Chapter 1

47.2K 663 10
                                    

Seperti biasa, bangun pagi, mandi, sarapan dan terus pergi ke kolej. Jam penggera aku bergema tepat pada pukul 6:30 pagi. Argh malasnya nak bangun, kenapa katil aku perlu rasa selesa setiap kali aku nak bangun? Rasa macam katil aku ajak tidur balik.

   

Dengan malasnya aku duduk dengan kaki melunjur. Aku tak nak bangun, tak nak pergi kolej, tak nak jumpa sesiapa, aku cuma nak tidur. Argh!

Aku menggagahkan badan aku yang sememangnya lemah ke tandas. Setelah siap semuanya, aku turun untuk sarapan. Dari tangga aku dapat nampak ibu sedang menyediakan sarapan. Ceh anak dara jenis apalah aku ni liat bangun, tak tolong mak sediakan sarapan.

"Morning," aku sapa dari belakang dan mengambil tempat duduk di sebelah ibu. Ibu hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.

"Hari ni along balik pukul berapa?" ibu bertanya semasa aku sedang makan.

"Uhm pukul 2 kot, kenapa?"  

  

"Takdelah saja tanya, ingatkan nak suruh along teman ibu pergi beli barang," ibu balas.

"Oh,"

Memandangkan ibu dah tak nak cakap apa-apa, aku bangun dan basuh pinggan. Kemudian terus ke kolej. College aka prison here I come! Huh

Setelah memakirkan motosikal aku dia tempat parkir motosikal, aku berjalan menuju ke pintu utama. Aku memandang sekeliling, tak ramai lagi yang dah datang mungkin aku awal sangat. Aku duduk di kafeteria sambil menunggu my only bestfriend, Sam. Kalau nak tahu, dekat college ni tak ada siapa yang suka aku. Aku memang lah agak terkenal, bukan sebab aku cantik or etc tapi sebab aku selalu kena buli. Kadang-kadang rasa macam nak bunuh diri pun ada.

Setelah tunggu dalam 15 minit, Sam masuk ke kafeteria, aku melambaikan tangan kepada dia supaya dia nampak tempat duduk aku kemudian dia terus duduk di sebelah aku.

"Awal sampai?" Sam menegur.

"Of course, aku bukannya liat sangat nak bangun macam kau," aku menjeling Sam.

"Aku nampak Nad dengan jantan dia kat luar tadi, jalan siap pimpin tangan," Sam mulalah buka cerita pasal Nad. Fyi, Nad tu kira macam budak paling hot dekat sini lah. And jantan dia tu pulak..... crush aku. Nama dia Syazril Osman. Comel kan? Hahaha okay I need to stop.

"Jantan yang kau maksudkan tu crush aku okay? So jaga sikit mulut tu," aku menjeling Sam.

"What?! Memanglah dia tu crush kau, tapi kalau dia tak pernah back up kau time awek dia tu buli kau, patut ke aku jaga sikit mulut aku pasal dia? Oh cmon jangan jadi bodoh," Sam separuh menengking aku. Inilah akibatnya bila aku back up crush aku tu depan Sam.

"Okay fine blah blah blah, aku memang bodoh so nak buat macam mana? Dahlah jom pergi kelas, jangan marah aku please?" aku memuncungkan bibir aku, konon-konon manja. Manalah tahu dapat lembutkan hati Sam ke. hehehe

Sam diam. Ni yang aku tak suka. Tak nak layan aku langsung. Aku mengeluh. Aku bangun untuk pergi ke kelas, daripada buang masa dekat sini tengok muka masam Sam tu, lebih baik aku pergi kelas. Aku dengar bunyi tapak kaki Sam mengikut aku dari belakang. Tahu pun tak boleh merajuk dengan aku lama-lama.

_____

P.s Sam is a girl

Hanya KauWhere stories live. Discover now