CHAPTER 1: TEMAN TIDUR

4.7K 105 49
                                    

Aku membuka pintu bilik asrama. Gelap. Haihhh...Masha tidur bilik Lina lagilah ni. Dia tinggal aku lagi.

Aku meletakkan beg sandang di tepi katil sebelum merebahkan tubuh ke katil. Penat gila hari ni! Mana taknye, esok ada majlis bagi Kelab Debat. Jadi aku sebagai pengerusi kelab kenalah uruskan semua persediaan bagi majlis esok.

Aku menjeling jam loceng di tepi katil. Pukul 11.30 malam. Haihh...tak mandi lagi ni. Badan pun dah melekit sangat dah ni. Lebih baik aku mandi, solat isyak baru tidur.

Aku mencapai tuala di penyangkut baju yang melekat di almari dan bakul peralatan mandi. Selepas itu aku mengunci pintu dan menuju ke bilik air.

.............................................................

Huh...baru selesa sikit lepas mandi. Aku menuju ke bilik. Tapi yang peliknya, pintu bilik aku dah terbuka separuh. Masha dah balik ke? Tak pernah-pernah dia balik bilik bila dah pukul 11 lebih ni. Siapa je yang tak tahu perangai penakut dia tu. Aku ingat dia dah tidur bilik Lina dah.

"Aik, kau kat bilik? Aku ingat kau tidur bilik Lina," ujarku selepas masuk ke bilik. Masha duduk di depan meja sambil melihat ke luar tingkap. Dia memandang aku dan tersenyum.

"Kau tak tidur lagi ke? Selalu time macam ni, kau dah tidur dah," kataku lagi. Aku menjenguk jam di handphone, pukul 11.45 p.m. Hurmm..mengantuk gila aku. Lebih baik solat cepat-cepat.

Dia berdiam sahaja. Langsung tak menjawab soalan aku. Dah kenapa dia ni? Tak pernah-pernah macam ni. Selalunya, ada je idea dia nak ajak aku berbual.

Hurmm..gaduh dengan Ijai lah kot. Selalunya kalau dia moody macam ni, sebab dia baru bergaduh dengan pakwe dia tu. Aku malas nak ambil pusing. Terus mencapai telekung dan memakainya.

"Kau nak buat apa?"

"Sembahyanglah. Aku belum sembahyang Isyak lagi ni," jawabku. Dia merenung aku tajam.

"Janganlah sembahyang kat sini," katanya dingin. Dah kenapa? Tak pernah-pernah tak bagi aku sembahyang.

"Eh, apesal pulak? Habis tu, aku nak sembahyang kat mana?"

Dia bangun cepat-cepat dan mendengus marah. Dia terus keluar bilik dan menghempas pintu. Eh, dia ni dah kenapa. Hangin semacam je. Ahh, lantaklah.

Selesai solat, aku terus berbaring di atas katil. Masha masuk bilik bersama sejambak bunga.

"Siapa bagi bunga tu? Ijai ke?" Tanyaku. Dia tersenyum dan mengangguk.

"Kau kenapa? Lain macam je aku tengok. Gaduh dengan dia ke?"

"Haah. Dia keluar dengan Maya. Manalah aku tak mengamuk,"

"Dia kan satu kumpulan dengan Maya. Diorang buat kerja sama-sama kot," kataku.

"Tapi aku jeles," balasnya sambil duduk merenung ke luar tingkap.

"Zura, aku nak tidur sebelah kau boleh tak?" Soalnya tiba-tiba. Dah kenapa? Ada katil sendiri kan? Kenapa nak tidur dengan aku?

Belum sempat aku berkata apa-apa, dia telah menutup lampu datang dan berbaring di sebelahku. Rambutnya dilepaskan. Semerbak bau bunga mawar dari rambutnya. Setahu aku, dia tak pakai syampu yang berbau bunga.

Aku mengesot ke tepi untuk memberi dia ruang untuk tidur. Dia bernafas kuat, sampai aku pun mampu mendengar hembusan nafasnya. Tapi aku diamkan sahaja sebab dah mengantuk sangat.

Aku menutup mataku. Dalam keadaan separuh sedar, tiba-tiba aku rasakan seperti ada yang memeluk aku. Ahh, mungkin je Masha yang dah tertidur tak sedar yang dia sedang memeluk aku. Biarlah dia. Aku terus sahaja melayan mata yang mengantuk sangat ni.

Tiba-tiba aku merasa kuku yang dileret-leret di lenganku. Mula-mula kuku itu dileret lembut. Tetapi lama-lama, makin keras dan menyakitkan. Aku menahan kesakitan. Aku cuba bersuara, tetapi mulutku terkunci. Aku cuba untuk bergerak, tapi aku tak berdaya.

"Aku dah lama nak tidur dengan kau, Zura," bisik Masha ditelingaku. Aku berusaha untuk bergerak, tetapi tak boleh. Malah, bau harum bunga mawar tadi berubah menjadi bau busuk dan sangat hamis!

Tiba-tiba aku rasa sesuatu menghempap tubuhku. Nafasku sesak. Leretan kuku tadi berubah menjadi cengkaman yang kuat. Aku merasa lelehan darah dari kulitku yang dicengkam kuat. Tiba-tiba Masha ketawa mengilai-ngilai. Aku menangis ketakutan. Aku berusaha untuk membuka mata, tetapi aku tka mampu. Damn it! Masha dah bertukar menjadi pontianak.

Dalam ketakutan dan sesak nafas. Aku membaca ayat qursi dan dua terakhir surah al-Baqarah. Ramai orang kata, ayat qursi dan ayat dua terakhir surah al-Baqarah ni kuat aku membacanya berkali-kali.

"Lebih baik kau diam, bodoh! Atau aku akan makan kau!" Jerit pontianak itu. Dia makin mengganas dan mengoyak kulitku dengan ketajaman kukunya. Aku menangis semahuku. Aku nak menjerit meminta tolong, tapi aku tak mampu.

Aku merasa satu gigitan mencengkam di leher aku. Aku mahu menjerit kesakitan, tapi tak boleh.

Aku dapat merasa, dia menyedut darahku. Syottt, syoottt.. dia mengeluarkan bunyi penuh nikmat. Desahan suaranya kuat di telingaku. Aku menangis kuat. Tapi hanya linangan yang mampu aku keluarkan.

"Lepaskan akulah, setan! Aku berlindung kepada Allah, daripada syaitan yang direjam. Pergi kau dari aku!" jerit hati aku.

Aku berdoa kepada Allah, supaya dia menyelamatkan aku. Aku menyerahkan segalanya tentang diriku pada Allah. Diriku makin lemah kerana aku dah hilang banyak darah. Dia masih lagi enak melahap darah aku.

Tiba-tiba aku dapat satu kekuatan. Aku mampu membuka mata dan menggerakkan tubuh. Aku terus membuka mata dan aku melihat, 'Masha' sedang menindih aku dengan rambutnya yang gerbang serta giginya yang bertaring-taring panjang. Wajahnya kelihatan cengkung dan penuh dengan ulat yang memenuhi di mata, hidung dan mulutnya. Patutlah dia bau busuk dan hamis sangat!

Aku terus menolak dia sampai dia jatuh ke bawah katil. Aku memegang leher yang sedang berlinangan dengan darah. Cepat-cepat aku buka pintu bilik dan terus membuka langkah seribu melarikan diri.

Aku berlari meninggalkan bilik. Tapi yang peliknya, kenapa asrama aku berubah menjadi tempat yang buruk dan kotor. Seperti tiada orang tinggal di asrama ini. Aku menoleh ke belakang. Damn! Dia kejar aku! Dia ketawa mengilai-ngilai sambil terbang mengejarku. Aku berlari sekuat hati.

Aku keluar dari blok asrama aku dan terus berlari ke luar pagar. Selepas aku keluar dari pagar, kelihatan tidak jauh dari tempat aku, ada satu menara hijau yang bercahaya di tingkat atasnya. Menara tu, aku tak pernah nampak menara tu. Dari satu arah yang lain pula, aku lihat ada satu gua yang besar dan gelap. Aku kat mana ni? Ni bukan kawasan universiti aku lagi!

Aku menoleh ke belakang untuk melihat sama ada 'Masha' masih mengejar aku lagi atau tidak. Apa yang paling mengejutkan, bukan sahaja 'Masha' tiada, tetapi asrama aku pun dah tiada! Apa ni?!! Mana asrama aku? Mana uni aku?! Aku kat mana?!

Aku betul-betul terperangkap! Aku tak ada pilihan lain. Aku kena pilih sama ada untuk ke gua atau ke menara hijau itu.

Pilihan:
CHAPTER 4: MENARA HIJAU
CHAPTER 8: GUA GELAP

Siri Pengembaraan Tujuh Dimensi : Tersesat Ke Alam BunianTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon