Chapter 1

722 22 4
                                    

KEM JATI DIRI. 2:49 PAGI. BILIK 910.

"Aaaaaahhhhhhhhhhh!!!!!"

Jeritan yang mengejutkan seramai 16 org peserta kem yang lain. Terlihat seorang gadis sedang menjerit di atas katil dan seorang lagi berdiri kaku di hadapannya. Gadis yang berdiri itu tidak berbuat apa-apa tetapi amat tidak menyenangkan suasana.

"Kenapa weh?! Apa ni?" kata Haira dari katil atas. Yang lain mula menghampiri tetapi gadis yang berdiri itu bertindak agresif lantas menolak Zai. Suasana makin kecoh. Maryam lantas berlari dari tempat tidurnya diekori oleh yang lain.

"Apa dah berlaku ni?!" Soal Abang Adam, fasilitator Kem Ukhwah. Dengan mata yang masih separa celik dia cuba menghadam situasi para anak gadis di hadapannya.

"Abang!! Tolong kami!! Tolong!!! Ada pelajar kena rasuk!" kata Maryam dan Zai. Terlopong Abang Adam lali segera mengambil walkie talkie di bilik gerakan dan inform kan maklumat.

Bilik 910 riuh. Gadis yang kaku itu berada di tengah-tengah bilik. Semua tidak berani masuk selagi Ustaz Hisham belum tiba.

"Jangan dekaaaattttt!!" pekik gadis itu. Rambut yang panjang mengurai menutup separa wajahnya. Keadaan yang gelap menyukarkan pengecaman siapakah gadis itu. Abang Adam cuba untuk masuk tetapi dia dibaling botol oleh gadis.

"Aku pantang orang dekati aku! Ni kawasan aku!!!!! Keluarr!!!!" pekikkannya yang nyaring dan menakutkan membuat pelajar lain lari ke dataran dengan ketakutan. Ada yang menangis hendak balik. Lantas diwaktu itu, Ustaz Hashim pun tiba. Abang Adam segera meminta bantuan. Ustaz Hashim mula membaca surah-surah al quran.

"Keluar!! Aku cakap keluarr!! Aaahhh!! Panas!! Panas!!! Berhenti!! Berhenti!!! Aku sakit ni!!! Berhenti!!!" kata gadis itu dan mula menggelupur kepanasan dan kesakitan.

"Kenapa kau kacau anak adam ini?" soal Ustaz Hashim sambil memegang gadis itu.

"Kau yang kacau aku! Ni kawasan aku!!!" balasnya. Ustaz Hashim membaca sambungan ayat surah yassin.

"Aku kata berhentii!!!! Ahhhhhhhhh!!!" jeritan yang kuat hingga kedengaran oleh para peserta yang ketakutan di dataran. Fasilitator yang lain juga berasa seram.

"Aku nak balik weh!" bisik Maryam.

"Korang, kami pon nak balik! Seram gila weh!" kata Hanna. Yang lain mengangguk kata-kata Hanna.

"Dah. Jom kita masuk dalam surau. Tuan Sharol minta semua berada di surau. Boleh pergi sekarang." kata Kak Amy. Lantas semua perlahan-lahan bergerak ke surau.

"Kita buat pemeriksaan pelajar dulu. Manalah tahu ada yang dah balik senyap-senyap. Kira semua termasuk dengan yang 'sakit' kat dalam bilik tu." arah Kak Syira.

"Berhentiiiiii!!!" pekik gadis itu saat Ustaz Hashim memegang kaki. Abang Adam yang pegang tangannya mula terasa sakit badan. Gadis itu menggelupur dengan tenaga yang kuat.

"Aku janji aku tak kacau kawasan kau! Keluar kau dari tubuh gadis ini! Allah huakbar!!" Ustaz Hashim laungkan kalimah itu lalu gadis itu kian lemah. Abang Adam melepaskan pegangannya.

"Adam. Buka lampu." arah Ustaz Hashim lantas berdiri keluar dari bilik. Abang Adam membuka lampu dan apa yang mengejutkannya, tiada susuk tubuh gadis di lantai.

"Ustaz!!" pekik Abang Adam dengan muka pucat lesi.

"Haa Adam?! Kenapa dengan kamu ni?" soal Ustaz. Ketika dalam situasi misteri itu, kelihatan Amy terkocoh-kocoh berlar mendekati mereka berdua.

"Sorang pelajar tak ada." kata Amy. Adam cuba untuk pusing dan melihat sekeliling bilik walaupun takut. Dia pandang kesemua sudut katil dan

"Ustaz,...." panggil Adam.

Roh Where stories live. Discover now