"Kau dah balik? Elektrik takdek weh!" aju Anis. Tetapi Liyana hanya diam. Anis pelik. Susuk tubuh itu kemudian keluar dari bilik dan tutup pintu. Sekali lagi bilik itu gelap. Kemusykilan makin terasa apabila Liyana langsung tidak membalas kata-katanya. Anis membuka pintu untuk melihat keadaan diluar. Dah tak ada yang menjerit. Dari hujung kanan ada cahaya kecil. Mujur ada. Pelajar yang lain hanya pandangnya pelik.

'Dah kenapa?' desis hati Anis sambil terus bergerak ke arah sumber cahaya lampu tiang di luar blok.

"Ada torchlight?" soal Anis pada Umai yang berdiri di depan pintu. Dalam samar Anis mendapati Umai mengerutkan dahi lalu masuk ke bilik. Anis makin musykil. 'Dah tahu gelap pergi duduk dalam bilik kenapa?' soal hati Anis. Akhirnya di ada di luar blok.

"Anis!!" suara Ajwad muncul. Anis menoleh.

"Kau? Kenapa kau ada kat sini?" soal Anis. Ajwad senyum dahulu sebelum membalas.

"Saya teman Liyana balik. Dia kata dia tak berani nak lalu kawasan kampus medic. Saya teman ja. Awak tak....."

"Oh. Baguslah." balas Anis menyekat percakapan Ajwad. Ajwad merenung sisi tepi wajah Anis. Ada aura lain pada gadis itu.

"Awak nampak tak sihat." tegur Ajwad. Anis menjelingnya.

"Dah malam. Lagipun ni hostel perempuan. Boleh balik dah rasanya. Aku nak masuk...." Anis terdiam saat melihat bloknya yang terang menerang dengan lampu yang cerah. 'Bila dah ada elektrik?' Anis bermonolog dalam hati. Ajwad yang berdiri di belakangnya mula merasakan Anis sangat aneh.

"Anis. Sebelum tidur, baca surah yassin dan al mulk. Kalau anis uzur, zikir pada Allah agar kita dekat dengannya. Boleh?" soal Ajwad. Anis menoleh ke belakang dan mengangguk kecil.

"Saya balik dulu." kata Ajwad.
____________________________________

12:40 malam.

"Ahhhh!" jerit Liyana, Suzy, Nad dan Jirah. Anis tak faham apa yang menakutkan sangat cerita siam tu. Dahlah buka tingkap. Acah-acah feel tengok cerita hantu. Diri sendiri yang takut. 'Bosan betul movie ni!' desis hati Anis. Ketika itu, dari arah luar Anis terlihat lagu cahaya seperti menyuluhnya dari luar tingkap. Anis cuba mengamati.

"Anne!" sergah Liyana mengentikan perbuatan Anis.

"apa?"

"teman aku pergi tandas. Tak tahan dah ni!" kata Liyana. Anis tidak membantah dan terus setuju.

Agak lama juga Anis menunggu Liyana. 'Buang air besar ke?'

"Liyana!!! Lama lagi ke?!!" pekik Anis. Tiada sahutan. Anis geram.

"Liyana weh!! Kau berak batu ke kena batu karang?!!" pekik Anis lagi. Anis yang geram mula menolak satu per satu setiap pintu. Malangnya, Liyana tiada. Ketika itu lampu tandas terpadam. Kaki Anis seakan kaku sejenak. Pintu tandas dilihat ditarik dari arah luar lalu Anis berlari ke arah pintu namun gagal apabila pintu itu bagai dikunci dari luar. Anis cuak. Bunyi air yang menitis dari paip memberi debaran kepadanya.

'Tap....'

Anis mula tak tentu arah. Pintu itu dia cuba buka. Dia mengetuk dengan kuat supaya orang dengar.

'Tap...'

Anis memekik meminta bantuan tetapi malangnya tiada siapa mendengarnya.

"Tap....."

Anis dah terlalu takut. Dia kaku. Dirinya mula terasa bagai ada benda mendekatinya. Dia dapat rasa ada sesuatu sedang bergerak dan jaraknya bukan lagi jauh. Dia menutup mata dengan tangan dan bersandar rapat dipintu. Air mata mula mengalir kerana terlalu takut. Dirinya agak tersentak apabila terasa ada sesuatu ibarat sedang menenangkannya.

"Klick!"

Bunyi seakan kunci tombol terbuka. Anis memulas pintu dan pintu berjaya dibuka. Jantungnya berdegup dengan sangat kencang. Dia menelan air liur dengan kelat. Dia merenung lama bilik air yang gelap itu. Siapa yang ada tadi? Bulu romanya berdiri tegak. Anis tidak berdiam lantas berlari meninggalkan tempat itu.

"Liyana!!" pekik Anis. Liyana buat muka tak bersalah.

"Apa kau ni? Tengah tengok movie ni!" leter Liyana. Anis rasa nak tampar je muka cantik perempuan tu.

"Apa masalah kau nak kunci aku dalam toilet? Nak test tahap berani aku ke apa? Ke kau memang sakit jiwa?" marah Anis. Liyana bangun dan merenung Anis.

"Kau kan period. Maybe hormon kau yang tak betul. Apa kata kau balik bilik and rehat. Movie aku dah nak habis, nanti aku masuk bilik." balas Liyana dengan nada sinis. Anis mengetam bibir dan masuk ke biliknya.

"Tak paham aku! Ada juga manusia mcm dia?! Ingat kelakar lah melawak macam tu?! Ni lagi satu, dah kenapa tingkap ni terbuka?! Nyamuk masuk sia-sia je kena denggi!" bebel Anis sambil tangan laju menutup tingkap. Ketika itu, matanya tertumpu pada sesuatu. Anis mengamati dan mendapati ada susuk tubuh di balik pokok. Anis cuba melihat sebetulnya dan dia yakin ada kelibat sesuatu disitu. Anis tutup tingkap dan memegang dadanya yang mendengdangkan lagu jantung yang laju. Anis berlari ke katil dan menarik selimut sehingga separa wajah.

"jangan takut. Saya tak apa-apa kan awak......" bisikkan halus membisik di telinga Anis. Anis makin cuak lantas memejam mata dan tidak berani lagi untuk membuka mata. Suara itu sangat dekat. Sangat nyata. Dan jelas. Anis takut dan seram.

Roh Where stories live. Discover now