Helly, seorang anak yatim piatu dan seorang pelajar sekolah tinggi yang mempunyai sukan luncur ais , sukan kesukaannya .Helly merupakan seorang yang pakar dalam meluncur ais . Biarpun baru seminggu berpindah ke sekolah itu , dia telah dapat berkawan dengan seorang pelajar disitu yang bernama Enna . Malah , mereka juga berkawan baik . Helly dan Anna merupakan pelajar yang terkenal di sekolah itu kerana kecantikan yang dimiliki mereka .
"Cepatlah jalan , kang nanti kena marah lagi dengan Miss Wanda tu sebab masuk lambat "gesa Helly .
"Alaa , u go first . Then i'll follow you. I wanna go to toilet first"balas Enna .
"Eh kau ni kan , sehari tak pegi tandas tak sah eh ?"sindir Helly
"Alaa dah memang rutin harian aku , tak lengkap hari aku kalau tak pergi tandas weh!"
"Yelah yelah" balas Helly lalu bergegas masuk ke kelas . Nasib menyebelahinya kerana kelibat Miss Wanda masih tidak lagi kelihatan di dalam kelas . Helly bergegas masuk dan duduk di atas kerusinya .
"Ish mana Enna nii , tak sampai-sampai lagi pun. Pergi tandas ke buat tandas minah ni"bisik Helly .
Bunyi tapak kasut di koridor tidak asing lagi bagi pelajar kelas Miss Wanda . Tidak lain tidak bukan lagi bunyi tapak kasut itu adalah milik Miss Wanda . Helly mengetap gigi tanda geram kerana dia fikirkan Enna yang akan masuk dulu . Semua murid bangun lalu memberi ucapan selamat pagi . Miss Wanda meneliti tajam satu persatu pelajarnya ...
"Helly ! Mana kawan baik kamu,Enna ?! " soal Miss Wanda .
"Ta..tadi dia pergi tandas cik...cikgu ."jawab Helly terketar-ketar .
"Hmm budak ni kan , sehari tak masuk lambat tak boleh ke ?"marah Miss Wanda .
Sedang Miss Wanda ingin menulis sesuatu di papan putih ,Enna yang baru sampai kelihatan terhinjat-hinjat bagi mengelakkan dirinya dikesan Miss Wanda .
"Raihana Issabelle ! Berhenti !"tegas Miss Wanda .
"Er err yaa cikguu" sahut Enna lemah .
"Kenapa kamu masuk lambat ! Pergi mana ?!"tegas Miss Wanda .
"Ta..ta...tadi saya pergi tandass cikgu...ciritt "balas Enna bersahaja .
Jawapan Enna tadi menyebabkan classmates tertawa .Begitu juga Miss Wanda ..Enna membuka langkahnya semula untuk ke tempat duduknya tetapi terhenti apabila .....
"Berhenti ! Saya tak habis lagi cakap dengan kamu , oleh kerana kamu masuk lambat , kamu dikenakan denda mencuci cermin kelas habis waktu persekolahan nanti, faham ?!!"
"Fa..faham cikgu . Baiklah "jawab Enna keberatan.
Kringggggggggggggggggg
Bunyi loceng menandakan waktu Miss Wanda telah tamat . Lega hati kecil Enna apabila guru kesayangannya itu berlalu pergi dari kelas namun hatinya masih terasa geram dek denda yang dikenakan terhadapnya tadi . Setelah waktu persekolahan tamat , hanya Helly dan Enna yang stayback untuk melangsaikan denda Enna .
"Hishhh geramnyaa aku ! Takde denda lain ke yang dia nak bagi ! Eeee geramnyaa" sungut Enna .
"Hahahahah kira baguslah ni , nasib baik dia tak suruh kau cuci tandas"
"Kau tak kene kau boleh la gelak , dah laa kotor cermin ni . Macam tak cuci sejuta tahun je aku tengok"perli Enna .
"Eh Enna , tadi kenapa kau lambat masuk eh ? Takkan sebab cirit kau tu kot . Kau tipu kan ?"tanya Helly .
"Heheh , ha'a aku tipu je . Aku pergi jumpak bf aku la . Rinduu"balas Enna.
"Huish kau , berani tipu 'mama singa' tu ye . Kalau dia dapat tahu mampus kau !"
"Alaaa dia takkan dapat tahu punyaa. Dahlah Helly , baik kau tolong aku cuci cermin ni . Cepat siap sikitt "
"Hah yela yela" balas Helly .
Helly dan Enna membersihkan cermin bersama-sama lalu bergegas pulang ke rumah . Helly dan Enna tinggal sebumbung sejak Helly berpindah ke sini kerana , sejak ibubapanya meninggal , dia tidak lagi mempunyai sesiapa untuk bergantung harap . Jadi Enna mempelawanya tinggal sekali kerana dia juga bosan sendirian di rumah kerana ayah dan ibunya kerap ke luar negara atas urusan kerja ...
Sorry kalau author lambat update ye .
YOU ARE READING
Ice Princess (MalayVersion)
FantasySeorang gadis muda yang berbakat besar biarpun bergelar yatim piatu . Bisikan yang sering terngiang-ngiang di telinga . Mimpi yang asalnya difikirkan mainan tidur . Siapa dirinya yang sebenar ? Adakah ibubapa nya masih hidup ? Sama sama kita nantika...
