MENCARI HILANG...

Start from the beginning
                                    

"Jangan. Jangan begitu. Tolonglah bantu dia bangkit. Kau langsung tak boleh lupakan dia kan? Bukan kau tak pernah cuba cari pengganti. Tapi, semuanya tak jadi. Kenapa? Sebab hati kau masih pada dia, kan? Jadi ambillah peluang yang ada ni. Beri peluang sekali lagi untuk kau buka cerita baru dengan dia,"

Dia tersenyum cuma.

"Aku balik sebab dah sampai masa untuk aku balik,"

"Aku harap kau mahu menjadi telinga yang akan mendengar setiap luahan dia,"

"Bukankah itu mustahil? Aku bukan engkau. Dan... selama ini, kata-kata semangat aku sampai kepada dia, melalui kau. Pun... dia masih tetap begitu kan? Aku gagal. Kita gagal. Atau, dia sekarang sudah semakin baik?,"

Menanggapi kata-katanya, hanya satu keluhan berat keluar dari bibir wanita di hadapannya itu.

"Hatinya remuk teruk...Tapi, lately dengar suara dia... lebih bersemangat. Lebih ceria,"

Dia diam mendengar kata-kata itu. Berita yang disampaikan itu membuat dia sedikit lega.

****

PROLOG 2

"Isha nak bercerai,"

"Farisha! Apa kamu merepek ni?,"

Dia terkejut. Terkejut yang bukan sedikit. Tidak sangka Farisha akhirnya akan mengambil keputusan sebegitu. Namun, dia terus mengunci mulut. Membiarkan ibu mertuanya mengawal keadaan. Juga mengharapkan ibunya sendiri akan menghalang.

"Isha tak merepek. Ini keputusan muktamad Isha. Tak ada apa yang hendak Isha pertahankan lagi. Semuanya dah musnah,"

"Oh... laki kau dah jadi macam ni, terus semuanya dah musnah? Dah tak ada benda nak dipertahankan? Kenapa? Sebab dia sakit? Kak... tengoklah anak akak. Suami dia sakit macam ni, senang betul dia buat keputusan,"

Lantang suara ibunya mengamuk dan dia juga sedar akan sepasang mata Farisha semakin tajam merenungnya.

"Sakit atau tidak anak mak... ALLAH saja yang tahu. Yang saya tahu sekarang... saya juga sedang sakit. Sakit sangat-sangat,"

"Apa yang kamu cuba nak cakap? Kamu nak cakap Haziq menipu? Dan kamu...sakit apa?! Sakit nak cari laki baru?!,"

Jeritan ibunya jelas. Sejelas air mata yang mengalir di pipi Farisha. Namun, pandangan Farisha tetap tajam menujah ke wajahnya. Dia tahu Farisha menghamburkan rasa kecewa lewat renungan itu. Farisha kecewa dan dia tidak mungkin akan mengalah. Dia tidak mahu Farisha meninggalkannya. Trisya sudah tiada. Dia tahu sudah tidak ada sebab untuk Farisha teruskan perkahwinan ini. Di pihaknya pula... Trisya sudah pergi meninggalkannya. Dia tidak mahu Farisha turut meninggalkan dia sendirian.

"Trisya... Trisya... tunggu papa sayang...,"dia bersuara tiba-tiba. Bangkit mengejar sesuatu.

"Haziq! Ya ALLAH... Ziq. Kenapa ni sayang?,"

"Trisya mak... saya Nampak Trisya...,"dia bersuara dengan nada yang bergetar. Kemudian tunduk menangis perlahan.

"Tengok ni! Macam ni, kamu kata dia tak sakit? Dia menipu?! Dia baru kehilangan anak dia. Satu-satunya anak dia! Dan, kamu, langsung tak boleh faham keadaan suami kamu ni?,"

Mendengar kata-kata ibunya, esakannya semakin kuat. Sesekali dia mengangkat muka. Farisha mendekatinya. Terus merenungnya membuat dia kembali menunduk.

"Mak jangan lupa. Satu-satunya anak dia tu.... Juga satu-satunya anak saya,"sepatah demi sepatah kata-kata yang meniti di bibir Farisha membuat Haziq tidak keruan.

MENCARI HILANG...Where stories live. Discover now