08 | ʟ ᴀ ᴘ ᴀ ɴ

Start bij het begin
                                    

          Dua kali lima. Kedua-dua batch memburukkan sesama sendiri. Masing-masing tak mahu mengalah.

          "Cikgu buatlah satu bas satu tingkatan je," masih berterusan rungutan.

          "Kami setuju!"

          "Setuju!"

          "Hilarious," Rin tergelak. "Only a few words from Puan Rosalinda could unite both parties together— for the first time ever."

          "Siapa Cikgu sekarang? Awak atau saya?!" Lantang nyaring Puan Rosalinda menyoal. Jelingan membunuh diberikan.

          Ah sudah!

          "Tutup mulut masing-masing. Sekarang saya akan bacakan nama untuk bas nombor 1. Dengar baik-baik dan sahut panggilan saya. Tiada ulangan," ujar Puan Rosalinda selaku Guru Pengiring. Malas mahu melayan rungutan ngada-ngada kami.

          "Duduk berbaris di sebelah kiri saya," tangannya digawangkan ke sebelah kirinya. "Untuk tingkatan 3 dahulu."

          "Adeeni Syuhada."

          "Ya, saya." Syuhada bangun mulai berbaris.

          "Abdul Firhan."

          "Saya."

          Pelajar-pelajar yang dipanggil itu segera ke hadapan, beratur.

          "Aryana Haura."

          Bangun aku dan menapak ke hadapan.

          "Delina Hani. Brenda Keith. Khairina Zahirah."

          Tersengih aku bila nama Rin dipanggil. Seronok dapat satu bas dengannya.

          "Lee Kei Fei. Bla bla bla..." sudah 5 minit cikgu panggil nama mereka.

          "Seterusnya saya akan bacakan nama pelajar tingkatan 5. Pelajar tingkatan 5 sila beratur di sebelah tingkatan 3."

          "Alyssa Tania. Elfa Syaqira. Ahmad Aiden Noor. Dina Fasihah. Nur Nadia Aqilah. Imran Nuh...." nama seterusnya disebut.

          Tak sangka aku akan satu bas dengan Tania and the gang. Keluhku. Masalah datang.

Sehinggalah nama yang ke enam belas...

"Putera Imtiyaz Fahmi. Amriel Hadiey Shah. Amier Hadfie Shah. Rayyan Ziqriee Iskandar dan yang terakhir..."

Dalam pipi aku gigit. Please jangan sebut nama tu jangan!

"Naim Noor Wasif. "

Fuh! Aku melepaskan rasa lega. Pelajar yang bernama Naim itu duduk di sebelah aku. Aku mengangguk kecil padanya.

"Eh, kejap! Ada kesilapan. Naim awak bas nombor 2. Pelajar terakhir untuk Bas 1, Syed Iesyraf Naufal," Puan Rosalinda membetulkan kaca mata garangnya.

Ternganga aku. Boleh pula main kejap-kejap. Haish! Nak aje aku tahan manusia sebelah aku ini supaya tak pergi. Tapi aku tahu memang mustahil.

Lelaki itu aku lihat sudah berlaga penumbuk dengan sahabat sehidup sematinya. Tersenyum lebar sebelum melabuhkan punggungnya di lantai sisi aku. Bengkek hati. Geram. Geram.

Princess School ✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu