"Do you know Usain Bolt? Dia lari laju memang laju tapi tak selaju degupan jantung saya bila pandang gambar awak yang handsome tu."
Syed Nafiz akui hatinya tercuit dengan seorang gadis yang beraninya menegurnya di Instagram beserta ayat pickuplines yang mencuit hati. Mana-mana gadis pun tak pernah approach dia macam tu.
"Awak dah bertunang kan?" -AA
"Mana ada." -SN
"Tapi, saya dah bertunang." -AA
"Dengan siapa?" -SN
"Awak. Jadi jangan kacau perempuan lain tau? Kalau tak, saya bagitahu mama saya." -AA
Baru hari pertama berchat sudah berani si gadis menggelarkan Syed Nafiz sebagai tunangannya. Ini sudah membuahkan anak-anak cinta di dalam hati Syed Nafiz.
Sememangnya dikenali sebagai sweet talker versi perempuan dan playgirl, Hanamila Aneesa hanya tersenyum. Betapa mudahnya dia mengambil hati lelaki hanya dengan bicara manisnya beserta wajahnya yang jelita sempurna persis seperti model.
"Kau tak rasa bersalah ke buat dia macam tu weh? Dia dahlah kaya, pandai, kacak pulak tu. Nanti kalau kau pulak kena main dengan lelaki baru kau tahu."
Semakin hari, semakin banyak memori indah mereka berdua. Sehinggalah suatu hari, Amila meninggalkannya.
Kisah mereka terhenti di situ. Syed Nafiz yang dulunya lelaki handsome yang biasa-biasa sahaja kini telah berubah menjadi sweet talker dan playboy terkenal setelah kehilangan Amila Aneesa.
12 tahun kemudian
"Hey really?! Awak buta ke? Saya dahla lambat ni. Habis kotor seluar saya, dahla warna putih! Kena lagi ice blended chocolate Starbucks awak tu!"
PAPPP! PAPP! PAP!
Amila menampar lengan lelaki itu berkali-kali kerana hatinya geram akan perbuatan lelaki itu yang melanggarnya sesuka hati.
"Woo, miss. Calm down okay? It's my fault okay saya mengaku. Tak payah lah tengking-tengking, and stop slapping me! Malu lah orang nampak."
"Banyaklah awak punya malu! Sini. Awak ikut saya, ganti balik seluar saya. Dengan mana-mana seluarlah."
Ketika mata memandang antara satu sama lain, matanya seakan tertarik-tarik untuk menatap lelaki itu dengan lebih lama. Tak mungkin! Tak mungkin dia orangnya!
Namun, kini dua hati itu benar-benar berubah personalitinya. Syed Nafiz sudah menjadi playboy terkenal manakala Amila Aneesa kini dikenali sebagai wanita ego.
Kini bagaimanakah Syed Nafiz hendak memikat Amila Aneesa yang ego? Masihkah cinta antara mereka berdua?
YOU ARE READING
Jodoh Si Instafamous
Romance"Do you know Usain Bolt? Dia lari laju memang laju tapi tak selaju degupan jantung saya bila pandang gambar awak yang handsome tu." Syed Nafiz akui hatinya tercuit dengan seorang gadis yang beraninya menegurnya di Instagram beserta ayat pickuplines...
