marah Soo Mi sebelum ni? " tanya Soo Mi bingung dan ingin tahu. Suga menghela nafas berat. " Sebab...hari tu, jagi nampak sayang dengan Jun Ki dekat kafe. " balas Suga dengan rasa bersalah.

" Jagi...masa tu ada Hye Ri unnie. Soo Mi dah janji nak belanja dia orang. " terang Soo Mi agak kesal. " Jagi tahu. Mianhae. Jagi tak patut meragui sayang. Cheongmal mianhae." ucap Suga dengan rasa bersalah. " Cheonma. Janji semuanya kembali pulih. " balas Soo Mi cuba menyedapkan hati Suga.

Tangan Suga yang lebam digenggam lembut dan sebuah senyuman manis terukir. Suga membalas genggaman tersebut dan turut tersenyum. Mereka merenung mata masing-masing seakan berada di dunia mereka sendiri.

" Baaaaaa!!!! "

Sergah Jhope dan Taehyung sebaik sahaja pintu terbuka. Suga berdecit apabila diganggu lagi. " Hyung ni...Soo Mi tengah sakit pun sempat lagi en. " usik Jimin ketawa kecil. Mereka yang lain turut galak mengusik. Soo Mi tersenyum malu sambil membuang pandang ke tempat lain.






To Be Continued....

Amacam? mengarut en ? macam merepek pun ada. hahaha. 😂😂😂

Suga : Author. aku dengar cerita Wrong Person kau hambar. 😏

Author : baik kau diam gula. aku potong gaji kau nanti. -_-

Jimin : Hyung. Kenapa cakap camtu! Cerita jimin tuh. 😭

Taehyung : Plus...cerita aku jugak okay. Alahhh hyung. cerita ni pun dulu hambar gak. muahahaha. 😝

Author : lol. balik semua. nak promote tu elok-elok sikit. 😂

Okay. maafkan saya merepek sekali lagi. 😂

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now