Dua Puluh Empat [ 24 ]

Start from the beginning
                                    

" Tak boleh. " balas Jin dua patah sebelum berlalu ke dapur semula. Jimin memuncungkan bibir tanda tidak puas hati. Suga bangun dari sofa dan berlalu ke dapur untuk mencari besen dan kain. Dia ingin menuam kepala Soo Mi yang terasa sedikit panas sebelum dia turun tadi.

" Yoongi...nanti bagi Soo Mi bubur ni. Hyung ada masakkan. " kata Jin yang sedang mengacau bubur di dalam periuk. Suga hanya mengangguk. " Cari apa, hyung? " tanya Jungkook yang sedang mengupas bawang. " Cari kain. Nak tuam kepala Soo Mi. " jawab Suga sambil membuka setiap rak yang ada.

" Cari dalam stor. " balas Jin. Suga terus berlalu ke bilik stor. Jin melepaskan nafas. Satu nafas lembut sebelum tersenyum.

[ 3:00 pagi ]

Soo Mi terjaga dari tidurnya apabila perutnya terasa sakit. Dia pantas berlari ke dalam bilik air untuk memuntahkan isi perutnya namun ianya seperti tadi. Hanya air sahaja yang keluar. Mulutnya dilap sebelum mukanya dibasuh di sinki.

Kemudian Soo Mi keluar dari bilik air dan memerhati bilik yang gelap itu. Dia kembali duduk di katil sambil mindanya ligat berfikir memproses apa yang telah berlaku. " Aku kat mana nih? " gumam Soo Mi perlahan sambil meliarkan pandangan.

Tiba-tiba matanya tertancap pada seseorang yang sedang tidur dengan tenang dan nyenyak. Entah bila kakinya sudah sampai di hadapan sofa yang berada di tepi tingkap. " Hik hik. Aku mesti bermimpi. " gumam Soo Mi perlahan sebelum ketawa kecil. Serupa orang gila pula. 😂

" Pertama kali dapat tengok muka dia sedekat ini. " ucap Soo Mi perlahan. Dia mengamati wajah Suga yang bersih dan putih melepak itu. Tangannya bergerak ingin menyentuh wajah Suga, namun sakit di kepalanya datang kembali membuatkan dia jatuh pengsan.

Skip~

" Soo Mi...."

Panggilan lembut tersebut berjaya membuatkan Soo Mi terjaga. Wajah dihadapannya yang begitu dekat membuatkan dia terus bangun dari baringannya. Matanya tertancap pada lima orang lelaki yang berada di muka pintu. Ada riak yang serius dan ada riak yang tersengih . Yang tersengih pastinya maknae line dan Jhope. 😆

" Soo Mi okay ke? " tanya Namjoon di muka pintu. Suga pula hanya merenung wajah pucat Soo Mi. ' Aku kat rumah dia orang ke? Jadi malam tadi bukan mimpi ? ' desis hati Soo Mi sendirian. " Kau pengsan tadi. " ujar Suga mematikan segala lamunan Soo Mi.

" Soo Mi~ Jin oppa ada bawa bubur..." ujar Jin yang baru masuk ke dalam bilik menatang dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air putih. Dulang tersebut diletakkan di meja belajar Suga.

" Yoongi. Bagi Soo Mi makan dan ubat sekali. Lepas dah bagi Soo Mi makan, kita gerak pergi sekolah. " ucap Jin lalu berjalan keluar dari bilik. Dia menarik adik-adiknya yang lain sebelum menutup pintu bilik.

Selepas pintu ditutup, Soo Mi mengalihkan pandangan dari terus direnung Suga. Suga bangun dari birai katil lalu mengambil mangkuk bubur di atas meja belajarnya. " Hyung dah siapkan bubur ni malam tadi, tapi kau tak bangun pun. Jadi hyung panaskan je. " terang Suga sambil tangannya menyudu bubur di dalam mangkuk dan disuakan pada mulut Soo Mi.

Soo Mi menggelengkan kepala lemah. Suga meletakkan sudu tersebut ke dalam mangkuk bubur kembali. Dia mengeluh. " Aku tahu kau takde selera...tapi dah dua hari kau tak makan. Belum lagi yang sebelum-sebelum ni kan? " bebel Suga.

" Semalam kau pengsan sebab hari sebelumnya kau tak makan kan? " pertanyaan Suga membuatkan Soo Mi membulatkan mata terkejut. Mana pula dia dapat tahu ni? Takkan dia stalk aku? Suga menarik senyuman sinis.

Sudu tadi disuakan kembali ke mulut Soo Mi. Dengan tak rela, Soo Mi menyambut suapan tersebut. Tekaknya terasa sakit dan pahit menelan bubur tersebut. Baru beberapa suapan, Soo Mi menolak sudu yang Suga suakan . Dia menggelengkan kepala lemah.

Air matanya mula bergenang apabila teringatkan eommanya yang akan menjaganya seperti ini ketika dia sakit. Wajahnya dipalingkan supaya Suga tidak dapat melihat mutiara-mutiara jernih membasahi pipi.

" Hei...kenapa nih? " tanya Suga cemas . Tangannya menarik bahu Soo Mi supaya memandangnya. Soo Mi segera menyeka air matanya tapi air matanya tetap tidak berhenti mengalir. Suga mula cemas.

' Aduh. Apa aku nak buat nih? ' desis hati Suga mula cemas. Tangan Suga naik ke kepala Soo Mi lalu mengusap kepalanya lembut. Makin deras air mata Soo Mi mengalir. Tangisannya mula kedengaran. Suga menjadi makin cemas. Suga membuatkan Soo Mi makin teringatkan eommanya.

Akhirnya , dengan teragak-agak Suga menarik Soo Mi ke dalam pelukannya. Soo Mi menyembamkan wajahnya di bahu Suga. " Nangis la kalau ini buat kau tenang. Aku tahu kau tahan dah lama. Aku tak nampak kau nangis pun masa eomma kau pergi. Jadi kau lepaskan sekarang. " ucap Suga lembut.

Air mata Soo Mi menjadi semakin deras bila Suga berkata begitu. Sudah lama dipendam semua ini. Akhirnya terlepas jua. Suga mengusap lembut belakang badan Soo Mi . Agak lama mereka berkeadan begitu sehinggalah...









BAMMM!!!

















To Be Continued...

Cerita ni dah jadi makin menakutkan. 😂😆
Mohon maaf di atas typo yang ada.
Selamat membaca~

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now