hajjah rashidah dato darus appandi yahya

3.3K 26 9
                                    

Orang boleh cakap macam-macam tapi pada Kak Hajjah,macam arwah ayah kak hajjah,Dato Darus Appandi Yahya. selalu cakap. "hidup ini kita yang buat.lalui dengan jalan yang benar sambil memetik bunga kembang ditepian sungai yang airnya keruh lalu segala derita kehidupan menjadi suara sempurna sang punya diri..." selama mana Kak Hajjah pegang kata-kata ini,Kak Hajjah percaya semua pandangan tidak elok orang pada suami ikin tidak menjadi luka lama berdarah semula pada Kak Hajjah.

Minta maaf ya,Kak Hajjah memang minat sastera,sama macam arwah ayah Kak Hajjah,Dato Darus Appandi Yahya , jadi ayat-ayat yang kami gunakan biasanya tidak difahami oleh insan biasa. Kami duduk tinggi lalu berdiri lebih tinggi seperti penyelam yang tertinggal dipantai,seperti sang arjuna tapa tidak tinggal digua...

Kadang-kadang Kak Hajjah sendiri hairan mana datangnya idea-idea tentang apa yang Kak Hajjah hujahkan kepada dunia. Nak mengaku hebat,Kak Hajjah bimbang riak tetapi jika riak itu sendiri yang membuktikan, yang melebarkan sayapnya dan memberitahu dunia bahawa Kak Hajjah adalah sekujur tubuh yang dianugerakan kepada dunia untuk sastera,maka Kak Hajjah rela riak...macam arwah ayah Kak Hajjah,Dato Darus Appandi Yahya, arwah. 

Orang tuduh arwah ayah Kak Hajjah, Dato Darus Appandi Yahya sogok orang itu orang ini supaya dapat gelaran Dato padahal arwah ayah Kak Hajjah, Dato Darus Appandi Yanya memang layak dapat gelaran tu tapi sebab orang tak nampak terpaksa-lah arwah ayah Kak Hajjah,Dato Darus Appandi Yahya 'berusaha' sedikit.

Arwah ayah Kak Hajjah orang baik-baik. Suka tolong orang. Kalau tak percaya cuba tengok facebook dia. Semua kebaikkan yang dia buat dia letak di facebook. Sengaja kami tak tutup facebook dia sebab kami nak jadikan sebagai bukti Biar orang tahu betapa arwah ayah Kak Hajjah, Dato Darus Appandi Yahya ada-lah hero kami dan sepatutnya dia menjadi hero kepada seluruh jagat raya,jadi contoh teladan kepada sebuah kehidupan yang kudus...hmmm..macam pernah dengar orang buat lagu je kata-kata indah yang tiba-tiba menjelma diminda bawah sedar kak Hajjah.

Kak Hajjah memang macam tu..tiba-tiba je datang ilham hebat untuk berpuisi.Dah semulajadi.Mungkin sebab Kak Hajjah ni anak Dato. Kami ,anak-anak Dato ni istimewa sikit.Bukan macam orang biasa.Kami duduk diatas gumpulan awan.Bila kehausan,kami pun menurunkan hujan membasahi bumi dan sawah ladang pun menguning..ops! Maafkan Kak Hajjah...tak boleh nak kawal daya kreativiti dan senantiasa mengalir bak sungai menuju lautan lepas...

Itu-lah,suami Ikin tu,menantu Kak Hajjah tu,cucu menantu arwah Dato Darus Appandi Yahya tu..jual ganja. Nak buat macamana. Mujur dia tak LGBT...kalau tidak lagi haru.Mana Kak Hajjah dengan arwah ayah Kak Hajjah, Dato Darus Appandi Yahya nak letak muka? 

Lagi haru kalau dia LGBT lepas tu kuat semayang pulak..mampus keluarga kami. Mahu bangun semula arwah ayah Kak Hajjah, Dato Darus Appandi Yahya...

suami saya jual ganjaWhere stories live. Discover now