BAB 1

7 0 0
                                        

"Trip" satu perkataan yang boleh digambarkan dengan penuh tawa keriangan dari setiap individu yang menyertainya.Aku sebagai seoarang pelajar tingkatan tiga yang sudah pun merdeka dengan penyeksaan tekanan pt3 itu turut teruja dengan idea yg dipanculkan oleh sekumpulan pelajar dari kelas 3RK2.Bayangkan lah sudah lama menahan penyeksaan PT3 ini pastinya aku mahukan ganjaran. Sudah ligat di layar mindaku memainkan bayangan lawatan tersebut.suara tawa yang girang di dalam bas,keakraban yang makin terjalin dek lawatan itu,keseronokan yang tiada batasnya.wah!keterjaan ku makin menjadi-jadi makin difikir makin bahagia pula.

Perbincangan itu tidak berakhir di situ,bayak idea yang terbit dari mulut masing-masing.hingar bingar suasana di dalam dewan itu tidak terkawal.Cikgu Rahmat yang berad adi hadapan cuba mengawal keadaan bising yang ada kalanya membuatkan aku rimas namun tidak dihiraukan oleh pelajar lain.Ya lah 116 pelajar dikawal oleh seorang guru yang mungkin berumur lingkungan hampir 50-an.Cikgu Rahmat pula dikenali sebagai seorang yang lembut bicaranya,manis juga rupanya,sedaplah mata memandang.Garang?jarang sangat lah nak manampakkan taringnya itu tapi sangat penyayang.Sering kali mendengar rintihan pelajar.

Dialah yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti selepas pt3 kami.Walaupun kami ni sering menimbulkan masalah di sekolah dan batch kami turut mengungguli carta hangat bual bicara guru-guru tetapi dia juga yang selalu menyokong kami.

Aku yang dari tadi termenung memandang tepat Cikgu Rahmat terkejut mendengar hentakan rotan pada meja yang dihasilkan olehnya sendiri.Tersenyap semua pelajar atas perlakuan cikgu itu,mungkin sedar yang ada riak kemaraha terpamer pada muka putihnya itu,tiada siapa yang berani mengeluarkan suara lagi.

"Dah?puas bising?apa lagi yang perlu saya dengar?" Tanya guru itu menggunakan mikrofon dengan suara yang seperti menahan marah tapi masih ada senyuman nipis yang terukir di bibirnya. Walaupun tidak jelas kihatan tapi aku masih mampu mengesannya. " ahh psiko lebih ni" bisik hati kecilku.

Tiada satu suara pun yang menjawab pertanyaannya,pelajar yang seringkali berloyar buruk pun sepi dari melancarkan jawapannya. Pelajar yang berada di bair hadapan usah cerita lah terus ditunddukkan kepalanya ke bawah. Sepi,sunyi,hening dewan itu seketika.

Sekali lagi suara cikgu Rahmat memecahkan kesunyian itu. "Susahlah kamu ni nak dengar arahan,cuba bawa bersabar!saya tau awak excited!" Sebutan inggeris yang sengaja dijawakannya telah menimbulkan geli hati pada kami. Suasana yang tegang itu kembali kendur setelah cikgu itu sendiri ketawa menampakkan baris giginya yang tersusun cantik disambut gelak ketawa kami yang tidak sehebat biasa. Sekadar mengendurkan ketengangan yang terseksa seketika.

"Baik saya boleh menerima idea-idea kamu tapi ada syaratnya." Ayatnya tergantung di situ dan menimbulkan tanda tanya pada semua orang. Pelbagai persoalan yang telah terbit akibat dari ayat tergantungnya itu.


Cikgu Rahmat yang menyedari riak tanda tanya yang terpacul dari pelajarnya menguntum senyuman manis. Kemudian dia menyambung kata-katanya.

"Kamu mesti pandai uruskannya sendiri. Saya akan sekadar menjadi guru bimbingan kamu sahaja. Maksudnya mesti ada yang menguruskan kertas kerja dan ada ketua bagi setiap aktivit. Saya dah pertimbangkan aktiviti yang wajar dilaksanakan contohnya perrandingan sukan,expore race peringkat sekolah,perkhemahan, aktiviti kebajikan, penyembelihan, pengurusan jenazah dan lawatan.Bagi lawatan ni kamu yang tetapkan ke manu kamu nak pergi tapi yang penting bajetnya mesti tak lebih RM180.boleh?"

