BAB 2

6.6K 125 8
                                    

Awal pagi, usai subuh Ain tidak menyambung lena walaupun cuaca dikampung tersangat la menggoda. Sejuk-sejuk manja. Tadi semasa nak berwuduk untuk solat pun lama di merenung air kolah. Segan nak sentuh bila terlalu sejuk.

Nasib baik la dia bangun awal kalau tak memang subuh gajah tadi. Masa kecederaan semasa mengambil wuduk. Mengigil seluruh tubuh padahal ambil wudhuk je pun.

Segera Ain turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Semasa cuti semester memang dia yang ambil alih tugasan dapur dan menghantar adiknya Amira ke tadika. Aina dijaganya di rumah.

Jika dia tiada barulah Aina di hantar kepada baby sitter yang merupakan kawan ibu. Bahan –bahan mentah dikeluarkan dari peti ais. Mee dibahagian bawah dikeluarkan bersama sayuran dan juga ayam di bahagian frozen ditarik keluar.

"Ain, lepas sarapan ikut ibu."

Ain kalih mendongak. Fokus terhadap bicara ibunya. Terhenti suapan Ain. Tidak kerja kah ibu? Setahunya hari ini Selasa. Bukan public holiday!

"Ibu nak ajak Ain ke mana?"

"Kita pergi beli barang-barang sikit. Lagipun majlis Ain tinggal lagi seminggu je kan?" Puan Azma kembali meneruskan suapan.

Ain berhenti mengunyah. Tidak mampu untuk meneruskan suapan. Sudah dua minggu selepas kedatangan tetamu bersama hajat yang tidak diundang baru kini ibu bersuara semula mengenai peminangan tersebut.

Cincin belah rotan tersarung dijari manis dipusing- pusing. Kata ibu, pihak lelaki sudah sebulat suara untuk mengadakan majlis akad nikah seminggu sebelum cuti semesternya berakhir. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia lari, tapi tak sampai hati mahu menconteng arang ke muka orang.

Dalam reda turut terbelit rasa terpaksa. Tidak mampu dia paksakan hati untuk reda sepenuhnya. Dia tidak semulia itu.

"Ibu... tak boleh ke tunggu sampai Ain habis belajar dulu? Bukannya lama, tinggal dua semester je pun." Muka Ain tidak berani menentang mata ibunya.

Dari kecil memang dia tidak berani membantah kata ibu. A kata ibu takkan dilawan dengan B. Garang ibu sememangnya tidak mampu dilawan. Sebab itu dia hanya patuh. Tapi bila melibatkan soal jodoh, dia cuba beranikan diri untuk bersuara. Walaupun peluang ibu menukar keputusan tipis, sekurang-kurangnya dia sudah mencuba. Kurang sikit rasa terkilan.

"Ain, tak ada bezanya kamu kahwin sekarang atau pun kemudian. Buat apa nak tangguh Ain." Puan Azma menggeleng pandang Ain.

Selera Ain bagaikan sudah terbantut. Padahal tadi bukan main perut berkeroncong. Makan tak kenyang, tidur tak lena. Bukan angau sebab tak sabar nakk kawin tapi takut untuk berhadapan dan hidup bersama dengan orang yang dia tidak kenal.

Belumpun sempat Ain bertanya lagi, Puan Azma sudah mengangkat pinggan yang masih berbaki mee goreng ke singki. Pelik Ain dengan sikap ibu belakangan ini. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan.

AIN mengekor ibunya yang sudah melangkah masuk ke Azura Couture. Sudah masuk butik ketiga mereka kunjungi. Sebelum ini masih tiada yang berjaya menarik perhatiaan mereka. Melihat kepada deretan baju yang tergantung Ain berharap agar ada yang memenuhi kehendak ibunya.

"Warna ni cantik sesuai dengan Ain." Puan Azma pegang sepasang kurung moden berwarna ungu lembut. Di sua kepada Ain.

Ain letakkan tangan merasa fabric kain. Selesa. Lagipun ni memang warna kegemarannya.

"Ain tak kisah ibu." Ain senyum hambar. Melihat kesungguhan ibu, memang dia tiada pilihan lain.

"Ok yang ungu ni untuk majlis sanding dekat rumah kita. Ain nak warna apa untuk akad nikah nanti?" ceria suara Puan Azma meminta pendapat Ain.

Seindah MaharkuWhere stories live. Discover now