"Assalamualaikum..Ain." Suara garau lelaki menyapa pendengaran Ain.

"Waalaikummusalam." Lambat –lambat Ain jawab. Suara yang tidak berjaya dikesan olehnya. Yang pasti bukan suara yang dia kenal.

"Ain..saya ni." Perkenal lelaki ditalian. Sunyi lagi menyelubungi. Memang kaya la Celcom. Ni baru dua orang yang telefon semata- mata nak dengar deru nafas orang.

"Saya ni siapa?" soal Ain kepada si pemanggil. Memang dia lemah bab mengecam suara orang. Ingat kalau kenalkan diri sebagai saya tu dia boleh kenal ke. Haishh..

"Saya Zahar. Your husband to-be. Ain sihat?" Lembut suara garau dihujung talian bertanya.

Ain ketap bibir. Boleh tak kalau dia buat-buat tak dengar?

Jangan Ain! Kan Allah tarik pendengaran tu baru tahu.

"Alhamdulillah. Sihat." Ain ketap bibir. Jeda. Tiada susulan bicara dari lelaki yang bernama Zahar itu. Ain turut diam.

"Ibu bagitahu saya Ain risau saya akan halang Ain dari belajar bila dah jadi isteri saya." Dia tarik nafas.

Ain diam mendengar.

"Don't worry Ain. Ni saya nak bagitau Ain in shaa Allah saya akan izinkan Ain untuk terus belajar dan bekerja selepas Ain graduate walaupun Ain dah jadi isteri saya. Kalau Ain tak percaya kita boleh dokumenkan dan saya akan sign kalau itu boleh buat Ain rasa terjamin. Saya takkan halang apa-apa yang Ain nak buat as long as Ain jaga maruah saya sebagai suami Ain."

"Saya nak balik kampung selalu," celah Ain.

"Boleh Ain." Tenang jawapan di hujung sana buat jiwa Ain kian merusuh.

"Saya nak terus tinggal dengan kawan-kawan saya." Ain sengaja mencabar. Geram pada tenangnya lelaki yang bernama Zahar itu.

"OK."

Ain kerut kening. Takkan tiada bantahan. Dah kahwinkan. Yang belum kahwin pun 'pinjam dulu' inikan pula yang dah halal. Seriau dia memikirkan nafkah yang satu itu. Mampu ke suami mengikut rentak dia.

"Saya.."

"Ain..kan saya dah cakap as long as tak memudaratkan sesiapa saya turutkan. Do you get me?"

Ain terkesima mendengar butir bicara lelaki itu. Boleh percaya ke? Belum kahwin semua OK, semua boleh. Nanti dah kahwin lain jadinya.

"Kenapa saya?" soal Ain. Masih tidak percaya mengapa dia yang menjadi pilihan. Kata ibu, Zahar ni berpendidikan tinggi. Kenapa pilih dia yang belum pun ada ijazah. Terdesak sangat ke?

"Kenapa saya apa Ain?" Si dia lontar balik soalan.

"Kenapa pilih saya untuk jadi isteri awak. Saya ni budak lagi tau." Ain makin geram. Luar sedar pipi dikembungkan. Perlakuan spontan bila dia tak puas hati.

Suara dihujung talian sudah melambak ketawa.

Ain cebir bibir. Tak suka bila mendengar lelaki dihujung talian ketawa galak. Ajak la yang dah cukup umur kahwin. Dia ni tak sempat lagi nak rasa pegang duit sendiri dah pun nak jadi isteri orang.

"Saya tak ada jawapan tu Ain. Tapi saya yakin Allah dah aturkan Ain adalah jodoh saya. Ain budak tapi saya ni dah cukup dewasa. Ain jangan risau apa yang Ain tak tahu, saya ada untuk mengajar Ain. FYI, I'm a good teacher after all." Lelaki itu ketawa lagi.

Berhenti ketawa boleh! Sebab Ain rasa hati dia macam dah tersuka dengar lelaki ini ketawa.

Cepat Ain cari alasan untuk putuskan talian. Tidak sanggup berlama lagi. Suara itu menggamit kenangan lamanya. Tidak mungkin orang yang sama. Nama sahaja sudah berbeza. Lupakan dia Ain.

"Siapa tu Ain?" Tiba-tiba suara ibu bertanya sebaik sahaja talian ditamatkan.

Pastilah si ibu pelik melihat dia tak sudah-sudah merenung skrin yang sudah lama kelam.

"Ha.." Ain pandang ibunya macam orang blur. Tidak dapat menangkap pertanyaan yang terlontar dari bibir ibu.

"Ibu tanya siapa yang call? Panggilan dari siapa tadi?"

"Zahar ibu." Ain menjenguk keluar, melihat Adiknya, Aina bermain.

"Kenapa dia telefon?" Puan Azma henyak punggung disofa sebelah Ain. Bingung sahaja airmuka yang terpancar dari wajah Ain.

"Ha...."

"Along ni kenapa.. Ha..ha dari tadi. Orang lain pun nak kahwin juga tapi tak ada la kena sampuk macam Along ni." Sampuk Azam sambil mengekeh ketawa. Dari tadi dia perhatikan kakaknya. Macam kena sindrom ha pula.

Tak semena-mena penumbuk Ain singgah dibahu Azam. Geram. Ada sahaja modal nak kenakan dia. Ingat dia meroyan sangat nak kahwin ke?

Ain pandang Azam di sebelah. Awal pula balik harini. Pukul 6 petang dah ada kat rumah. Biasanya adik yang seorang ni pukul 10 malam baru nampak muka.

MsoNH

Seindah MaharkuWhere stories live. Discover now