Bab 1

153 4 6
                                        

" Kau nak lari mana?"

Sial. Macam mana dia boleh jumpa aku. Aku terus kan berlari. Sesekali aku tolehkan kepala ke belakang. Seorang lelaki bertopeng sedang mengejar aku dengan kaki terencot-encot, sambil membawa parang yang berlumuran darah. Tiba di hujung koridor, aku masuk ke dalam sebuah bilik dan menguncikan pintu.

Mata aku membulat, mulut aku sedikit terbuka, tangan aku menggigil meraba-raba dinding. Itu yang orang kata kan ciri-ciri orang yang berada dalam keadaan takut. Membesarkan mata, untuk melihat benda di hadapan dengan lebih jelas. Mulut yang sedikit terbuka, bersedia untuk menjerit meminta pertolongan.

"Aku kat mana ni wey," aku kaku. Terpaku melihat apa yang di depan mata. "Arrgghhhh shitt !!" Mayat bergelimpangan, darah penuh di lantai. Lebih dahsyat lagi, mayat kawan-kawan aku digantung menyongsang, dirantai dan..dan... perut mereka dirobek sehingga hancur.

Kraaaaakkkkkkkkkkk.

Parang yang membunuh kawan-kawan aku menembusi pintu yang aku kunci tadi. Celaka, apahal pintu tu nipis sangat. Dalam keadaan sekarang, semua benda aku persalahkan. Lelaki tadi cuba membuka pintu melalui lubang yang dia hasilkan. Aku terdiam, kaku. Apa yang patut aku lakukan ? Aku masih terpaku di lantai walaupun setelah lelaki tu berjaya membuka pintu. Selangkah demi selangkah, dia menuju dekat dengan aku. Dia senyum sinis.

Fusshhhh

"Mati dari tadi kan senang".

---------------------------------------------------------------------------------------------

"Woi, woii. Bangun lah"

Hah ? Aku, tak mati ? Mimpi ? "Kau ni tak pernah tak mengigau. Aku dah kata, tidur ambik wudhu',baca doa, baca ayat kursi, baca.."

"Diam," aku menghentikan bebelan Sarah. Dia ni memang tak pernah tak membebel. Kalau tak buka mulut sehari, boleh nazak agak nya. Dengan kepala yang berat, aku bangun dari katil. "Eh eh dia ni, orang nasihat salah, tak nasihat salah. Bukannya aku suruh kau baca mantera dulu sebelum tidur. Tu lah dia, sikit sikit mengamuk," bebel Sarah. Perempuan ni, memang suka kacau mood aku.

Aku terus melangkah ke bilik air, menyiapkan diri ke kelas. Ida menyiapkan sarapan untuk kami semua. Kami berempat tinggal di dalam rumah sewa ini untuk jimat belanja. Zara yang mengutip duit sewa, uruskan hal barang dapur, urusan rumah dan sebagainya. Dia macam ketua dalam rumah ni. Selepas selasai bersiap, aku duduk lepak di atas katil, sambil asyik melayan phone.

Kruuukkkk kruuukkkkk.

Bunyi pintu dicakar. Ini bukan pertama kali dan aku mula menyampah. "Serius lah wey. Bape kali aku cakap jangan main cakar-cakar pintu bilik. Kau fikir rumah ni kau..punya.." kata-kata aku terhenti. Kosong. Aku membuka pintu dan, kosong. Tak de sesiapa pun kat luar.

Gaaannggg !!

Pintu bilik air dihempas. "Woii jahanam la pintu tu". Aku berkongsi bilik air dengan bilik sebelah, iaitu bilik Ida. Sambil menghentakkan kaki tanda marah, aku menuju ke bilik air dan membuka pintu. What ? Tak de orang ? Lagi ? Ah, mungkin angin. Aku memandang ke arah tingkap, tingkap terkunci. Siapa yang ajak bergurau dengan aku ni.

Gedegaannggggg !!!

Ah, aku tak tahan. "Woii tutup pintu elok-elok la !!" aku menengking dari tingkat atas. "Kau ni pahal ? Gila ke ?" ujar Zara. Aku turun menuju ke dapur dengan laju. "Entah kau ni. Keluar pun tak, nak tutup pintu apa benda nya. Aku dengan Zara tengah prepare makanan, budak tu haa, baru keluar tandas," sampuk Ida sambil menunjuk ke arah Sarah. Tak mungkin. Takkan la tak de orang yang keluar.

"Ohh, kau lah yang menggedik hempas-hempas pintu tadi kan? Kau yang cakar pintu bilik aku kan ?" aku menarik telinga Sarah. "Bila masa pulak ?? Apa function aku pegi bilik air kau kalau kat bawah ni ada tandas ? Yang bilik kat atas tu kau dengan Ida tau, bilik aku kat bawah. Tu lah kau, aku kate lain kali jangan duk lepak dalam bilik je, ni tak.." Pukk. Aku menampar mulut murainya perlahan. Aku terus duduk dan makan. Sarah memang tak boleh berhenti serabutkan fikiran aku.

"Kau selalu mimpi apa?" Ida memecahkan kesunyian. Mereka semua memandang aku. "What ?" balas aku ringkas. "Kau selalu mengigau, kau mimpi apa?" sambung Ida. Mimpi. Ya, mimpi tadi. Mimpi yang selama ni selalu mengganggu tidur aku. Hari-hari aku akan mimpi benda yang sama. Bukan benda yang berulang, tetapi sebuah cerita yang sedang berlaku, atau mungkin akan berlaku. Mimpi yang berterusan, dari permulaan cerita, hingga penghujungnya.

MATI [SLOW UPDATE]Stories to obsess over. Discover now