Mail bersiap-siap untuk bertemu janji dengan seorang awek cun punya.Mail menyemburkan perfume cap keladi yang dibuat sendiri di seluruh badannya..hidu sikit. Hmmm haaaacum! Terbersin aku! Setelah beberapa minit, Mail pun keluar sambil menaiki basikalnya yang lapok.
Sesampai di destinasi, kelihatan wanita itu menunggu di sebuah pondok berhadapankan dengan tasik.Mail mengaturkan langkah sambil membaca bismillah. Lalu dia menyapa wanita tersebut.
"Hai, awak ingat lagi saya? Saya lelaki yang awak nak jumpa haritu" ucap Mail malu malu.
"Oh ya, jadi awaklah Mail bin Ikan Masin tu ya? Hah silakan duduk" balas wanita itu seraya menjemput Mail duduk di sebelahnya.
"Jadi, sebelum kita memulakan sesi perkenalan diri. Saya terlebih dahulu ingin bertanyakan beberapa soalan kepada awak" ucap wanita itu lagi.
Mail sudah cuak. Apa yang kau ingin tanya lagi?
"Err.. Saya mulakan ya. Ayah saya orang yang warak. Jadi saya harap awak tahu selok belok tentang agama ni ya. Err soalan saya, hukum islam ada berapa?" soal wanita itu.
Mail seakan kurang oksigen... Semakin kurang... Kurang... Dan..
"Dua puluh" jawab Mail.
"Apa yang dua puluh?" soal wanita itu.
Salah ke?
"Ehh, tak. Umur kakak saya nak masuk dua puluh tahun" Mail tersengih seperti ikan hanyir.
"Oh" balas wanita itu.
Cepat Mail... Bangun! Bangun! Hukum islam ada berapa?
"Empat?" jawab Mail.
"Empat? Apa yang empat?"
Bukan jugak?
"Ehh, saya kira jumlah burung atas pokok tu ada empat ekor" jawab Mail sambil menunjuk ke arah pokok besar itu.
Wanita itu seakan pelik dan bingung dengan Mail. Lain yang ditanya, lain yang dijawab.
"Err, takpelah. Kita tukar soalan ya? Saya rasa mungkin soalan tu terlalu senang" ucap wanita itu.
Hah??!!maknanya soalan tu lagi..... Matilah aku!
"Soalan saya.. Awak sebenarnya tahu hukum hakam agama ke tidak?" soal wanita itu dengan sedikit keras.
Muka Mail sudah pucat lesi.
"Bagi saya soalan tu sangat senang.. Bagi saya... Bagi awak mungkin tak " teka wanita itu.
Alahai... Apa nasib aku harini? Nasib... Nasib..
"Awak, saya minta maaf sangat sangat. Saya tak boleh lagi nak terima awak buat masa ni. Mungkin awak kurang faham lagi tentang agama ni. Takpe saya faham. Oklah awk saya ada hal sekejap.. Dan Insyaallah kita bertemu lagi ya" ucap wanita itu dan berlalu pergi.
Mail memandang sepi kelibat wanita itu. Ya Allah, andai ini ujianmu padaku aku redha.......
KAMU SEDANG MEMBACA
OVER KELAKAR
Cerita PendekKoleksi cerita lawak yang bermacam macam ragam. Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut sila..... Bla bla bla... Lawak lh sangat... Bacalah bila time free.. Hope enjoy
