Pengantin Baru

1.7K 8 0
                                    

Aku melihat dunia. Penuh keghairahan meraikan pengantin baru.

Aku berat. Sangat berat apabila mendapat jemputan kahwin walaupun dari rakan terdekat sendiri. Bukan kerana masih belum bernikah, tapi aku cuma terlalu banyak berfikir.

Ya, mungkin saja pelamin mewah itu tajaan dari kedua ibu bapa. Hantaran pula ditokok tambah oleh saudara yang tidak sabar meraikan ahli keluarga baru yang semakin tambah. Makanan dan goodies pula mungkin sahaja ditaja oleh rakan-rakan yang berbesar hati menaja majlisnya.

Rakan-rakan akrab semenjak kecil. Para guru semenjak tadika hingga ke zaman universiti atau bekerja, tidak putus-putus merai sebuah majlis yang tidak putus-putus dihadiri orang itu.

Hingga pengantin tidak sempat menyuap makanan yang terhidang dihadapan mata, tetamu mula berpusu menuju kedua mempelai untuk bergambar walaupun belum tiba sesi penggambaran.

Keluarga mempelai hanya mampu tersenyum dari jauh. Walaupun tubuh mula dibasahi peluh setelah seharian bekerja, senyuman ith tidak pernah lekang menyantuni para tetamu.

Belum menyentuh sesi bergambar bersama jurugambar rasmi. Disuruhnya pelbagai aksi mengikut arahan sang jurugambar kerana mahukan gambar yang terbaik. Jika gambar itu terpelihara , alhamdulillah.

Moga-moga jurugambar itu tidak berkongsi gambar sang pengantin baru itu hampir bertemu bibir ke bibir. Atau gambar yang menampakkan setiap lekuk tubuh sang ister yang sepatutnya dilindungi. Atau apa sahaja gambar yang mengundang ke arah musibah.

Pesan Tuhan. Jangan hampiri.

Ya, jangan hampiri bukan jangan berbuat.

Ahh , aku berfikir terlalu banyak lagi. Maafkanku . Cuma melontar kata dan rasa di minggu yang penuh dengan jemputan walimah.

Berbahagialah kalian kerana telah mendapat pasangan sehidup semati. Bersama pasangan kalianlah, anda akan melalui fasa kehidupan yang baharu. Walau apapun berlaku, kembalikan rasa berTuhan. Kerana pada awal pernikahan itu bermula dengan keikhlasan. Keikhlasan dalam beragama.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 17, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tentang Pernikahan Where stories live. Discover now