08 | ʟ ᴀ ᴘ ᴀ ɴ

51.2K 3K 184
                                    

.
━━━━━━━━━❋━━━━━━━━━
Book I | P R I N C E S S S C H O O L
━━━━━━━━━❋━━━━━━━━━



"BAS yang disediakan adalah empat buah. A 40 seater bus. Setiap bas Cikgu akan campurkan tingkatan 3 dan 5— 20 orang tingkatan 3 dan 20 lagi tingkatan 5."

          "Alaaa! Cikgu...!"

          "Kenapa gabung?

          "Kami tak naaaak...!"

          "Cikgu tak cakap awal-awal pun!"

          Pelajar-pelajar sudah mula mengeluarkan bunyian dan keluhan menyampah. Kedua-dua batch sudah merengus dan merungut. Rungutan lebih kuat didengari dari pihak Tingkatan 5. Manakan tidak hari nak bertolak baru dimaklumkan. Hanginlah semua.

          Dalam kalangan Tingkatan 3 aku antara salah seorangnya yang merungut. Sama jugalah dengan rakan-rakan sekelas. Terkumat-kamit mulut mereka aku lihat. Entah apa yang di mantra mereka aku juga tidak tahu.

          "Form 5 this year macam Abu Jahal!" Terdengar aku orang belakang berkata.

          "Sekutu Firaun!"

          Tergelak aku dan Rin. Menoleh pada Afif di belakang.

          "Afif perlahan sikit! Cari gaduh kau ni dengan batch diorang," berkerut kening Nurul menyuruh Afif memperlahankan suara.

          "Benda betul! Bukannya kau tak tahu batch kita dengan batch diorang tak sebulu," menjeling benci Afif pada batch di sana. "Tengok pun berbulu mata aku."

          Terdengar juga aku akan hal ini. Kata Rin, ketika mereka di Tingkatan 1, ada sekumpulan pelajar Tingkatan 3 yakni Tingkatan 5 sekarang datang menyerang Afif dan beberapa orang rakannya. Mereka dituduh mencuri duit dan pakaian. Nak dipendekkan cerita, bergaduhlah apa lagi. Sampai ke hari ini tak jumpa-jumpa si pelaku.

          "Ya, tahu. Sabar okay, sabar. Diorang nak berambus dah. Sabar," Nurul cuba menenangkan.

          "Tak boleh sabar aku. Terasa lagi pipi aku ni kena makan tumbuk."

          "Kau dah lupa kami yang perempuan pun kena juga?" Ulfa menaikkan keningnya.

          Inipun Rin ada cerita. Selepas kes pelajar lelaki, naik pula kes pelajar perempuan batch kami dituduh cuba merampas kekasih pelajar perempuan batch mereka. Sangat klise tetapi perkara ini memang mencetus peperangan.

          Pelajar perempuan yang dituduh itu adalah Nurina, budak kelas sebelah. Pustakawan dan juga pemain Chess sekolah. Pelajar-pelajar di sekolah ini memanggilnya The Queen's Gambit. Orang lain diam-diam ubi berisi. Tapi dia diam-diam tangan dan kaki memberi salam kata mereka.

          Kata Rin, niat Nurina menolong seorang pelajar lelaki yang tercedera ditepi padang menjadi salah faham kepada kekasih pelajar lelaki tersebut. Lagi menambah marah gadis itu bila buah hati pengarang jantungnya mempertahankan Nurina.

          Ditolak Nurina yang tidak berdosa sehingga terjatuh. Berdarah tepi wajah Nurina terkena bucu tangga grandstand. Tak cakap banyak terus penumbuk Nurina hinggap ke wajah pelajar perempuan tersebut. Tak lama kemudian, boleh pula pelajar lelaki batch mereka itu tertangkap cintan dengan Nurina.

Pelik-pelik manusia akhir zaman.

          Batch kami dicop sebagai Instigators mulai hari itu. Dan mereka digelar Defamationers. Banyak lagi yang berlaku dan belum sempat Rin ceritakan.

Princess School ✔Where stories live. Discover now