APA?! Kahwin muda?!

47.3K 972 15
                                    

ALAMAK!! Macam mana aku boleh tak perasan jam bunyi tadi?! Subuh aku pun terbabas tadi. Kenapa mama dan papa tak kejut aku eh? Oh ya..mereka pergi melawat saudara mereka di Kelantan.

Aku kena cepat- cepat pakai tudung kalau tak bas pun terlepas. Tulah..siapa suruh tidur lewat? Nak sangatkan tengok Running Man? Ni kalau lecturer tanya, apa aku nak jawab? Adoi....

Aku pun keluarkan telefon bimbitku. 27 pesanan dari Jannah, kawan baikku. ' Mana kau? '. Itulah yang ditanya untuk 27 kali. Semuanya sama. Betul-betul sama.

Selepas melihat penampilanku di cermin panjang, aku tersenyum. Baju kurung pun jadilah!

Cepat-cepat aku menurun lif dan menuju ke perhentian bas. Amboi....ramainya orang. Aku mengeluh. Baru aku perasan, kalau time gini, Abang Syam mesti ada. Aku rimaslah. Dia tu dah berbini dua pun masih nak menggatal. Umur dia dua kali ganda daripada aku. Aku yang masih 19 tahun ni pun dia nak try. Tak tahu malu.

Nak kata aku lawa....oh jauh...jauh...badan aku macam doraemon adalah! Nasib baiklah aku ikut kulit mama yang putih. Aku ni badan size XL gitulah. Tinggi pula..1.59 meter. Kategori gemuk la ni. Hehe tapi aku suka dengan kening dan hidungku. Alhamdulillah.

Haa..berbalik dengan suami gatal yang berbini dua ni. Pertama kali jumpa, ada dia mintak aku cium tangan dia. Amboi...melampau! Sorry sikit ya! Aku alergik kalau nak sentuh lelaki bukan mahram. No way. Lepas tu dia boleh pulak kenyit-kenyit mata kat aku. Aku cocok mata tu kang naya nanti. Silap-silap juling lepas tu.

APA?! Kahwin muda?!Where stories live. Discover now