Chapter 11

10.4K 308 3
                                    

Aku bangun pagi seperti biasa. Aku menggosok-gosok mata dan memandang sekeliling. Aku terlupa bahawa aku tertidur ketika menangis. Ugh. Aku merebahkan diri semula dan berusaha untuk tidur. Aku tahu realitinya aku perlu bangun, bersiap ke kolej, sarapan dan terus ke kolej. Tapi aku tak nak. Aku penat. Terlalu penat dengan semua ni. Aku buntu dan tak tahu sama ada tindakan aku ni betul atau salah.

Setelah 10 minit berlalu dan aku masih tidak dapat tidur, akhirnya aku mengambil keputusan untuk mandi. Dengan malas, aku pergi ke bilik mandi.

Aku termenung jauh. Makanan di hadapanku dihiraukan. Aku tak ada selera langsung. Wan mengambil tempat bertentangan denganku. Dia kelihatan begitu berselera. Oh mestilah dia berselera, hidup dia bahagia. Tak macam aku, menderita. Walaupun secara fizikalnya aku mendapat keperluan yang cukup seperti makanan, tempat tinggal dan keluarga, dan pastinya aku berasa bersyukur dengan itu semua kerana sesetengah orang lebih bernasib malang, tetapi tak dinafikan kadang-kadang aku berasa tak adil bila tengok orang lain bahagia sedangkan aku tidak.

Wan melambai tangannya di hadapan mukaku. "Along okay ke tak ni? Err Wan minta maaf sebab semalam melawan cakap along."

Aku tersenyum sedikit. Tahu pulak kau nak menyesal ya. "Makan jelah makanan tu, tak payah hiraukan pasal along. Lagipun along dah nak pergi, nanti cakap kat ibu along dah pergi eh? Bye." Aku segera bangun dan keluar dari rumah meninggalkan Wan dan makananku yang tak diusik langsung.

Semasa aku nak menghidupkan enjin motor, baru aku teringat tayar masih pancit. Aku belum pam lagi. Aku terduduk dan menangis. Aku penatlah! Aku rasa macam nak ponteng kelas je harini!

Aku dapat lihat Mik yang baru hendak bertolak ke kolej. Dia menunggang motorsikal harini. Dia ternampak aku yang sedang menangis. Cepat-cepat aku mengesat air mata. Mik datang menghampiriku.

"Kenapa ni?" tegur Mik. Walaupun semalam aku dah halau dia daripada hidupku, Mik tetap mengambil berat tentangku. Air mataku jatuh lagi. Ish tak reti nak berhenti pula air mata ni.

Aku bangun dan menepuk-nepuk punggungku yang kotor. "Semalam tayar pancit tapi terlupa nak pam. Sekarang saya tak tau nak pergi kolej naik apa." Aku menjawab soalan Mik tadi.

Tanpa berfikir panjang, Mik mengajak aku membonceng motorsikalnya. "Saya boleh hantar, lagipun masa first day saya hari tu kan awak yang hantar saya balik. Ingat?"

Kenapalah Mik ni berlagak macam tak ada apa yang buruk yang dah berlaku. Aku diam tidak mahu mahu mengingati semula tentang itu. Aku akan rasa lebih bersalah apabila semua tu diimbas kembali.

Aku mempertimbangkan tentang pelawaan Mik tadi. Tak salahkan tumpang Mik? Lagipun tayar motor aku pancit dan aku tak ada kenderaan nak pergi kolej. Macam mana kalau Nad nampak? Aku melihat jam tanganku. 7:45 pagi. Nad tak mungkin datang awal, biasanya dia datang lepas pukul 8. So bolehlah tumpang Mik.

"Okay saya tumpang awak, tapi balik nanti saya naik bas."

Mik tersenyum apabila aku bersetuju. Aku buat-buat tak nampak saja senyumannya itu.

"Terima kasih," ucapku sebaik sahaja tiba di kolej.

"No problem. Kalau balik nanti nak tumpang pun tak apa," kata Mik. Tapi aku menolak dengan lembut. Aku perlu cepat pergi dari Mik. Aku tak nak Nad dengan konconya nampak aku. Mik agak pelik dengan perangaiku yang tak sabar-sabar nak pergi, tetapi membiarkan saja.

Harini aku ada kelas dengan Nad. Aduh lemah betul lah. Aku masuk ke kelas. Sam sedang membaca buku di tempat duduknya dan tempat sebelahnya masih kosong. Biasanya tempat itu aku yang duduk tapi hari ni aku duduk di baris paling hadapan. Eii tak selesa betul bila duduk depan. Tapi nak buat macam mana, takut Sam menyampah pula kalau aku duduk di sebelahnya.

Hanya KauWhere stories live. Discover now