“Tak tahulah Myra. Kalau Adam balik sini, Maya pun ikut dia balik sini. Tapi Maya rasa kitaorang akan menetap dekat sana terus nanti memandangkan Adam terpaksa ambil alih syarikat ayah dia dekat sana."

“Maya jangan lupa Myra lepas pindah nanti. Selalulah contact kitaorang dekat sini."

“Takkan Myra. Maya tak akan pernah lupakan kauorang." Mereka berdua saling berbalas pelukan sebelum menuju ke rumah masing-masing.

                  *********

Sudah hampir dua minggu ramadhan telah berlalu. Kini, mereka semua sibuk mencari baju raya. Kata mereka, cari awal-awal senang. Ada pelbagai saiz dan design baju yang cantik. Kalau cari di penghujung ramadhan, sudah tentu tidak banyak pilihan baju yang menepati cita rasa.

“Kita semua pakai sedondonlah raya tahun ni. Sebab kita pun tak tahu bila lagi kita dapat beraya ramai-ramai macam ni." Sedang asyik mereka memilih baju raya yang sesuai, Tengku Zafran tiba-tiba bersuara. Wajah masing-masing sudah bertukar riak.

“Err... okey. Maya setuju aje. Awak okey aje kan?" Maya cepat-cepat maniskan semula wajahnya. Tak naklah merosakkan mood happy mereka.

“Okey aje. Kauorang nak pakai tema warna apa tahun ni?"

“Hijau!" Aiman dan Imani menjawab bagi pihak mereka semua. Mereka berdua sudah saling bertepuk tangan. Seronok dapat pilih baju raya.

“Eh budak-budak ni. Sibuk aje." Aiman dan Imani mencebik kepada Adam. Mereka semua diam sejenak. Memikirkan pendapat Aiman dan Imani.

“Okey juga tu warna hijau." Raisya juga menyuarakan pendapatnya. Tengku Zafran juga mengangguk setuju. Aiman dan Imani apalagi, seronoklah bila pendapat mereka dipersetujui oleh semua.

“Hijau pun hijau lah. Jangan warna merah sudah. Tak fasal-fasal aje hari first raya kena kejar dengan lembu nanti." Mereka semua bantai gelak sampai tak ingat dunia. Tapi tidak bagi Aiman dan Imani. Mereka berdua terpinga-pinga.

“Kenapa kalau pakai warna merah lembu nak kejar pula?" Imani menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aiman juga seperti tertanya-tanya.

Mati terus ketawa mereka semua.

“Sebab lembu tu tak boleh tengok warnah merah. Mengancam sangat. Dia geram." Tengku Zafran sudah membuat auta. Mereka semua dah pandang Tengku Zafran dengan pandangan blur tahap lapan belas.

“Apa mengancam-mengancam ni hah? Bulan puasa ni tahu tak." Raisya menghadiahkan renungan tajam kepada Tengku Zafran.

“Okey-okey stop. Mengancam pun mengancam lah."

“Dah... jangan nak menambah dosa di bulan puasa. Jom kita cari barang raya yang lain pula."

“Jom!"

                  ********

“Ya Allah... Aiman! Imani! Jangan duduk atas katil tu. Tak nampak ke dia ada tulis dekat situ dilarang duduk." Raisya dan Maya sudah pegang kepala dengan sikap anak masing-masing.

“Alah... kitaorang duduk aje pun. Bukannya kitaorang lompat-lompat. Kan Aiman?" Mereka mengendahkan kata-kata Raisya dan Maya. Tubuh mereka dibaring separuh ke atas katil itu.

“Ehem!" Terus tegak Aiman dan Imani duduk. Penjaga kedai perhiasan dalaman itu sudah menjongketkan keningnya berulang kali kepada mereka.

Sorry..." Aiman dan Imani merapatkan kedua tangan mereka sambil buat muka comel. Cair terus weh penjaga kedai tu. Terbantut terus nak marah. Raisya dan Maya pula dah tak tahu nak cakap apa.

