Syazril memandangku. Alamak. Dup dap dup dap jantungku berdegup. Gulp. Aku menelan air liur. Nak tanya ke tak nak? Nak ke tak.......

"Wida." Hayunan kakiku terhenti apabila Syazril memanggilku. Aku mengangkat muka untuk memandangnya. Dia..... tersenyum?! Omg!

Syazril pergi ke belakangku dan menanggalkan sesuatu. Apa yang dia buat? Kemudian dia menghulurkan sekeping kertas yang tertulis 'kiss my glued ass' kepadaku.

Aku ternganga. Ini mesti kerja Mai! Dia yang tepuk belakang aku tadi! Serta-merta darahku naik. Oh datang jumpa aku buat-buat baik lepas tu lekatkan kertas tak guna ni untuk malukan aku. Ingat genius sangat ke hah?!

"Kau okay ke tak ni?" Mendengar suara Syazril, memadamkan api kemarahanku.

"Mestilah tak. Siapa yang okay bila satu kolej ketawakan saya?"

"Aku tak ketawakan." Sekali lagi mulutku ternganga. Syazril.... Syazril... Syazril....

Dia ketawa melihat ekspresi mukaku. "Lain kali kalau dah tahu Nad and the gang selalu buli kau, kau janganlah bagi dia dekat-dekat dengan kau. Bila dah kena macam ni tahu pulak nak marah." Syazril membebel. Aku tak pernah dengar dia bercakap selembut ni.

Mulutku masih terbuka luas. Syazril menolak daguku ke atas untuk menutup mulutku. "Kau memang suka ternganga ke apa? Okay ah, see ya." Syazril terus pergi.

Kenapa dia baik sangat? Aku rasa kalau lama-lama dia layan aku macam ni, boleh angau setahun aku dibuatnya. Aku patut berterima kasih pada Mai, kalau dia tak lekatkan kertas tadi, tak dapat aku nak bercakap dengan Syazril. hehehe. Aku menyambung semula perjalananku ke taman dengan hati yang bahagia.

Aku mencuci tangan di sinki setelah membuang air kecil. Aku berharap tak ada apa yang buruk akan berlaku lagi harini, aku tak nak hati aku yang sedang bahagia disakiti. Aku cuma nak merasai kebahagiaan untuk sekali. Baru sahaja aku bersemangat untuk meneruskan hidup, Nad bersama konconya masuk ke dalam tandas. Mereka membawa sebotol sirap yang belum dibancuh. Nak buat air sirap dalam toilet ke diorang ni?

"Aku dah agak kau kat sini. Aku nampak kau bukan main happy dapat bercakap dengan boyfriend aku ya? Hamboi siap tersengih-sengih macam kerang busuk! And pagi tadi aku nampak lah kau naik motor dengan Mik! Kau tak faham bahasa ke aku suruh kau jauhkan diri daripada dia?! Kau ni memang bodoh kan? Aku diam je dari tadi sebab aku tunggu time macam ni untuk balas dendam." Nad berjalan mengelilingiku. Seolah-olah aku matahari dan dia bumi. Sedangkan dialah matahari; panas dan berbahaya.

"Tadaaa! Tengok apa kitorang bawa untuk kau." Bella menggoyang-goyangkan botol sirap itu di hadapan mukaku.

Mai mengunci pintu tandas. Aku meneguk air liur ketakutan. Apa yang diorang nak buat? Tolong jangan apa-apakan aku.....

"Buka mulut kau." Nad mengarah.

"Ha?" Aku blur.

"Oh please, jangan buat-buat bodoh ok." Bella menarik tudungku dari belakang sehingga tertanggal.

"Apa yang korang nak buat ni?" Air mataku berguguran. Aku tak sepatutnya menangis di hadapan Nad dan konconya, tapi air mata aku terlalu murah.

"Shut up! Mai, tarik rambut dia ke belakang kuat-kuat. We got a job to do." Nad membuka botol sirap itu.

Mai mengikut apa yang disuruh oleh Nad. Bella memegang kedua-dua belah tanganku supaya tidak boleh bergerak. Mereka bertiga memaksaku dengan keras untuk duduk di atas jamban duduk. Mai menarik rambutku dengan kuat sehingga kepalaku menghadap ke atas. Aku memandang siling sambil menggigit bibir untuk menahan kesakitan.

"Here comes the helicopter, chut... chut..." Nad membuka mulutku dan memaksa aku minum sirap itu.

Aku menangis sekuatnya. Aku diperlakukan seperti haiwan. Aku berusaha sedaya upaya untuk tidak membuka mulut. Habis bajuku dipenuhi sirap. Mulutku comot. Habis satu botol sirap Nad tuang padaku. Ini memang melampau. Sebelum habis, sempat lagi Nad memercikkan sirap itu di mataku. Sesiapa yang melihat aku sekarang ni, pasti lari lintang-pukang. Aku kelihatan seperti pembunuh gila yang dah bunuh 12 orang dengan kejam.

"Bye Wida. Harap Syazril, my BOYFRIEND, dapat selamatkan kau. Or maybe he couldn't. Ew look at you, sirap. Gross!" Nad dan konconya tergelak gedik sebelum meninggalkan aku seorang diri.

Aku mengunci pintu tandas dan membuka paip. Aku kembali duduk di atas lantai tandas. Aku mengacukan paip ke atas kepalaku agar air menghujani aku dari atas hingga bawah. Aku menangis sepuasnya. Kalau dulu, masa aku kena buli, sekurang-kurangnya Sam ada di sisi untuk buat lawak yang tak ada sesiapa yang akan faham melainkan aku. Tapi sekarang aku bersendirian. Tak ada siapa yang menemani. Agaknya Sam kesunyian juga tak? Aku mengerling ke arah jamku, ada lagi dua jam sebelum kolej tamat. Aku mengambil keputusan untuk menangis di tandas sehingga habis kolej kemudian balik. Dengan keadaan aku yang macam ni, aku tak sanggup nak melihat dunia luar. Dunia yang sangat kejam.

Dua jam akhirnya berlalu. Aku bingkas bangun mengemaskan diri sedikit, walaupun aku sememangnya tak akan kelihatan kemas. Sebaik sahaja aku keluar dari tandas, semua orang memandangku. Aku tidak mengensahkan pandangan mata orang. Aku hanya fokus untuk pulang ke rumah.

Cuaca di luar hujan. Aku tidak ada kenderaan untuk pulang dan aku terlupa untuk bawa payung. Great. Hari ini memang dah ditakdirkan malang untuk aku. Aku tak nampak Mik langsung harini. Mungkin dia memang dah betul-betul bencikan aku. Patutkah aku gembira? Hm entahlah.

Ramai orang sedang berkumpul di perhentian bas. Sama ada untuk meneduh seketika sementara tunggu hujan reda atau menunggu bas. Aku tidak mahu menunggu bas di situ. So aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki. Berjalan kaki dalam keadaan hujan setengah jam won't be a bad idea right? Well actually it's the worst. Tapi aku tak kisah tentang semua itu. Aku suka berada di dalam hujan. Ia memberikanku ketenangan. Tak kisahlah jika ia kedengaran pelik.

Sudah lima belas minit aku berjalan dalam hujan. Air mataku masih belum berhenti. Air hujan dan air mata bercampur mengalir di pipiku. Keadaan sekarang seolah-olah memahami perasaanku. Tiba-tiba ada kereta dari arah belakang lalu di sebelahku menyebabkan air terpercik kepadaku. Sekarang badanku kotor. Aku kelihatan sama seperti pengemis jalanan yang tiada hala tujuan. Kereta tadi berlalu tanpa meminta maaf. Dari nombor pendaftaran kereta tersebut, itu kereta Syazril. Tapi kenapa dia sengaja buat macam tu? Takkan dia tak nampak aku? Aku dah berubah jadi kecil macam semut ke? Oh dia ingat, dia boleh layan aku sesuka hati. Sekejap baik, sekejap kejam. Aku bukan patung mainan. Aku manusia. Manusia yang mempunyai perasaan.

Akhirnya aku sampai juga di rumah. Aku bergegas ke tandas di tingkat atas. Aku memastikan pintu telah dikunci kemudian duduk di atas lantai. Aku membuka shower dan membiarkan badanku yanh sememangnya sudah basah lencun dibasahi dengan air shower. Aku mencapai pisau razor di atas rak. Aku memegang pisau razor itu dan menangis lagi. Entah berapa baldi air mata aku dah keluarkan harini. Mungkin lebih daripada lima baldi.

Aku memandang pisau razor itu untuk kali terakhir dan mencari kawasan yang tak ada urat di lenganku. Apabila aku dah jumpa, aku membawa mata pisau razor ke lenganku dan menoreh lenganku dengannya. Aku mengulangi perkara yang sama selama lima kali. Aku menoreh sambil berkata, "Maafkan along bu, maafkan along Wan, maafkan aku Sam, maafkan aku Mik, maafkan aku..." aku terhenti. Penglihatanku semakin kabur. Aku hanya dapat melihat darah yang bercampur air mengalir di seluruh tandas. Akhirnya aku rebah tidak menyedarkan diri.

Hanya KauWo Geschichten leben. Entdecke jetzt