Kisah santai ke pulau-pulau di Timur Laut Sabah dan perkenalan dengan masyarakat Bajau Laut .
Tiada drama. Ini bukan fiksyen.
Cerita tentang lokasi-lokasi menarik dan keunikan komuniti yang berpusat kehidupan mereka dilautan.
Setelah lebih kurang dua jam "terkurung" dalam penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur, akhirnya tiba di Tawau lebih pada jam 11 pagi.
Rehat dan makan sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Semporna.
Perjalanan sebenar ke lokasi pilihan di luar pantai timur Sabah bermula dari jeti di Semporna, pada jam lebih kurang 2 petang, menuju ke Pulau Selakan.
Kami akan "berkampong" selama dua malam di Selakan Divelodge/Homestay yang diusahakan oleh satu keluarga Bajau Laut di situ.
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
Setelah sampai ke destinasi, terus berehat sebentar sambil menjamu mata dengan suasana sekeliling sebelum membersih dan segarkan diri.
Di Selakan Homestay kemudahan yang ada hanyalah yang paling asas, tilam atas lantai, bilik air dan bekalan air terhad. Maklum sajalah di tengah laut, tak sama seperti di atas darat.
Apa yang ada di dalam bilik kami mungkin hanya itu juga yang ada pada penduduk tempatan.
Mungkin juga kami sebagai tetamu diberi sedikit kelebihan dari segi kemudahan. Pada malam hari ternampak ada penduduk yang tidur diatas lantai. Kesian pula rasanya bila terfikir mungkin dia terpaksa "korbankan" tilam dia untuk kami.
Kami tidak meletakkan harapan yang tinggi pada keselesaan. Fikir sendirilah bila bermalam di "homestay" ditengah laut. Sesiapa yang komplen lebih memang akan dipandang hina lah oleh kawan-kawan yang lain. Agak-agaklah kan.
Ada perkara lain yang lebih penting di sini iaitu meninjau lokasi-lokasi cantik dan mencari pengalaman unik. Kalau nak selesa baik duduk di rumah, jangan kemana-mana.
Setelah selesai mengemas dan rehat, matahari pun hampir terbenam jadi kami relaks dulu sambil minum kopi dan memerhati kaki langit dan perahu mundar mandir.
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
Lokasi-lokasi di sini memang menarik dengan pulau-pulau yang cantik. Air yang jernih kebiruan adalah tarikan utama pulau-pulau ini.
Lokasi cantik ditambah nilai dengan pengalaman unik bila dapat meluangkan masa menyaksikan sendiri satu komuniti istimewa dengan kehidupan yang berpusat diatas sampan di tengah laut.
Sampan itulah rumah dan lautan sekeliling itu kampung mereka. Segala yang perlu dilakukan di dalam kehidupan seharian berkisar diatas sampan itu.
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
Kagum memikirkan bagaimana mereka mampu masak, makan dan tidur di dalam ruang sesempit sebuah sampan.
Nampak mustahil dan penuh misteri tapi itulah realitinya yang ada di depan mata setelah tiba di sini, di kalangan keluarga Bajau Laut.
Sebelum ini hanya nama Bajau Laut yang pernah didengar. Tak pernah menyapa seorang Bajau Laut apatah lagi bermalam di "kampong" mereka di tengah laut.
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
Begitu tersembunyi kehidupan mereka, seolah suatu rahsia pula. "Rahsia" inilah yang memanggil kami ke sini, seramai 12 orang, untuk santai bercuti.
Komuniti Bajau Laut sangat kreatif dan penuh daya usaha, mampu hidup di dalam serba kekurangan.
Namun di dalam serba kekurangan itu, apa yang mereka ada dikongsi dengan kami sebagai tetamu.
Kami dijamu makanan tempatan, menjamah makanan tradisional yang jarang dilihat seperti tehe-tehe, kahanga dan rumpai laut latok.
Mungkin bagi orang lain, tiada yang jarang dilihattentang makanan atau hidangan ini. Tetapi bagi kebanyakkan kami, inilah pengalaman pertama.
Bagus juga aku ikut ke sini, tidaklah berterusan dalam tempurung Kuala Lumpur dan Semenanjung.
Juadah paling menarik yang dicuba semestinya kahanga, sejenis siput yang ditarik keluar isi dari cengkerangnya dan di makan mentah.
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
Ada diantara kami yang menelan bahagian kahanga yang tidak sepatutnya ditelan! Nasib baik tak beracun.
Aku pula mengunyah dan menelan tanpa membasuh dengan mengoncang-goncang di dalam air bersih terlebih dulu. Patut pun rasa pasir!
Hari pertama belum berakhir sepenuhnya namun berbagai peristiwa baru sudah dilalui.
Terbayang hari ke dua esoknya, dimana kami akan memanjat untuk ke puncak Pulau Buhey Dulang.
Artikel penuh tentang lokasi ini dimuatkan di dalam buku sulung penulis #SedekadKembaraBumiMalaysia.