第1章

1.1K 83 5
                                    

"Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Kareem, kan cikgu dah pesan kasut ngan selipar letak atas?" Sir Aiman mengeluarkan semula lolipop yang berada di dalam mulutnya akibat terkejut tengok keadaan dorm yang bersepah.

Dengan Baju atas kipasnya. Dengan buku atas locker. Dengan maggi bertaburan. Apakah?

"Rak, cikgu!" balas lapan orang pelajar yang terdiri daripada pelajar form 1 sehingga form 3.

"Tahupun ini kalau dengan bini saya ni kuali atas kepala awak!" Sir Aiman menggelengkan kepalanya. Dia memandang wajah anak - anak muridnya itu.

"Maafkan kami cikgu, Ujian Final Sem 1 dah nak dekat, kami semua sibuk sangat study, harap cikgu maafkan kami," kata ketua dorm itu.

"Masalahnya dari cikgu masuk dua bulan lepas sampai sekarang tak pernah nak berubah, bila cikgu tanya cube lain diaorang korang kata kamu memekak terpekik terlolong terkekek kekek terkentut, tak study pun. Zaman cikgu dulu cikgu study sungguh - sungguh tapi asrama cikgu kemas. Dinding pun tak macam korang, tahi hidung melekat kat situ. Kat bantal cikgu pun tak de peta dunia macam bantal kamu semua, kamu semua ni kecik lagi, tapi kamu semua kena ingat kamu datang sini sebab mak ayah kamu nak didik kamu jadi orang berdikari. Tak guna lah pandai je tapi tak kemas,"

"Macam nilah cikgu, Cikgu dendalah kami, kami tak kesah," balas seorang pelajar form 3 yang kelihatan sudah terduduk kerana penat mendengar Tazkirah Hari Sabtu Sir Aiman.

"Baiklah kalau itu yang kamu nak... Cikgu nak kamu semua bersihkan toilet aras ni plus kamu semua perlu ada kat depan kolam loji itu esok pagi kalau tak, sorang sorang cikgu masukkan korang dalam kolam itu dalam bentuk terjunan macam Pandalela Rinong," katanya.

Pelajar - pelajar itu memandang sesama sendiri.

"Okaylah cikgu, fine!" balas pelajar - pelajar itu.

"Jangan lambat...." kata Sir Aiman dia berjalan secara terbalik dan keluar dari pintu blok.

Mereka mengeluh lega.

"Kaulah ni Rayyan, kau yang selalu lupa letak kasut kat atas en" marah Wawan.

"Hello, kau fitnahtul dajal! Ini semua salah si Zaquanlah"

"Eh, happy heart your grandmother je (sukahati nenek kau je) " Zaquan bercekak pinggang.

"Entah apa sir nak suruh kita buat esok, " keluh Wawan.

"Eh, kau ada dengar cerita tak? " soal Zaquan.

"Cerita ape? "

"Ada orang kata kat loji tuhhh adaa duyung"

"Duyung ke dugong? "

"Duyunglahhh  dey"

"kau gila ke duyung duk dalam loji. Siapa yang ajar kau " Rayyan menolak pipi Zaquan.

Dan perbualan itu berterusan sampai kedengaran azan zuhur.

"Eh..... Kau tak rasa ke? " Wawan mengerutkan dahi.

"Rasa apa? "

"Yang dalam loji tuh ada Ursula"

"Insyaallah, tak de. Dah lah blah ! Pergi solat zuhur, cepat sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan, "

"Kau itu tak solat? " marah Rayyan.

"Aku period, baru je pagi tadi, tengah period pain sekarang, " keluh Wawan sambil menggelengkan kepala.

"Kelakarlah Wawan, " terus dia mengheret Wawan ke surau.

𝗔𝗶𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗶𝗾𝘂𝗲 [𝗖𝗣𝗣 𝗦𝗘𝗤𝗨𝗘𝗟]Where stories live. Discover now