part 1

115 5 2
                                        

Hari pertama dia sekolah swasta baru di Putrajaya. Nur Damia Khalisah nama di beri, pelajar terbaik di negeri tercinta, Pahang. Damia menyiapkan dirinya dengan tenang kerana dia bangun awal pada hari ini. Selalunya di hostel di sekolah lamanya juga Damia bersiap awal. Cuma, Damia juga seperti pelajar lain. Kadang-kadang lewat juga.

Aku memulakan hari pertama aku dengan niat yang baik, aku menatap cermin dan meneliti diri aku yang lengkap berseragam sekolah baru."boleh ke aku dapat kawan dekat sekolah baru a.k.a sekolah anak orang kaya" Aku mengeluh

Aku turun ke bawah untuk bersarapan. "Morning Lis.." Ibu menyapa aku.."morning" aku senyum.."so, lis dah ready nak ke sekolah baru?" Tanya ayah.."entah lah, lis takut sebenarnya.." Aku meluahkan isi hati ku, sebab zahira a.k.a kawan baik aku dekat Pahang kata sekolah bandar selalu banyak pembuli. "Tak adalah ayah, zahira kata selalu sekolah bandar ni banyak pembuli, lis ni kan budak baru, Lis takut jadi apa-apa je.." Sambil aku bercakap sambil aku menguis nasi goreng yang ibu masak tadi, "lah ke situ pulak fikirnya budak ni..tak ada nya lah...lagipon kan mak su kamu ada..apa-apa hal bagi je tahu dia.." Ayah berkata selamba sambil memasukkan suapan nasi goreng terakhir ke mulut nya. "Betul kata ayah tu lis, tak payah lah nak di takut kan sangat..lama-lama nanti kamu biasa lah tu." Ibu menyokong ayah..aku hanya diam menghabiskan nasi goreng.

Aku dan ayah berangkat ke sekolah aku. Untuk hari ni ayah menghantar aku ke sekolah, tapi hari seterusnya aku di hantar oleh driver peribadi ayah..maklumlah ayah kan dah naik pangkat..heheheh..masuk je di perkarangan sekolah, aku turun dari kereta Audi putih ayah dan terus menuju ke pejabat. Waktu tu, kelihatan semua pelajar sedang berpusu-pusu masuk ke sekolah.. Aku cuba mencari pejabat sendiri, malangnya aku jumpa separuh jalan je...

"Mana lah pulak pejabat sekolah ni?" Aku terpusing-pusing di tingkat pertama bangunan apa kejadah tah nama dia.. Aku berpusing tetapi tiba-tiba beg aku dengan padunya terkena dekat perut sorang lelaki. "Minta maaf, saya x sengaja, sorry sangat..sakit ke?" Aku bertanya banyak kali tapi dia x jawab pon.."ko ni apahal terpusing-pusing, ingat ni kawasan menari Hindustan ke?" Dia menengking aku.. Aku ni jenis pantang orang maki hamun, loya buruk ni..memang Aku angin satu badan.. "Ehem..saya dah minta maaf kan tadi, so x payah lah nak kecoh dekat sini.." Aku membalas balik, dengan suara yang agak tinggi tapi Aku masih mampu bersabar.

"Ko ingat sorry kau tu, perut Aku boleh baik??" Mamat ni memang cari gaduh namanya, belum sempat aku balas balik, aku nampak mak su dari jauh dan aku berlari meninggalkan mamat poyo tadi.

Aku berdiri di depan mak su, "cikgu Dania??" Aku sengaja bertanya.." Ha..jumpa pon budak ni, ko pergi mana makcik?" Mak Su mengeluarkan aura mak ciknya di hadapan aku..
"Tadi lis cari jalan lah...tapi jumpa separuh je, lepastu lost.." Aku tersengih..