Penerangan itu telah memberi kelegaan kepada mereka yang mempunyai persoalan tadi dan disambut dengan sorakan kami. "Memandangkan idea lawatan ni datang dari kelas 3RK2 jadi saya serahkan tanggungjawab kepada ketua tingkatan. Bagi pertandingan sukan ni Ezry ambil. Alang-alang awak ni dah banyak merantau sebagai atlet jadi saya bagi awak. Explore race,hanis sebab awak yang cadang. Aktiviti kebajikan 3RK3 pegang.3RK1 buat perkhemahan dan yang terakhir penyembelihan dan pengurusan jenazah badar handle.boleh?" Jelasnya lagi.

Semakin menjadi sorakan murid tingkatan tiga di dewan. Ketua-ketua yang dipertanggungjawabkan diminta ke hadapan bagi sesi taklimat bagi tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.Pelajar lain pula bersurai ke kelas masing-masing.Nampaknya sehari lagi kosong tanpa aktiviti. Bosan. Budak asrama lah katakan Terpaksa juga datang sekolah.

"Wuish tak sabar dohh! Excited gila ni! " kata Tasha yang sememangnya dari tadi tidak jemu-jemu mencari topik untuk dibualkan. "Aku tak kesah lah weyh siapa pun yang handle aktiviti kita asalkan budak batch kita cukup. Tahun depan bukan semua ada weyh. Nanti ada yang pindah,tak termasuk yang kena tendang lagi" luah nina pula. Kini giliran Sharifah pula bersuara " Tu lah. Aku harap sangat semuanya menjadi. Dah lama sangat rasanya tak satukan batch kita ni. Banyak sangat dugaan menimpa kita. Aku harap sebulan tanpa p&p ni dapat lah cipta kenangan yang best-best. Mana tau kalau aku pun salah seorang yang keluar dari sekolah ni."

Topik yang dibangkitkan oleh Tasha ni tiba-tiba terasa hiba pula. Cerita yang aku rasa sepatutnya disambut dengan teruja bertukar sayu apabila memikirkan batch kami tahun depan. Ada sedikit keluhan kecil yang keluar dari mulut ku sebelum bersuara" weyh chill lah der. Kita enjoy masa sekarang ni. Dulu kita dah struggle for our pt3 so we should get our reward, right?so lets fight for it!"

Sengaja ake berkata dengan berianya supaya suasana hiba itu hilang secepatnya. Jujur aku sendiri boleh pecah benteng air mata kalau membayangkan batch kami tahun depan. Siapa yang mahu sebuah persahabatan terputus. Memang benar setiap pertemuan pasti ada perpisahannya, namun perpisahan mana yang tiada peritnya. Walau setabah mana hati cuba menghadam pasti teras pahitnya.

Syukurku apabila perbuatan ku itu telah mengundang tawa tiga gadis molek dihadapan ku ini . Walaupun aku berlainan kelas dengan merekan tai aku lebih selesa berdamping dengan mereka. Kenapa? Itu lah persoalan yang aku sendiri tiada jawapannya yang pasti aku selesa!

"Beria sia kau. Biasa-biasa je ea?" Balas Nina seorang gadis yang berada di sisiku sambil sebelah tangannya menepuk kuat belakangku manakala tangan kanannya membetulkan cermin matanya yang melorot sedikit akibat gelak sakan membahan aku. "Aduh nott tak kan kau tak kenal lagi beria member hulk kau sorang ni? " soal Tasha pada Nina yang memang digelar 'nott' oleh kami.

Terledak ketawa mereka dengan usikan Tasha sebentar tadi. "Aduh jadi bahan lagi. Lantak lah asal kan aku tak menhgadap scene dram air mata" getus dialog di dalam hati aku semata-mata.

Aku terus memeluk tubuh dan memuncungkan bibir tanda protes. Bukannya terasa hati pun dengan mereka. Alah bisa tegal biasa. Sudah biasa sangat dijadikan bahan ni tapi sengaja mengada buat-buat merajuk gitu.

"Aduh Nas rilek ah. Tak yah nak merajuk sangat lah. Dah lah jebir, buruk benor rupanya" usai sharifah menhentamkan usikannya terus ditarik pipi kananku. Bukan cubitan manja yang aku terima, tetapi cubitan ketam yang aku rasa.

"Aduh dah lah belakang aku bisa sebab Nina kecik tu.ni kau punya ketam pula singgah kat pipi aku !sakit dohh..tau aku comel!" Aku pula bersuara meriuhkan suasana sambil mengosok-gosok pipi kananku.

"Perasan! Whatever, yang penting aku lagi comel"kata Tasha dengan gaya divanya. Makin tergelak kami dibuatnya. "Hamboi sehari korang tak bahan aku memang tak sah kan!" Kataku sambil bercekak pinggang. Konon garang tapi bibirku mengulum menahan tawa. Mereka yang melihat telatahku sekalu lagi terhambur ketawa. Kini aku turut tidak tertahan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 10, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

S A T UWhere stories live. Discover now