Prolog

11 1 0
                                        

"Lepaslah.Aku tak gila macam yang korang sangka.Lepaslah bodoh.Aku tak gila.Korang faham tak?"Jeritan kuat dari namja bernama Byun Baek Hyun itu bagaikan menggegarkan hospital tersebut.Manusia-manusia tidak kira namja mahupun yeoja berasa gerun melihat wajah Baekhyun yang bengis itu seolah-olah dia akan bertukar menjadi 'monster' bila-bila masa sahaja.Sahabat baiknya Do Kyung Soo atau lebih dikenali dengan nama D.o hanya mampu mengekori langkah jururawat-jururawat tersebut.Sedari tadi dia hanya diam.Langsung tidak membuka mulutnya untuk berbicara.Dia juga tidak mampu berbuat apa-apa.

Baekhyun membuka matanya perlahan-lahan.Terasa berat kepalanya.Mungkin akibat ubat penenang yang disuntik ke dalam tubuhnya,mungkin.Dilihat D.o terlentok elok terlelap di sofa berdekatan katil yang didudukinya.Hospital.Ya,ini pasti hospital.Dia berada di sini gara-gara ramai yang menyangkanya gila.Tidak,dia sama sekali tidak gila.Bayangan yang sering menghantuinya selama ini adalah benar.Bodoh!Semua ini salahnya sendiri.Jikalau sahaja dia boleh memutar kembali masa pasti semuanya akan menjadi normal.Pasti sekarang dia tidak berada di hospital ini.

"Baekhyun."Baekhyun mengalihkan pandangannya apabila kedengaran seseorang memanggil namanya seakan-akan berbisik.

Matanya menangkap 'manusia' yang memandangnya.Pantas sahaja wajahnya berubah menjadi pucat.Di..dia datang lagi!!

Bertenang Baekhyun,kau mampu atasinya.

"Ha..ha..hajima,Jangan ganggu aku lagi."Katakutan mula menghantui dirinya.No,jangan lemah Baekhyun.

"Kau yang buat aku mati Byun Baek Hyun."Tajam matanya memandang Baekhyun.

"Aku tak bunuh kau Hyera."Matanya memandang Hyera yang seakan-akan 'masih hidup' itu.Dia kaku.Dia takut.Namun bibirnya masih memberinya peluang untuk berbicara.

"Kau memang tak bunuh aku tapi...sebab kau....aku bunuh diri.Semua ni sebab kau.Kau tak guna Baekhyun."Air mata Hyera mengalir.Kemudian matanya kembali memandang tajam ke arah Baekhyun.

"Kau Byun Baek Hyun."Jari telunjuknya ditujukan ke arah Baekhyun."Aku akan pastikan kau merana seumur hidup kau.Kau takkan hidup dengan aman.Aku akan pastikan kau mati dengan kejam dalam genggaman aku."Keras suara Hyera menggugut Baekhyun.Suara ketawanya pecah.Sungguh nyaring di pendengaran Baekhyun.Suaranya bagaikan suara pontianak.Menggilai.Sungguh menakutkan.

Pantas saja Baekhyun menutup kedua-dua belah telinganya menggunakan tangan.Kepalanya digeleng."Tak.Jangan ganggu aku lagi.Aku tahu aku bersalah.Tolong maafkan aku.Aku janji akan tebus kesalahan aku walaupun aku tahu kau dah mati.Tolong jangan ganggu aku.Aku mohon."Sayu suaranya kedengaran.Sungguh dia takut akan ugutan Hyera.Kata-kata Hyera adalah benar.Pasti Hyera tidak akan melepaskannya.Dia tak nak mati dalam genggaman roh yang menyimpan seribu satu dendam terhadapnya.

"Baekhyun."Baekhyun tersentak.Dikalih pandangannya.

"Kau ok?"Tanya D.o risau.

"Di..dia datang lagi."Ujar Baekhyun katakutan.

"Hyera?"D.o tersenyum hambar melihat anggukan Baekhyun.

Baekhyun menunjukkan ke arah dinding di mana Hyera berada namun segalanya hampa apabila Hyera berjaya 'melarikan diri' sekali lagi secara ghaib.Hanya dinding berwarna biru muda dicat di situ.Tiada Hyera lagi.

"Don't worry.Aku ada dekat sini temankan kau."D.o menepuk perlahan bahu Baekhyun.

"Omma dengan appa aku?"Soal Baekhyun.Terfikir di benaknya akan omma appanya.Sudah tahukah mereka akan keadaan dirinya.

"Dalam perjalanan."Jawab D.o ringkas.

"Dorang tahu kenapa tiba-tiba aku masuk hospital?"

"Aku tak beritahu.Aku cuma suruh dorang datang sini je."

Baekhyun mengangguk lemah mendengar kata-kata yang terbit dari bibir mungil D.o

"Kau rehatlah dulu."



DendamDonde viven las historias. Descúbrelo ahora