Prof masih belum masuk. Begitu juga Nad. Hm bosannya. Kalau tak sekarang ni mesti aku sedang bergosip atau melawak bodoh dengan Sam. Rindunya pada Sam.

Tiba-tiba Sam melaung namaku. Aku terus menoleh ke belakang. Takkan dia dah lupa kita ni sedang.... dingin?

"Sinilah! Kenapa duduk depan pula? Dah tak sudi nak duduk sebelah aku ke?" Sam berkata dari tempat duduknya.

Pada masa inilah Nad dengan konconya masuk. Mereka memandang aku sinis sebelum menyuruh aku berpindah tempat duduk. "Pergilah duduk tempat biasa kau, yang nak menyemak kat baris depan ni apehal? Kau ingat orang nak tengok kepala besar kau tu ke? Ew." Mai menghalau aku.

Aku yang terasa dengan kata-katanya terus bangun dan duduk di tempat biasa. Nad dan yang lain dah tersenyum sinis.

Sam menjatuhkan pennya. Aku memandangnya pelik. Dah tak betul ke Sam ni sampai sengaja jatuhkan pen?

"Wida, tolong ambilkan pen tu. Jauh lah, tak sampai. Aku malas nak bangun." What? Malas nak bangun? Kau ingat aku rajin sangat ke nak bangun?

Walaupun di dalam hatiku memprotes, tetapi luaranku menurut. Apabila aku hendak bangun, punggungku melekat dengan kerusi. Oh sekarang baru aku faham. Sam dah berpakat dengan Nad untuk mengenakan aku. Sejak bila Sam jadi macam ni? Sejak jealous aku keluar dengan Mik? Oh cmon! Grow up please!

Sam tidak dapat tahan gelak melihat aku yang sukar untuk bangun. Semua orang di dalam kelas mentertawakanku. Terutama sekali Nad. Aku berasa sangat malu. Kalau Nad dengan konconya yang buat tak apa, tapi Sam pun dah ikut serta.

Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya aku berjaya bangun tanpa punggungku terlekat pada kerusi. Aku memandang Sam dengan jelingan maut kemudian menamparnya sekuat hati. Lantak kau lah nak marah aku, yang penting aku seronok dapat tengok muka hodoh kau masa kena tampar. Itu balasan sebab khianat kawan. Aku terus berlari dan tidak memandang ke belakang lagi.

Pada ketika ini aku sedang memasukkan buku ke dalam lokar. Aku ponteng hampir semua kelas hari ini kerana tak sanggup nak berdepan dengan Sam. Di mataku, dia terlalu keji sekarang ni.

Nad dengan konconya menerpaku. Apalagi lah minah-minah plastik ni semua nak. Cukup-cukuplah dah rampas kebahagiaan aku.

"Macam mana dengan punggung kau? Dah okay? Kesian kitorang tengok kau tadi," Bella memulakan operasi menyakitkan hati aku.

"Punggung aku selamat, tak melekat dekat punggung kau pun lagi." Aku membalas dengan sindiran. Dia ingat dia sorang boleh menyindir? Hahahaha silap k.

Muka Bella merah menahan marah. Tahu pun sakit hati. Habis tu selama ni ingat aku tak sakit hati? Heh.

"It's okay, Sam tu memang sengaja nak kenakan kau. Mula-mula dia nak bersepakat dengan kitorang untuk kenakan kau, tapi kitorang tolak. Tak baik pula kalau bersetuju. Kitorang sendiri dah nasihat dia supaya lupakan je rancangan jahat dia tu, tapi dia teruskan juga. Hm kesian kau, sorry eh?" Nad berkata sambil membuat muka manja yang tak ada rupa manja langsung.

Tangan aku dah ready nak tumbuk muka minah-minah ni semua. Aku cuba bersabar selagi boleh.

"Eh Wida, kitorang ada kelas ni. Kitorang pergi dulu okay? Tak mau sedih-sedih tau? Bye," Mai menepuk-nepuk belakangku. Konon-konon bagi semangat lah tu.

Mereka bertiga pun meninggalkan aku. Aku berjalan seperti biasa untuk ke taman. Semua orang di sekelilingku mentertawakanku sambil menuding jari pada belakang badanku. Ada apa kat belakang aku? Baju aku ternaik sampai nampak seluar dalam ke? Aku menurunkan sedikit bajuku. Orang ramai masih lagi mentertawakanku. Apehalnya ni?

Aku bertembung dengan Syazril yang sedang mengemas buku di lokarnya. Aku nak bertanya kenapa semua orang ketawakan aku tapi macam mana kalau dia gelak juga?

Hanya KauWo Geschichten leben. Entdecke jetzt