12

2.4K 232 5
                                    

Aku bangun dari tidurku akibat terlalu sejuk. Aku mengambil phoneku lalu melihat jam di screen.

Baru pukul 5. Bangun je la. Kang kalau aku tidur balik, terlajak kang.

Aku tutup aircond lalu keluar dari bilik. Aku pergi ke ruang tamu dan duduk di sofa.

TV aku on and layan K-Drama yang ditayang pada waktu macam ni.

Chip! Chip!

Sape pulak la yang hantar chat dekat aku pagi-pagi buta ni.

vitaemin: Haera-ah.. dah bangun ke?

MnHae: nugu?
MnHae: mana dapat ID?

vitaemin: ni aku la. Tae. Kan masa dekat funfair tadi aku mintak ID kau

MnHae: ouh

vitaemin: soalan aku kau tak jawab lagi

MnHae: kau rasa aku dah bangun ke belum?

vitaemin: dah la
vitaemin: habistu sape yg tngh chat aku sekarang?

MnHae: dah tu?

vitaemin: dah tu apa?

Ya Tuhan dia ni. Blur duh..

MnHae: masih nak aku jawab lagi ke soalan kau tu?

vitaemin: ouh.. okk baru aku faham maksud kau
vitaemin: hee~~

MnHae: --"

vitaemin: rilekk.. jangan marah. Cepat tua baru tau

MnHae: lantak kau la Tae
MnHae: sebelum aku terlupa, biasa la aku ni nyanyok sikit.. asal kau panggil Yoongi 'Suga' and kenapa dia panggil kau 'V'?

vitaemin: takkan kau tak tau nickname oppa kau sendiri?

MnHae: tak = ̄ω ̄=
MnHae: semua pasal dia aku tak ambik tau sangat  ̄ 3 ̄

vitaemin: --"
vitaemin: saeng jenis apa la kau ni

MnHae: lantak la
MnHae: cepat la bagitau

vitaemin: nak bagitau la ni
vitaemin: bole sabar tak?

Tak.. aku tak bole sabar ( ̄ε(# ̄)︴

vitaemin: macam ni citer dia..

MnHae: ehh Tae!
MnHae: sambung dekat sekolah nanti la
MnHae: dah pukul 6 dah.. aku nak bersiap nak pergi sekolah
MnHae: bye!

vitaemin: hoi!

Aku tutup phone aku. Aku sempat baca chat dia yang first je. Yang lain aku tak sempat baca sebab aku dah tutup phone.

Lantak la.. aku nak bersiap.

Lalu aku pun masuk semula ke dalam bilik dan bersiap.

•••

Lepas dah bersiap, aku keluar dari bilikku bersama dengan beg sekolah aku.

Oops.. aku terlupa tutup tv. Kalau Yoongi tau ni, mesti dia marah aku.

Aku pun menutup tv.

"Malasnya aku nak bangunkan dia.. haih.."

Dengan langkah yang berat, aku menuju ke bilik yang Yuna duduk. Aku membuka pintu.

Aku berjalan ke arah Yuna yang masih lagi tidur.

"Yah! Bangun la! Nanti lambat pergi sekolah!"

Dengan kasar aku kejutkan dia.

"Jangan kacau aku tidur la!"

Eh eh dia ni.. lantak kau la. Kalau kau lambat pun bukannya kena marah pun. Budak baru en.. malas aku nak kejutkan kau dah.

Aku keluar dari bilik dia. Destinasi seterusnya aku pergi ke bilik Yoongi.

Dengan selamba, aku bukak pintu bilik dia.

"Yoongi~"

La.. tidur lagi ke? Aku duduk di birai katil.

"Yoongi. Bangun la. Nanti kau lambat nak pergi kerja."

Aku menggoncang lengannya. Eh? Kenapa panas? Aku meletakkan tanganku di dahiku.

Panasnya!

Aku mengambil remote aircond. Mataku membuntang.

Dia ni dah giler ke hape? Bukak sampai 16°c.. memang la demam.

"Yoongi…"

"Erm?"

Matanya dibuka dengan perlahan-lahan.

"Eo.. Haera. Kenapa kau dekat bilik aku ni?"

Dia nak bangun dari baringnya tapi aku halang. Dia pandang aku.

"Kau tak payah pergi kerja la. Kau tengah demam ni. Kau baring je."

"Tapi.."

"Tak ada tapi-tapi. Hari ni kau rehat je dekat rumah."

Dia mengangguk lemah. Aku menarik comforter hingga ke dadanya.

"Kalau kau nak apa-apa, aku ada dekat luar."

Baru je aku nak berdiri, Yoongi menarik pergelangan tanganku.

"Kau tak pergi sekolah ke?"

"Tak la. Aku jaga kau."

"Tak payah la. Kau pergi je la sekolah tu. Kau tak payah la risaukan aku sangat. Aku boleh jaga diri aku."

"Tapi.. nanti kalau kau nak makan? Minum air?"

"Aku boleh buat sendiri. Pergi sekolah tau."

Aku mengangguk. Aku berdiri dan keluar dari bilik Yoongi.

"Haera!"

"Nae?"

"Sini kejap."

Nak apa la dia ni. Aku pun pergi ke arah Yoongi.

"Kau nak apa?"

"Aku nak bisik kau satu benda jap."

Aku mengangkat keningku.

"Cakap je la. Kita je kott ada dekat dalam bilik ni."

"Ish kau ni! Sini je la!"

Aku mengeluh. Aku pun mendekatkan diri aku.

"Jaga diri baik-baik tau."

Bisik Yoongi. Selepas dia berbisik, dia mencium dahiku. Aku tergamam. Aku memandang Yoongi. Dia tersenyum.

"Ingat tau cakap aku tadi. Jangan cedera. Dah la.. pergi la sekolah. Nanti lambat pulak."

Dia mengusap kepalaku. Aku menjauhkan diri dan keluar dari bilik Yoongi. Dengan perlahan aku menutup pintu.

Aku kelu. Buat pertama kali, Yoongi cium aku. Tanpa aku sedari, aku tersenyum.

Aku mengambil helmet dan kunci motor lalu aku pun pergi ke sekolah.

To Be Continue

Aww 💕 sweetnya Haera dngn Yoongi 😆 aq dngn oppa aq pun x mcm tu 😶 jeles keyh jeles 😤

Okey, abaikan 😂 bye 😘

[C] love hurt S1 + S2 | taehyung.Where stories live. Discover now