Ahad Pagi

10 0 0
                                        

Hari ni aku ikut Asri ke rumah dia. Hidup di Seberang Jaya memang susah kadang-kadang. Untung jugak dapat rumah apartmen macam Asri. Tak macam blok rumah aku. Kebersihan ke laut. Bising pulak tu. Blok rumah Asri ni ramai Chinese jadi bersih sikit.

Aku duduk kat Blok A bersebelahan dengan Blok C yakni di mana Asri tinggal.

Satu je yang aku tak suka pasal Blok C.

Banyak tangga.

Nasib baik rumah dia kat tingkat 2 ja. Nak naik atas saja pun dah ada 10 tangga kat sekeliling blok. Asri kata waktu awal dia pindah memang susah nak cari rumah dia. Naik silap tangga memang susah la nak cari rumah.

Asri duduk semalaman kat rumah aku jadi memang adil kalau malam ni aku duduk kat rumah Asri.

Keluar ja dari Blok A, kami terus ke Blok C kat seberang jalan. Sampai je depan tu, aku suruh Asri tunjuk jalan sebab aku jarang datang blok ni. Tapi, dia senyap ja.

Dia tak tau nak jalan guna tangga mana.

Asri tak pernah datang Blok A sebelum ni. Memang seberang jalan je pun tapi dek kerana Blok A menghadap tepi Blok C yang paling banyak tangga dan Asri selalu masuk blok tu ikut bahagian depan.

Alah, duduk setahun tapi blok lain tak pernah pergi. Patutla tak ramai kawan.

Aku ajak Asri masuk guna bahagian tepi tu. Blok C besar dua kali ganda dari blok rumah aku. Aku rasa yang ni memang peluang aku nak teroka blok ni.

Kami guna satu tangga dan terus naik tingkat 2. Alah, tak susah mana pun. Asri ni yang takut melebih.

Aku saja ajak Asri jalan-jalan dulu sekitar aras ni. Dia yang tak pernah jalan sekeliling aras dia sendiri yang dah duduk setahun ni pun ikut aku.

Aras ni yang uniknya, ada ruang nak letak kereta. Tak ramai yang tinggal kat aras ni sebab bising.

Tempat letak kereta tu nampak luas. Aku ajak Asri masuk dalam tu. Dia cuba mengelak. Dia kata nanti lambat nak balik rumah dia. Baru pagi, apa yang lambatnya.

Asri tetap dengan keputusan dia. Dia nak terus balik rumah. Aku pujuk dia dengan alasan dia tak pernah teroka aras dia sendiri. Dia akur tapi tak berapa nak ceria.

Asri ni jenis penakut dan fobia dengan sekeliling. Dia kata dia pindah sini sebab rumah lama dia terbakar tapi ajaibnya satu keluarga dia selamat. Dia takut ada bahaya menimpa dia.

Tiang batu dalam tempat letak kereta tu pun boleh ada pintu. Pelik. Aku cuba nak dekat dengan pintu tu tapi Asri kata dia nak balik cepat. Mak dia baru telefon dia tadi suruh balik.

Tipu je dia ni. Bunyi telefon pun aku tak dengar.

Mungkin fobia dia kuat sangat. Tak apalah. Aku ikut ja dia balik. Tapi, nanti aku nak siasat balik pasal pintu ni.

Pasti!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 03, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

tanggaWhere stories live. Discover now