Aku tersentak seketika apabila menerima panggilan daripada kakak aku yang sulung pada pukul 4.20 petang 31 Mei 2006, dia mengatakan bahawa jet Along (Allahyarham Mejar Muhammad Rohaizan) hilang. Pada mulanya aku x beberapa faham, lalu aku tanya balik sape yang curi, jadi kakak aku menerang kan perkara yang sebenar. Mejar Muhammad Rohaizan atau lebih mesra lagi di kalangan keluarga dengan panggilan along, adalah suami kepada kakak saya Nik Fazreen Irtiza Bt Hussin. Beliau sangat baik dan selalu mengambil berat pasal kelaurga. Ketika aku menerima panggilan itu, aku berada di hostel, baru je balik dari kuliah. Aku bergegas mengemaskn barang dan kami pergi ke kuantan pada malam itu. Isteri allahyarham ketika itu baru sahaja habis pantang anak ke-3 beliau dan masih berada di Kota Bharu Kelantan.
Kami tiba di kuantan kira-kira jam 11 malam dan terus ke Base TUDM Kuantan. Semua anggota keluarga aku yang dari Kelantan termasuk isteri allahyarham sudah tiba dengan menaiki jet peribadi TUDM.
Selama beberapa minggu kami berulang alik ke Kuantan, dan macam-macam ikhtiar telah kami ushakan. Tempoh 28 hari terasa sungguh lama. Dengan tiada khabar berita, hidup atau mati kami berada dalam keadaan yang sedih dan tidak tahu apa kesudahannya. pelbagai cara dan teknik telah dibuat oleh pihak TUDM, PASKAU dan lain-lain lagi.
Pada malam 25 Jun 2006, abang aku menelefon kakak aku, iaitu isteri allahyarham dan mengatan kan seorang nelayan telah menjumpai sekeping besi pesawat di Pantai Lajut, Rompin dan di besi itu tertulis M 40-28, no itu adalah no plate pesawat Mejar Rohaizan,
keesokanya kami terus bergegas ke tempat kejadian, pada masa itu semua petugas-petugas sedang sibuk menjalan kan aktiviti mencari. Tidak lama kemuadian, sebahagian besar rangka pesawat ditemui dan berada didasar laut. TUDM segera mencari peralatan untuk mengangkat bangkai pesawat itu.
27 Jun 2006; seawal pagi kami bergegas ketempat kejadian, dan setibanya kami disana, kami dibawa untuk berehat di salah sebuah chelet yang berdekatan. Hati aku sudah berasa sesuatu, aku dan kakak saya iaitu isteri allahyarham berehat seketika di chelet itu sebelum ke pantai meninjau keadaan, manakala mak aku sedang bercakap dengan seseorng. Beberapa minit kemudian mak menelefon aku dan menyuruh kami ke pantai, dengar suara mak yang berlainan, aku seduh terfikir yang mingkin mereka sudah menjumpai mayat allahyarham.
Kami bergegas ke pantai, dan dalam perjalanan kesana berselisih dengan kereta kelaurga Allahyarham, ibu dan ibu saudara allahyarham sedang menangis.. dan pada ketika itu lah aku tahu bahawa abang ipar aku sudah meninggal. isteri allahyarham mula menangis, dan aku tahu dia sudah faham dengan apa yang terjadi. sebelum ini kami sekeluarga mengharapkan allahyarham dapat survive, tapi Allah S.W.T lebih menyayangi beliau.
Kami terus bergegas balik ke kuantan, dan terus ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Malam itu juga mayat allahyarham di bawa ke Melaka untuk disemadikan.
AL-FATIHAH
YOU ARE READING
Perginya Seorang Wira Negara Mejar Muhammad Rohaizan
Short StoryMayat juruterbang Hawk 208 ditemui di dasar laut selepas 28 hari usaha mencari dan menyelamat. (dipetik dari Blogger perginyaseorangwiranegara.blogspot.com by Nik Izzaruddean.
