Tiga Puluh Sembilan [ 39 ]

Start from the beginning
                                    

Soo Mi menjulingkan mata tidak faham dengan sikap rakan baiknya pada hari ini yang tiba-tiba mengkritik pakaian kafenya. " Min Ki, Lap meja dengan cermin sampai bersih ya. Kyung Ri, pastikan takde sampah atas lantai. Rutin macam biasa. " arah Soo Mi. Min Ki dan Kyung Ri mengangguk faham sebelum tersenyum.

Telefon dikeluarkan dari poket dan nombor seseorang didail. Apabila panggilan diangkat, Soo Mi mula mengajukan soalan seperti biasa. " Ah In, semua dah ada? Hurm. Bagus. Pastikan kafe bersih ya. Arasseo. Kamsahamnida. " kata Soo Mi lalu menamatkan panggilan.

" Beb...kita keluar jom. " ajak Hye Rin setelah selesai membelek telefonnya. " Kau buat lawak apa ni Hye Rin. Aku kerja kan. " balas Soo Mi. " Alaahhhh...si Kyung boleh jaga kafe ni. Kau kan boss . Kejap je. " ajak Hye Rin lagi cuba tak berputus asa. " Han Bin mana? " tanya Soo Mi. " Kerja. " balas Hye Rin. " Aku nak tanya dia apa dia buat sampai kau tak betul macam ni. " gurau Soo Mi .

" Kau ni...aku ajak luangkan masa pun tak boleh. #BerikanMasa. " rajuk Hye Rin. " Yelah yelah. Nanti bila kafe dah buka, baru kita keluar ya. " pujuk Soo Mi. Hye Rin akhirnya tersenyum menang. " Kau tak kerja ke hari ni? " tanya Hye Rin sambil membelek majalah yang dibawanya tadi. Soo Mi menepuk dahi.

" Betullah apa aku kata tadi. Si Han Bin buat apa kat kau sampai kau jadi pelik macam ni. Hari ni hari Sabtu. Kan syarikat aku bagi aku cuti setiap hari Sabtu selain hujung minggu. " terang Soo Mi panjang lebar. Hye Rin tersengih. " Hehe. Aku lupa. " ujar Hye Rin. Sebenarnya kepalanya mula berserabut dan ligat memikirkan sesuatu.

Tumpuannya dan Soo Mi mula terganggu apabila loceng kedai berbunyi sebaik sahaja pintu ditolak. " Maafkan saya, encik. Tapi kafe kami belum bu...." ayatnya tergantung apabila pandangannya dipenuhi dengan seraut wajah yang dirindui saban hari.

" Eo? Annyeonghaseyo sunbae-nim! " sapa Hye Rin teruja sambil melambai tangan. Tangan Hye Rin naik memeluk leher Soo Mi yang masih terpaku di sebelah. " Annyeong! " balas Suga kembali bersama senyuman manis. " Apa sunbae-nim buat kat sini? " tanya Hye Rin.

" Jae Hyun suruh sunbae datang sini. " ujar Suga sambil matanya tidak lepas memandang Soo Mi yang turut terpaku memandangnya. " Oppa? Ahhh...lupa pula. Pasal rumah sunbae yang disewakan tu. Jamkkanman. Penyewanya ada di sini. " kata Hye Rin lalu menarik tangan Soo Mi ke sebuah meja . Suga hanya mengekori.

" Jemput duduk. Nanti saya hantar air. By the way, ini penyewanya. Soo Mi, ini tuan rumahnya. " ujar Hye Rin dan berlalu pergi. Setelah Hye Rin meninggalkan meja, Suga masih merenung Soo Mi membuatkan Soo Mi tertunduk. " Nak tanya pasal apa? " tanya Suga. Soo Mi menarik nafas sebelum dihembus lembut. Teringat bisikan Hye Rin supaya meminta penjelasan atas segalanya.

