Arin lekas bangun daripada duduk. Katakan dia tidak profesional, namun selama ini, dia seorang yang menderita.

"Ell..no.." Adrian pantas mengejar langkah Arin. Berlari anak dan dia berjaya menyaingi langkah Arin.

"Awak tahu how much I love you Arin Isabella. Awak tahu ni semua tak betul. Saya masih sayangkan awak. Saya tak pernah lupakan awak. Tolong la percayakan saya, saya dan Fasha.."

"Maaf Tengku Adrian. Aku tak nak dengar apa-apa pun dari mulut kau. Aku dah tawar hati, everything between us..is over. I won't trust you anymore. And that's it."

tubuh lelaki itu ditolak ke tepi. Adrian yang terkaku mendengar kata-kata Arin hanya membiarkan gadis itu pergi. Dia terngadah. Hanya satu ayat yang berputar di telinganya berulang kali.

'I wont trust you anymore.'

Adrian ketawa kecil.

"Just who you think I am, Ell? I'm not gonna give up. If I want you then I'll make sure you're gonna be mine." Monolog lelaki itu, yakin Arin Isabella akan kembali pada dirinya. Dia cuma perlu bersabar.

Hilman meninggalkan Fasha yang masih tersenyum sinis dan terus melangkah mendekati Adrian. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan.

"Bro, jangan mengalah lagi, cuba sampai kau dapat dia balik. Aku yakin hati dia akan lembut juga nanti lagi-lagi bila dia tengok usaha kau nak dapatkan dia balik"

Adrian memandang Hilman. Dia mengeluh perlahan. Tadi dia yakin, tapi bila dia fikirkan kembali, bolehkah dia lembutkan hati wanitanya itu?

"Tapi Man, Ell.. dia bencikan aku. Sangat benci. I can see it through her eyes." kata Adrian. Kalau bukan kerana Fasha Hafina, hubungannya dengan Arin takkan terputus.

"Aku bukan nak takutkan kau Ian, tapi Arin bukan lagi your sweet lover anymore, she's broken inside. Kau kena usaha lebih lagi, biar dia nampak effort kau." kata Hilman.

"I know it. And she's mine to begin with." Putus asa? Itu bukan Tengku Adrian Ukasyah la.

©®©®©®

Arin masuk ke dalam kelas dengan wajah masam. Terus dia duduk di mejanya, penat menghadap perangai manusia yang ada di bilik mesyuarat sebentar tadi. Aliya memandang Arin yang baru duduk di sebelahnya.

"Masam je muka, kau okey tak ni? Masalah apa pula kali ni?" Tanya Aliya. Faham sangat dengan kerenah kawan baiknya itu. Ada la tu benda jadi dalam bilik mesyuarat tadi.

Arin menundukkan wajahnya. Digeleng kepala perlahan. Memang hati dia tak okey daripada seminggu yang lalu.

Tengku Adrian Ukasyah.

Lelaki pertama bagi seorang Arin Isabella. Jumpa bekas kekasih hati yang cuba dilupakan selepas bertahun, mana mungkin dia boleh kekal tenang. Moving on is not easy and same goes to me.

"..saya masih sayangkan awak. Saya tak pernah lupakan awak.."

Kata-kata lelaki itu sedikit sebanyak mencuit hati kecilnya. Tapi, di tahap mana kepercayaan yang dia ada untuk Adrian?

"Kau dah jumpa dia?" tanya Aliya perlahan.

"Huh?"

"Lahhhh, aku cakap bukan main panjang lagi, kau tak dengar rupanya. Ish, aku tanya, kau dah jumpa dia ke belum? Aku tahu kau jumpa dia masa awal haritu, but kau dah cuba bagi dia explain tentang dulu ataupun tak?" Tanya Aliya panjang lebar.

MINE ✔  (In Editing)Where stories live. Discover now