Minah senget tadi tu rapat dengan cikgu dania ke?? Dah lah terus lari macam tu je...dia tak tahu aku ni siapa..eh..ni Emyir Farhan bin. Dato' Ilyas lah...sapa x kenal..Aku pergi ke arah cikgu Dania Dan minah tu.. "Pagi cikgu, cikgu kenal ke minah kecoh ni??" Aku menjengkilkan mata aku ke arah perempuan tu.. "Pagi han, kenal sangat...dia ni transfer student.." Ooo..budak pandai lah ni? "Oo.. Oklah cikgu saya masuk kelas dulu.." Aku baru nak angkat kaki.."kejap Han, cikgu nak mintak tolong kamu hantar kan dia ke kelas dia boleh??" Cikgu dania meminta tolong.. Tiba-tiba Aku dapat satu akal nak pekena minah ni.. "Boleh cikgu..dia kelas mana??" Aku bertanya ramah.. Cikgu Dania menghulurkan kertas yang menulis kelas minah ni..siap kau..nak kata orang putih wait and see..heheheh... "Dah cepatlah ikut aku.." Aku menyergah dia..bahu dia terhenjut sikit..terkejut lah tu..

"Mamat ni apasal..teringin nak makan kasut sekolah hitam aku agaknya.." Aku membebel dalam hati..dia ni nak bawak aku pergi kelas ke pergi tengok pameran..jalan nye lembab mengalahkan siput..akhirnya sampai pon, dia menunjukkan kelas aku..lepastu dia pergi macam tu je.. Nasib baik kau bawak aku pergi sini..terima kasih lah ye..Aku mengetuk pintu..Aku dengar suara menyuruh masuk "assalamualaikum cikgu, saya pelajar transfer baru.." Aku berkata lembut.. "Awak masuk kelas ni ke??" Bukan kelas sebelah ke??" Cikgu itu bertanya pelik..dia pelik aku berjuta kali pelik.. "Saya x thu..kertas ni.." Aku menghulurkan kertas yang aku kutip lepas mamat sengal tadi buang macam tu je.. "Oh..kamu salah kelas ni..ni kelas sebelah.." Cikgu itu menunjukkan kelas aku.. Betul-betul di sebelah kelas yang cikgu tu mengajar.. Ibu malunya Lisa...ibu Lisa nak balik!! Aku hanya menggaru kepala aku.. "X apalah, jom cikgu bawak kamu.." Cikgu itu mengetuk pintu kelas sebelah..a.k.a kelas aku yang sebenar..

"Assalamualaikum class, today I want to introduce your new friend..Mia come in.." Cikgu tadi berkata.. Aku masuk..Aku memerhati suasana kelas itu Dan Aku ternampak mamat sengal tu dekat belakang tersengih.. Eee!!!menyampahnya.. "Mia, introduce yourself.." Cikgu amirah berkata..heheheh Aku tahu pon sebab tanda nama dia.. "Assalamualaikum..my name is Nur Damia Khalisah Bt Ahmad Fikri..I am from Pahang..hope we can make a good teamwork.." Aku tersenyum..sekarang ni aku malas nak layan mamat tu lantak kau..

"My name is Nur Damia Khalisah..." Minah tadi..mesti dia masuk salah kelas..amek kau..sapa suruh cari pasal dengan aku.. Habis dia bercakap dia senyum.. Aku terpana sekejap.. Betul ke dia ni minah tadi tu?? Asal lain?? Kepala aku terteleng-teleng (sama maksud dengan tersenget-senget) "ko asal Han??" Megat menegur aku.. "Ha??Aku ok je.." Aku jadi gelabah..apasal ni?? Tangan aku berpeluh...Aku lap tangan dengan seluar.. "Budak ni comel lah.." Kata Q a.k.a qairul.. "Comel amenda macam tu, spect petaknya, jam pink, beg pink..jijik lah weh.." Aku buat gaya nak muntah.. "Yang ko emo sangat asal??" Megat memandang Aku pelik.."mana ada aku emo.." Aku menafikannya.. Aku terus memandang tajam minah tu...

Hope korg boleh enjoy bce cerita ni...
#jgn lupe vote and comment...

#SELALU ADA~~(complete)Where stories live. Discover now