" Saya nak tanya kenapa awak tak balas segala mesej dan tak jawab semua panggilan saya selama 2 tahun? Dan kenapa awak tak balik Busan selama 4 tahun? Kenapa awak tak jenguk saya ? Mana janji awak? " marah Soo Mi tertahan-tahan. Suga terkedu sebelum raut wajahnya berubah. " Kenapa aku perlu pulang sedangkan kau sudah mencari pengganti? " balas Suga dengan panahan mata yang tajam.

Giliran Soo Mi pula yang terkedu. Dia tidak faham maksud Suga. Pengganti? " Saya...tak pernah cari pengganti. Awak tahu bagaimana sukarnya kehidupan saya lepas awak tak balik langsung jenguk saya? Orang fikir saya mengandung anak tak sah. " cerita Soo Mi. Suga terkejut. " Tapi kau dah ada dia...mesti orang fikir itu suami kau. " Suga mula melawan.

" Lelaki mana awak cakapkan nih? Awak memang dari dulu cemburu buta! Tapi awak tak mengaku! Tak boleh ke sekurang-kurangnya tanya dulu penjelasan saya sebelum bertindak? " marah Soo Mi. " Eomma..." panggil seseorang. Suga dan Soo Mi mengalihkan pandangan ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang sedang memandang mereka.

Soo Mi menarik Yunho untuk duduk di sisinya. Yunho hanya memandang Suga takut. Takut melihat kemarahan Suga tadi. " Awak tahu apa kawan-kawan Yunho cakap di sekolah? Yunho takde appa. Appa Yunho masuk penjara kut. Atau appa Yunho tinggalkan mak Yunho. Awak tahu apa perasaan dia? " tanya Soo Mi. Suga meneguk air liur yang terasa kesat.

" Aku tak percaya. Aku tak percaya. Kau curang. Aku benci kau. " kata Suga menafikan segalanya. Dia bangkit dari duduknya dan mula bergerak ke pintu. Namun langkahnya terhenti apabila kakinya dipeluk erat oleh Yunho. " Appa...jangan tinggal eomma. Eomma sedih. Eomma nangis. Eomma sayang appa. Yunho pun sayang appa. " ucap Yunho sambil menangis.

Suga mula terasa sebak melihat Yunho menangis. Raut wajah Yunho persis sepertinya. Suga mendukung Yunho. " Mianhae Yunho-ah...tapi eomma kan dah cari appa baru untuk Yunho. " balas Suga sedih. " Ani! Eomma masih tunggu appa. Eomma sayang appa. " ujar Yunho lalu menangis lebih kuat. Hampir setiap malam Yunho melihat eommanya menangis apabila melihat telefon bimbitnya.

Soo Mi pernah menunjukkan gambar yang sering dilihatnya saban hari iaitu gambar Suga. Oleh sebab itu, Yunho tahu bahawa eommanya masih sayangkan Suga walaupun dia masih kecil. " Jagiya...mianhae. Cheongmal mianhae. " ucap Soo Mi berdiri di hadapan Suga yang sedang mendukung Yunho. Suga terkedu.

" Maafkan Soo Mi, sunbae. " ucap Hye Rin yang baru sahaja berdiri di sebelah Soo Mi yang sedang mengalirkan air mata. " Hyung...apa yang hyung nampak tu Eun Woo. Dongsaeng Ji Hyo noona. " ujar Jungkook tiba-tiba di belakang Suga sambil menepuk bahu Suga.

Suga agak terkejut apabila melihat semua adik-beradiknya berada di situ termasuk Jackson, Chanyeol, dan Jae Hyun. Choii! Apa semua ni? Reunion ke apa? 😂 Suga memandang setiap orang yang sedang mengelilinginya dan pandangannya berakhir pada mata Soo Mi yang sedang merenungnya. Mata Soo Mi jelas menanggung rindu yang menyeksa diri Soo Mi dan juga dirinya.


To Be Continued...

Tinggal beberapa chap sebelum tamat. 😌

Abaikan kesalahan ejaan. 🙆

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now