"Kenapa?" soal Ustaz dan Amy. Adam menunjukkan susuk tubuh gadis yang sedang lena tidur di katil bak tiada apa-apa yang berlaku. Ustaz Hashim berasa aneh.

"Siapa nama budak yang korang detect tak ada dalam kem tadi?" soal Ustaz Hashim.

"Nurul Anis." balas Amy. Ketiga-tiga mereka merenung anak gadis yang lena nyenyak di katil itu.
____________________________________

Seminggu kemudian.

"Anne!" pekik Liyana. Perangai Nurul Anis sejak balik dari kem minggu lalu agak sedikit aneh. Dia suka buat kerja seorang diri. Susah nak bergaul dengan org lain. Semua student perasan perubahan dirinya. Anis menoleh saat mendengar dirinya dipanggil.

"Ada apa?"

"Aku nak bagi handout. Malam ni kau jangan lupa tau kita ada ceramah perdana. Ustaz Ajwad kot!" kata Liyana. Anis merenung Liyana tanpa perasaan.

"Eh, dia ni! Orang bercakap dia berangan! Hello!" serga Liyana.

"Aku dengar. Kalau aku rajin, aku pergi. Aku sakit belakang sejak akhir-akhir ni." kata Anis. Liyana hanya mengangkat kening dan melihatnya pergi.

Anis berjalan sendiri ke hostel. Sakit belakang yang dirasa agak mengganggu keselesaannya. Entah kenapa lepas asar mesti dia rasa berdenyut di bahagian bahu dan tengah belakang. Mungkin sebab beg laptop?

"Assalamualaikum, Anis." tegur Ajwad yang muncul dari arah bertentangan. Anis membalas dengan senyum tawar.

"Dari mana?" soal Ajwad.

"Kampus. Baru habis kelas. Ada apa?" soal Anis.

"Oh, rasanya semua dah tahu malam ni ada kuliyah perdana. Topik pasal Jodoh Awal Usia. Datanglah." ajak Ajwad.

"Kalau saya larat saya pergi." balas Anis. Ajwad angguk dan memberi senyuman.

"Hati-hati jalan tu." pesan Ajwad. Anis sekadar terus melangkah. Sakit betul belakangnya. Ajwad dpt rasa ada yang aneh dengan Anis.

Katil yang empuk menjadi sasaran. Lega dapat baring. Jam menunjukkan pukul 6:15 petang. Nak tidur mcm tak berbaloi. Kalau dah period ni, time mcm ni rasa mcm free sangat. Ketika itu Liyana masuk ke dalam bilik.

"Kau jangan nak tidur! Dah petang ni! Tak elok!" bebel Liyana.

"Kau ni, aku nak rehat kejap je. Eh, kau ada minyak tak? Belakang aku sakit betul ni." kata Anis. Liyana menjelingnya.

"Kau serious ke okey? Budak kelas kita semua cakap kau lain." sambung Liyana.

"Lain? Aihh.. pelik-pelik betul aku dengan korang ni. Aku okey kot! Ada minyak angin tak?" soal Anis lagi. Liyana membuka laci dan ambil nonarogai.

"Thnks."

"Kau nak ikut pergi ceramah tak?" soal Liyana. Anis yang sedang mengurut bahu membalas dengan menggeleng kepala.

"Kecewa ustaz Ajwad tengok kau takdek nnti." sambung Liyana.

"Kau suka lah kan?" perli Anis dan baring. Liyana mencebik geram.

Anis terjaga apabila terdengar bunyi seperti kucing bergaduh di luar. Jam menunjukkan pukul 10:15. Terkejut Anis dibuatnya. Dia rasa mcm mimpi semua ni. Takkan dari maghrib tadi dia tidur? Liyana tak kejut pun?! Haihhh...

Ketika dalam kelam kabut dan mamai, ada sesuatu menarik perhatiannya. Ada seperti cahaya kecil yang menyuluhnya dari luar. Tingkap dibuka dan mendapati tiada sebarang cahaya menyuluh dari luar bilik.

"Ni sah mat-mat gatal!" gumam Anis sendirian dan menutup tingkap. Serentak dengan itu, biliknya gelap gelita. Anis tersentak seketika dan mula sedar bahawa tiada elektrik. Terdengar jeritan para gadis di luar. Sah satu blok takdek elektrik. Anis dalam kelam meraba tilam untuk mencari telefon. Gelap tanpa sebarang cahaya pon! Cuak dalam hati memang ada. Tiba-tiba pintu terkuak. Dalam samar halus, Anis yakin itu Liyana.

Roh Where stories live. Discover now