“Dah, bangun. Nanti kena marah akak tak tanggung." Penjaga kedai itu mengarah mereka dalam nada lembut. Haih... pandai betul budak-budak ni.

“Okey kak." Aiman dan Imani bingkas bangun dari duduk lantas menghadiahkan flying kiss kepada kakak yang bertugas menjaga kedai itu.

Tertunduk malu penjaga kedai itu menerima flying kiss dari mereka. Err...

Raisya dan Maya terkebil-kebil melihat telatah anak masing-masing. Tetapi mereka tetap meneruskan memilih langsir yang tersusun kemas itu untuk digunakan waktu raya.

“Awak."

“Apa?"

“Jangan buat macam tu dekat lelaki tau. Nanti saya tak nak kawan dengan awak dah." Aiman sempat memberi amaran bercambur ugutan kepada Imani.

“Eh kenapa pula?"

“Sebab saya tak suka."

“Eee... ya lah." Penjaga kedai itu sembunyi senyum melihat Aiman dan Imani. Ada-ada aje lah budak-budak ni.

                    ********

“Abang... sayang takutlah kalau sayang beranak time first raya." Raisya melentokkan kepalanya pada bahu Tengku Zafran sambil menonoton televisyen.

“Alah abang kan ada. Tak payah lah takut. Ingat tak abang pernah cakap dekat sayang, yang abang akan sentiasa temankan sayang untuk sama-sama berjuang melahirkan baby kita. Tak kisah kalau doktor nak halau abang sekalipun. Abang tetap akan temankan sayang. Ingat? Jangan takut okey?" Tangan mulus Raisya dikucup.

“Awak, sweetlah diaorang tu." Maya berbisik kepada Adam yang sedang terpaku pada kaca televisyen.

“Kenapa? Awak nak saya sweet dengan awak juga ke? Nanti ada yang kena kencing manis pula." Jemari Maya yang berada di atas pehanya dielus perlahan.

“Bolehlah. Awak bukannya selalu pun nak bersweet dengan saya. Asyik lah dengan DSLR awak tu dua puluh empat jam." Maya sudah menarik muncung.

“Aip, sesibuk-sibuk saya pun, dah nak masuk dua orang dah anak kita." Adam tersenyum nakal. Ya, Maya juga mengandung. Baru dua bulan. Manakala kandungan Raisya sudah hampir lapan bulan.

“Awak ni kan. Ke situ pula." Peha Adam dicubit geram.

“Adui... sakitlah awak."

“Siapa suruh menggatal."

Aiman dan Imani bahagia melihat kemesraan mama dan papa mereka. Kemudian mereka kembali fokus pada kaca televisyen.

“Saya ingin mengumumkan bahawa esok bermulanya satu syawal bagi seluruh umat islam." Membulat mata Aiman dan Imani. Mereka kemudian tersenyum sesama sendiri setelah mendengar pengumuman dari kaca televisyen itu.

“Awak... esok dah raya. Tapi awak dah nak pindah." Aiman juga turut berasa sayu. Dia menghampiri Imani yang memang sudah sedia berbaring rapat dengannya.

“Awak janganlah sedih-sedih. Kita kena happy sebab esok dah raya. Awak janganlah risau. Nanti saya akan minta mama saya skype mama awak. Bolehlah kita berborak sama-sama." Aiman menyeka air mata Imani yang sudah perlahan-lahan turun dari kelopak mata.

“Awak boleh janji dengan saya tak?"

“Boleh. Janji apa?"

“Awak jangan lupa saya tau. Awak janji akan cari saya bila kita dah besar nanti. Boleh?" Aiman mengangguk pasti.

Setelah itu, Aiman dan Imani menyatukan jari kelingking mereka membuat pinky promise.

Bestfriend forever." Mereka berdua melagakan penumbuk kemudian tertawa riang.

-Bersambung di Special Part Raya I-

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Esok dah nak raya. Jaga diri korang baik². Kalau nak main mercun tu berpada-pada lah ye. XD

(Pesanan khas dari author ICB)

Isteriku Cik Bos [Republish]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें