Chapter 6

13.9K 360 17
                                    

Aku duduk di birai katil. Jam sekarang menunjukkan tepat pukul 8 malam. Bermakna ada lagi satu jam sebelum Mik datang. Memandangkan Mik tinggal di sebelah, tak perlulah aku mesej dia. Aku masih tak percaya yang Mik tu jiran aku. Rasa macam ni semua hanya gurauan.

- S.O.S im so bad at fashion, could u please come over and recommend me what to wear for tonight? -

Aku menekan butang 'send'. Aku tak begitu mahir dalam fesyen, jadi aku minta pertolongan Sam. Selama ni pun aku hanya pakai seluar jeans dan t-shirt biasa untuk keluar ke mana-mana. Baju macam-macam ada di dalam almari, cuma tak yakin nak pakai je. hehe

3 minit kemudian, iPhone aku berbunyi. Menandakan mesej masuk.

- Okay bby girl, i'll be there in a minute ;) -

Aku harap Sam tak kisah aku keluar dengan Mik malam ni. Walaupun Sam tak beritahu apa-apa, aku dapat rasakan yang Sam cemburu. Kalau dia cemburu disebabkan Mik ajak aku keluar, aku tak boleh buat apa-apa pasal tu. Lagipun Mik yang ajak keluar, aku cuma tak sampai hati je nak tolak pelawaan dia. Tapi kalau Sam cemburu disebabkan kehadiran Mik buat aku jauh daripada dia, dia tersilap. Aku takkan pernah tinggalkan Sam. Melainkan Allah yang menjemput. Sam dah banyak berkorban untuk aku. Hanya dialah yang berada di kala aku susah dan senang selama ni.

Seperti apa yang Sam katakan di dalam mesej tadi, dia tiba di rumahku dalam beberapa minit saja. Membuatkan lamunan aku terhenti. Dia muncul di muka pintu bilikku dan tersenyum ke arahku.

"Ready untuk malam ni?" Sam mengangkat sebelah kening.

"Definitely not. Aku tak pernah keluar dengan lelaki sebelum ni, macam mana kalau aku screwed up?" aku gelisah. Tipulah kan kalau aku cakap aku tak nervous sekarang ni.

"It's okay, you'll be fine. Lama-lama kau kena keluar jugak dengan lelaki, takkan nak jadi lesbian selamanya?" aku ketawa mendengar apa yang Sam katakan. Sam sengaja buat lawak lah tu supaya aku tak gelisah.

"Kalau kau sudi jadi lesbian aku selamanya, aku tak kisah,"

Sam menjegilkan mata dan mencubit lengan aku. "Okay, fokus. Malam ni aku nak kau pakai dress,"

"What?! No! Badan aku tak sesuai untuk dress, pakai t-shirt dengan jeans biasa tak boleh ke?" aku protes. Nak suruh aku pakai dress? Ish aku lebih sanggup tidur dengan kuda daripada pakai dress.

"Hello Miss Wida, aku datang malam-malam buta ni untuk tolong kau pilih baju. Kau juga yang minta tolong aku tadi. Kalau macam tu lebih baik aku sambung tengok Teen Wolf," bebel Sam. Ugh Sam ni sebijik macam nenek kebayan.

"Okay fine, carikkan lah dress apa yang sesuai untuk badan aku yang tak lawa ni,"

"Jangan cakap macam tu, yakinlah sikit. Confirm lawa punyalah kalau kau pakai dress, baru nampak macam wanita melayu terakhir," pujuk Sam.

Akhirnya aku mengalah. Sam memilih dress floral berwarna aqua. Aku memakai belt di sekeliling pinggangku supaya penampilanku tak kelihatan terlalu simple. Aku memakai cardigan berwarna putih bagi menutup lengan pendek dress itu dan mengenakan pashmina berwarna kuning; sama warna dengan corak floral dress itu.

Sam memusingkan badanku di hadapan cermin. Aku tidak mahu melihat pantulan imejku. Tak pernah dalam seumur hidup, aku keluar dengan gaya ni. Rasa macam over sangat pulak.

"See, you look beautiful," Sam memuji. Berdiri di belakangku. Dari pantulan cermin, aku dapat lihat senyuman yang terukir di bibirnya. Aku hampir tak percaya imej yang ada di dalam cermin itu ialah aku. Aku nampak sangat berlainan. Aku mengaku penampilan baru aku ni agak lawa, tapi bagi orang lain lawa ke?

"Beautiful means terrible,"

"Hoi, kamus mana kau belajar beautiful means terrible? Jangan fikir negative sangat. Ha kenapa riuh semacam kat bawah tu? Mik dah sampai lah tu, pergi cepat turun," memang betul aku dapat dengar suasana riuh di bawah. Agaknya betullah Mik dah sampai.

Hanya KauWhere stories live. Discover now